Monday 24 January 2011

Definisi Landskap

1.   Hurbbard & Kimball (pustakawan)
“seni mereka bentuk untuk memelihara keindahan persekitaran supaya lingkungan hidup manusia menjadi selesa, sihat dan mudah”. (manusia dan alam sekitar) -‘Landscape Design’, Introduction of landscape design (1917).
2.   F.L. Omlsted
“adalah seni dan sains hubungkait di antara insan dan alam semulajadi, kerana alam semulajadi penting untuk moral dan kebahagian”. - (1860-1870): ‘father of landscape architect’

3.   Brian Hackett
“Perancangan landskap itu adalah mengenai mengenalpasti, merancang, menyusun atur gunatanah dengan sebaik mungkin”. “Untuk merancang perlukan ilmu dalam bidang fisiologi bumi dan faham tentang proses alam, faham alam sekitar dan nilai-nilai estatiknya”.(1950)
4.   Sylvia Crowe
“ Perancangan landskap itu ialah lebih mendalam dari guna tanah (ciptaan manusia)
“Gunatanah, mengenai estatik, mengenai kesejahteraan insan”.
“Perancangan gunatanah perlu mengambil kira tetang kesuburan tanah-tanih. Merancang muka bumi merupakan satu usaha untuk merancang hubungkait di antara guna tanah atau fungsi guna tanah dan persekitaran. Penggunaan landskap untuk menyusun atur guna tanah dan peka terhadap alam sekitar dapat meminimakan pencemaran”. (1960).

5.   Lan matt
“Perancangan landskap itu ialah mengubah penyesuaian yang berdasarkan kepada daya cipta yang berubah mengikut pengolahan alam sekitar. Pengolahan terhadap alam itu boleh menjadi satu batasan kepada usaha pembangunan dan menafaatkan kepada pembangunan”. (1967)
6.   American Society of Landscape Architect (ASLA)
“ Sains dan seni yang berkaitan dengan perancangan guna tanah yang sistematik yang berkaitan dengan pemeliharaan sumber alam.” “Yang berkaitan dengan rekabentuk, ruang dan tempat di luar bangunan” “Yang berkaitan dengan ciptaan lingkungan hidup yang berguna, selamat dan selesa” “tindak balas manusia dengan alam sekitar”. (1981)

Wednesday 19 January 2011

Pengenalan Landskap

Hortikultur berasal daripada dua perkataan latin iaitu hortus yang beerti tumbuhan taman dan cultura yang beerti penanaman atau penjagaan. Hortikultur boleh ditakrifkan sebagai penanaman atau penjagaan tumbuhan taman.

Hortikultur hiasan meliputi tumbuhan semusim (tahunan), tumbuhan herba, tumbuhan bebawang hiasan, tumbuhan lender (sukulin), tumbuhan berdaun, rumput turf, penutup bumi, tumbuhan menjalar dan memanjat, tumbuhan akuatik, pokok orkid, pokok renek, pokok saka, palma dan pokok malar hijau. Hortikultur hiasan merangkumi kegiatan pembiakbakaan, pembiakan, pengurusan semaian dan tapak semaian, pengeluaran, pemasaran, dan pengangkutan. Ini termasuklah penggunaan pelbagai tumbuhan jenis ini untuk memperindah persekitaran bagi keselesaan, kesejahteraan dan keselamatan manusia.

Landskap ialah istilah daripada bahasa Belanda yang bermaksud pemandangan desa. Walaupun begitu, istilah ini biasanya merujuk pada keseluruhan rupa bumi samaada di bandar atau desa termasuk ciri-ciri semulajadi seperti tumbuhan-tumbuhan, tasik, gunung-ganang dan struktur buatan manusia seperti bangunan, jalanraya dan sebagainya.

Pelandskapan ialah proses yang melibatkan kegiatan merancang, merekabentuk, melaksanakan dan menguruskan landskap untuk keselesaan, keselamatan dan ketenangan manusia di samping mewujudkan suasana yang indah dan harmoni dengan persekitaran semulajadi.

Monday 17 January 2011

Landskap

Pelandskapan merupakan hasil terakhir dalam hortikultur hiasan. la melibat-kan penggunaan tumbuhan hiasan secara kreatif untuk mewujudkan keindah-an alam persekitaran manusia. Sebelum perbincangan lebih lanjut mengenai proses-proses dan teknik-teknik dalam pelandskapan, beberapa istilah penting yang sering digunakan ketika membincangkan tajuk ini perlulah difahami dan dihayati.

Landskap bermakna apa sahaja yang dapat dilihat di atas muka bumi seperti bangunan, jalan raya, tumbuh-tumbuhan, tasik, gunung-ganang dan sebagai-nya.

Pelandskapan ialah satu proses yang melibatkan kegiatan merancang, mereka bentuk, melaksanakan dan mengurus landskap untuk keselesaan, keselamatan dan keseronokan manusia di samping mewujudkan suasana harmoni dengan alam sekitar semula jadi.

Reka bentuk landskap pula bermakna membentuk dan menyusun ruang dan unsur-unsur landskap (seperti tumbuhan, struktur, air, batu) yang terdapat pada sesuatu kawasan luaran serta memperkayakan ruang-ruang tersebut dengan menyusun unsur-unsur seni melalui proses dan prinsip-prinsip reka bentuk. Ruang di dalam landskap samalah seperti sebuah bilik yang diling-kungi oleh tanah (lantai), tumbuhan atau struktur (dinding) dan langit atau sudur pokok (bumbung).

Pereka bentuk landskap ialah individu yang mereka bentuk landskap. Biasanya mereka mempunyai latihan ataupun pengalaman dalam prinsip-prinsip reka bentuk serta memahami keperluan-keperluan untuk kehidupan tumbuhan. Ada juga pereka bentuk landskap yang mahir dalam kerja-kerja pembinaan land-skap. Biasanya pereka bentuk landskap mempunyai latar belakang dalam bidang hortikultur hiasan dan landskap.

Arkitek landskap pula ialah seorang profesional yang bertauliah dalam bidang pelandskapan untuk menjalankan kerja-kerja merancang dan mereka bentuk landskap. Arkitek landskap ini mahir tentang teknik-teknik perancangan, reka bentuk dan pengurusan landskap yang menggabungkan kegiatan manusia dengan kehendak alam sekitar semula jadi. Arkitek landskap terlibat di antara lainnya dalam pembangunan bandar, kawasan perumahan, taman bandar serta padang golf dan padang permainan yang lain.

Kontraktor landskap ialah seorang peniaga yang moiiibuiit korja-korja pem binaan landskap dan telah melalui latihan tbrmnl aliinpiin memiliki ponn alaman serta memahami selok-belok pembinaan seaunUi kawasan landHkap Seorang kontraktor landskap perlu memahami prinsip-prinsip asas mkit bentuk, membaca pelan dan spesifikasi, keperluan tumbuh-tumbuhan, tcknik pembinaan dan juga pengurusan perniagaan.

Hubungan yang baik perlu ada di antara pelanggan, pereka bentuk landskap dan juga kontraktor landskap untuk mencapai matlamat sesuatu kerja peland skapan. Dalam hubungan ini pelanggan merupakan individu yang memerlukan perkhidmatan  pereka  bentuk  landskap  dan  kontraktor  landskap  untuk mewujudkan sesuatu hasil pelandskapan seperti sebuah taman rumah.

Pereka bentuk landskap menggunakan kepakaran dan daya kreatifnyn untuk memenuhi keperluan pelanggan yang bersesuaian dengan alam sekitnr kawasan tersebut. Untuk mencapai tujuan ini, pereka bentuk hendaklah benar benar memahami kehendak dan tabiat pelanggan dan juga keadaan yang wuj ucl di kawasan tersebut (masalah dan kemampuan). Ini boleh dilakukan melalui temuramah dengan pelanggan dan melawat ke kawasan tersebut beberapa kali. Setelah pereka bentuk mempunyai idea tentang cara membangunkan sesuatu kawasan, idea ini perlu disalurkan kepada pelanggan. Pereka bentuk boloh menggunakan pelan-pelan awal yang dibantu pula dengan lakaran dan lukisan perspektif yang dapat memberi gambaran yang lebih baik mengenai idea tersebut kepada pelanggan.

Apabila idea tersebut dipersetujui dan telah sedia untuk dilaksanakan, pereka bentuk perlu berhubung dengan kontraktor landskap. Cara utama perhubungan ini dilakukan adalah melalui pelan-pelan, lukisan-lukisan kerja dan juga spesifikasi (arahan kerja) bertulis. Sewaktu perlaksanaan, penyeliaan rapi oleh pereka bentuk sangat-sangat diperlukan.