Sunday 31 July 2011

Selamat Datang Tuan Pengarah Encik Zakaria Hussin


Selamat Datang Tuan Pengarah. 
Semoga  dapat berkhidmat dengan penuh dedikasi




Selamat Datang Ke IPG Kampus Sultan Mizan
 dan Selamat Bertugas.
PEMBIAKAN TANAMAN
Dalam bidang perkebunan atau hortikultur, cara- cara membiakkan pokok perlu diketahui oleh pekebun. Kita akan rugi besar jika cara ini tidak dipelajari. Kejayaan sepenuhnya boleh didapati jika pekebun-pekebun melakukannya dengan cara amali dan mengikut peraturan-peraturan yang tertentu. Oleh yang demikian kita perlu memberikan per- hatian yang berat dalam perkara ini.

CARA MEMBIAKKAN POKOK
Cara membiakkan pokok dibahagikan kepada dua cara yang besar:
A. Pembiakan vegetatif (tampang)
B. Pembiakan biji benih
PEMBIAKAN VEGETATIF(TAMPANG)
Pembiakan vegetatif ialah cara membiak atau memperbanyak pokok dengan menggunakan bahagian-bahagian tertentu pokok seperti batang, dahan, ranting, akar dan lain-lain, bagi mendapatkan bilangan pokok yang banyak dan sama jenisnya. Pembiakan ini juga disebut pembiakan tidak mengawan atau pembiakan yang tidak ada hubungannya dengan jantina.

Pembiakan vegetatif perlu dilakukan pada pokok yang tidak mengeluarkan biji benih atau biji benihnya sukar didapati seperti bunga raya (Hibiscus rosa- sinensis) pokoksukun (Artoca1pus altilis) dan lain-lain.
Adakalanya pembiakan cara ini lebih senang dilakukan dan dapat menghasilkan bilangan anak pokok yang banyak serta tulen bakanya. Oleh itu, pembiakan vegetatif juga boleh memendekkan tempoh juvenil pokok, dengan ini bunga dan buah boleh didapati dalam tempoh yang singkat.

Kelemahannya pula ialah pokok-pokok yang dihasilkan tidak mempunyai akar tunjang, akamya tidak banyak, diriannya tidak tegap dan pembesarannya juga terhad. Sebaliknya, jika pokok-pokok itu dikehendaki dalam keadaan yang kecil, seperti untuk tanaman pasu, pembiakan cara vegetatif ini adalah yang baik dan memberi faedah yang besar.

Pembiakan vegetatif perlu menggunakan bahagian-bahagian pokok dan dengan itu merencatkan pokok asal. Bilangan pokok yang boleh dibiakkan dengan cara ini bergantung pada keadaan pokok itu sendiri.
   
Pembiakan vegetqtif boleh dibahagikan pula kepada beberqpa cara. Pembahagian ini mengikut bahagian-bahagian pokok yang digunakan dan jenis-jenis pokok yang boleh dilakukan demikian.
(a) Keratan
(b) Tut
(c) Cantuman
(d) Belahan rumpun atau perdu
(e) Menanam bebawang.

(A) KERATAN
Pembiakan dengan keratan boleh dilakukan dengan mengambil bahagian-bahagian pokok seperti batang, dahan, ranting, pucuk, daun, akar, ubi dan isi. Bahagian-bahagian yang digunakan ini meng- ikut jenis-jenis pokok. Ada jenis yang boleh dibiakkan dengan keratan batang atau dahan dan ada yang boleh dibiakkan dengan keratan daun, akar, isi dan sebagainya.

Bagi memudahkan melakukan pembiakan dengan keratan ini, keratan dibahagikan pula kepada jenis-jenis seperti di bawah ini:
            1. Keratan batang, dahan atau ranting
2. Keratan hijau atau pucuk berdaun
            3. Keratan daun
            4. Keratan akar
            5. Keratan sukulen
           6. Keratan rizom
1. KERATAl\1 BATANG, DAHAN ATAU RANTING;
Banyak spesies tumbuhan boleh dibiakkan dengan keratan batang, dahan atau ranting. Kebanyakan spesies yang boleh dibiakkan dengan cara ini ialah spesies dalam kumpulan dikotiledon. Bagaimana pun ada juga spesies yang tidak boleh dibiakkan dengan cara ini, seperti pokok manggis, durian, rambutan dan lain-lain. Walaupun penyelidikan telah dijalankan, hingga kini kejayaannya tidak begitu memuaskan. Ada juga spesies monokotiledon yang boleh dibiakkan dengan cara keratan batan seperti buluh, tebu dan lain-lain.
Pemilihan keratan
Dahan atau ranting tumbuhan dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian yang bawah sekali, biasanya berwarna perang dan bahagian hujung hingga ke pucuk berwrna hijau. Bahagian yang berwarna perang kayunya keras dan bahagian yang berwarna hijau pula berkayu lembut. Bahagian tengah yang berwarna perang kehijauan mempunyai kayu yang sederhana kerasnya.Oleh itu keratan dahan atau ranting tumbuhan terbahagi kepada:
(a) Keratan kayu keras
            (b) Keratan kayu sederhana
          (c) Keratan kayu lembut.
Pemilihan keratan ini umumnya bergantung pada spesies pokok yang hendak dibiakkan. Ada spesies tumbuhan yang mudah dibiakkan dengan keratan kayu keras dan ada pula yang mudah dibiakkan dengan keratan kayu sederhana atau kayu lembut. Hal ini tidak bermakna bahawa semua spesies yang boleh dibiakkan dengan keratan kayu keras tidak boleh dibiakkan dengan keratan kayu sederhana atau .kayu lembut atau sebaliknya. Contohnya: Pokok bunga kertas (Bougainvillea) lebih baik dibiakkan dengan keratan kayu keras kerana bukan sahaja keratan ini cepat mengeluarkan akar

tetapi juga mengeluarkan bunga lebih awal. Jika pokok ini dibiakkan dengan keratan kayu sederhana atau lembut ia tidak mudah berakar dan kejayaan- nya amat rendah. Sebaliknya pula ada spesies yang lebih mudah dibiakkan dengan keratan kayu sederhana atau lembut, jika dibiakkan dengan keratan kayu keras kejayaannya amat rendah.
Pemilihan keratan ini bergantung pada pengalaman pekebun-pekebun. Kejayaan tidak sahaja bergantung pada pemilihan keratan tetapi juga kepada kemahiran orang yang melakukan pembiakan keratan itu, iklim, tanah, air dan lain- lain. Pembiakan bagi tiap-tiap spesies akan dihuraikan dalam bab-bab akan datang.
Mengerjakan keratan
Cara mengerjakan pembiakan keratan ini berbeza mengikut spesies pokok. Ada spesies yang boleh terus hidup apabila keratan batangnya ditanam ke \'anah, Ada juga spesies apabila batangnya yang dibuatturus pagar, ia akan terus hidup. Kebanyakan s;pesies tumbuhan, keratannya memerlukan penjagaan yang rapi dan tanah semaian yang bersih dan bebas daripada jangkitan penyakit.

Tanah semaian adalah antara faktor yang penting yang menentukan kejayaan pembiakan keratan dan dengan ini perlu diberi perhatian. Dalam bab' yang akan datang cara-cara menyediakan tanah campuran untuk semaian keratan akan diterangkan.
(A)  Keratan berkayu keras
Keratan-keratan hendaklah diambil daripada pokok yang subur dan tidak berpenyakit. Panjang keratan ialah kira!.kira 15-20 cm panjang dan terdapat banyak mata tunas. Pisau yang tajam perlu digunakan untuk mengerat atau memotong keratan. :Potong pangkalnya serong sedikit, di bawah satu mata tunas atau pangkal ruas. Buang daun-daun yang terdapat pada keratan untuk mengelakkan keratan itu daripada cepat kekeringan. Bagai- manapun ada setengah-setengah pokok berkehendakkan daun-daunnya bersama keratan seperti Ficus elastica, Codieum dan lain-lain. Jika daun-daun ini dibuang, ia akan lambat mengeluarkan akar.

Keratan perlu disemai sedalam ~ daripada pan- jangnya. Sebaik-baiknya disediakan lubang terlebih dahulu dan tidak dicucukkan sahaja. Padatkan pangkal keratan dan disiram dengan airsecukupnya. Tujuan menyiram air selepas menyemai keratan ini adalah supaya tanah di keliling keratan menjadi
lebih mampat. .

Apabila keratan telah berakar, ia hendaklah dipindahkan dan ditanam dengan seberapa segera ke dalam pasu atau karung politena yang telah diisi dengan tanah campuran. Semasa menggali keratin perlu berhati-hatisupaya akamya tidakrosak. Sebaik- baiknya, sebelum keratan diambil, eloklah disiram air terlebih dahulu.

Keratan yang baru ditanam, diletakkan di tempat yang redup atau di dalam rumah pokok dan disiram air secukupnya. Pusat-pusat semaian yang besar meletakkan anak semaian di bawah semburan air kabus bagi mengeraskannya. Apabila telah mula hidup dan berkeadaan subur, biasakan dengan cahaya matahari secara beransur-ansur dan seterusnya ditanam ke lapangan.


(B) Keratan kayu sederhana dan lembut

Keratan kayu sederhana dan lembut digunakan
bergantung pada spesies tumbuhan. Tidak ada panduan tertentu yang boleh diikuti, umumnya cara menyediakannya sama seperti pembiakan yang menggunakan keratan kayu keras. Bagai- manapun, tanah campuran untuk semaian kayu sederhana dan lembut ini berbeza sedikit ber- gantung pada spesies tumbuhan yang dibiakkan.

2. KERATAN HIJAU ATAU PUCUK BERDAUN
Keratan hijau atau pucuk berdaun ini digunakan untuk spesies tumbuhan yang lembut, kebanyak- annya jenis herba. Ada juga pokok renek yang boleh dibiakkan dengan cara ini apabila keratan batang kayu keras atau sederhana lambat mengeluarkan akar. Contohnya Mussaenda, Dracaena, Cordyline dan lain-lain.
Keratan yang digunakan ialah pucuk berdaun kira-kira 10-15 cm panjang. Buangkan sedikit daun di pangkalnya dan biar beberapa helai di pucuknya. Semaikan ke dalam campuran semaian seperti keratan lain tetapi penjagaannya dibuat lebih rapi denga:n menyiram air lebih kerap dan tidak membiarkannya kekurangan air.

Keratan pucuk berdaun atau keratan hijau
3. KERATAN DAUN
Kebanyakan pokokherba dalamfamili Gesneriaceae seperti Saintpaulia, Gloxinia dan herba seperti Sanse- vieria, Kalanchoe, Begonia boleh dibiakkan dengan cara keratan daun. Bagaimanapun, pembiakan keratan daun ini tidak banyak dipraktikkan di kawasan tropika kerana pembiakan cara belahan rumpun adalah lebih praktik dan menghasilkan lebih banyak pokok.

Kebanyakan pokok dalam famili Cactaceae dan Euphorbiaceae disebut sukulen dan sifatnya yang berlendair. Pembiakannya dilakukan dengan cara keratan batang tetapi cara melakukannya berbeza sedikit. Keratan disemai ke dalam pasir tetapi pada permulaannya keratan ini tidak disiram dengan air yang banyak. Apabila telah mula berakar dan bertunas barulah disiram air.
6. KERATAN RIZOM
Setengah-setengah spesies dibiakkan dengan cara menanam rizomnya. T anaman seperti keladi, ubi nasi, lengkuas, halia dan lain-lain dibiakkan dengan cara menanam rizomnya. Rizom boleh terus ditanam ke ladang. Spesies yang mempunyai rizom yang besar perlu dikerat-kerat sebelum ditanam. Semasa melakukan keratan pastikan setiap keratan masih meinpunyai kulit dan beberapa mata tunas. Perlu diingatkan ada juga rizom yang berkehendakkan masa "rehat", iaitu tidak bolehditanamsehinggalah sampai musimnya. Contohnya, ubi nasi (Dioscorea sp). Pekebun-pekebun hendaklah mengecam jenis- jenis rizom atau ubi yang memerlukan tempoh rehat dan musim yang boleh ditanam.
Cara merehatkan rizom memadai dengan meletakkannya di tempat yang kering, berangin dan teduh. Apabila rizom itu mula mengeluarkan tunas, bolehlah ditanam.




(8) TUT

Pada bahagian awal bab ini telah diterangkan bahawa banyak pokok yang tidak boleh dibiakkan dengan cara keratan. Cara lain yang boleh dilakukan ialah cara tut.

Jika keliling satu dahan dipotong selebar kira-kira 3 cm dan kulitnya dibuang, dahan itu tidak akan mati. Ini   adalah kerana air bersama-sama larutan nutrien dari akar masih dapat sampai ke bahagian atas tempat yang  dipotong dan dibuang kulitnya tadi. Tempatyang dipotong itu kemudiannya, akan tumbuh bengkak-bengkak dan  akan bercantum semula. Jika tempatyang dipotong itu dibalut dengan tanah, akar akan tumbuh dan dahan itu  kemudian boleh dipotong dan ditanam ke tempat lain.
Cara menyediakan bahan tanaman tut

Pembiakan cara tut tidaklah begitu susah dilakukan hanya memerlukan sedikit usaha dan praktis. Pilih dahan yang subur dan tidak berpenyakit, kira-kira sebesar jari. Dahan itu sebaiknya tidak terlalu muda dan tidak terlalu tua. Ada pendapat yang menya- takan, dahan yang baik untuk ditut ialah dahan- dahan yang pemah berbuah. Potong kulitnya se- lebar kira-kira 3-5 cm keliling batang dan buangkan kulitnya. Jika terdapat kambiumnya masih melekat, kikis dengan pisau. Balut luka dengan tanah campuran 2 bahagian tanah atas dan 1 bahagian pasir. Bagi memudahkan kerja membalut, lembapkan tanah campuran itu terlebih dahulu. Kemudian balut tanah itu dengan politena. Bagi pokok-pokok yang lambat mengeluarkan akar atau akamya terlalu halus, balut tanah itu dengan sabut dan kemudian dengan politena.

Ada juga pokok yang ~ukar mengeluarkan akar dan dalam hal ini hormon pengakar diperlu- kan. Hormon ini disapu pada hujung luka tadi sebelum dibalut dengan tanah dan politena atau sabut.
Apabilaranting yang telah ditutitusudah berakar, potong di sebelah bawah balut dan tanam ke dalam karung plastik. Letakkan di dalam rumah pokok atau di tempat yang redup sehingga subur. Biasakan bahan tut ini dengan cahaya matahari secara beransur-ansur dan kemudian barulah boleh ditanam ke lapangan .

Tut lentur
Kebanyakan pokok, apabila dahannya tertanam atau terbenam ke dalam tanah, pada tempat yang tertanam itu akan tumbuh akar. Fakta ini boleh merupakan asas untuk membiakkan pokok dan pembiakan cara ini disebut tut lentur.

Pembiakan cara tut lentur ini dilakukan pada pokok yang rendah dan dahannya mencapai ke tanah, seperti pada pokokrenekdan pokokmemanjat. Caranya pada asasnya sama dengan cara tut.)

Caranya adalah dengan melentur satu dahan atau ranting yang sihat dan sederhana keadaannya hingga ke aras tanah. Paku dahan itu supaya sedikit bahagian dahan atau ranting itu tertanam dan tidak bingkas semula. Bahagian yang tertanam itu lama-kelamaan akan mengeluarkan akar. Bagi mempercepatkan pertumbuhan akar dibahagian yang tertanam atau ditimbus itu, dibuang kulitnya seperti juga pembiakan cara tut. Apabila sudah berakar, bahagian pangkalnya dipotong dan ditanam semula ke dalam karung plastik atau pasu.

Semasa memindahkannya, pastikan akar-akamya tidak rosak. Pelihara sehingga pokok ini segar dan kemudian biasakan dengan cahaya matahari secara beransur -ansur .


Tut baringan
Pembiakan tut baringan ini sama seperti tut lentur tetapi sebatang pokok dilentur dan dibaringkan ke atas tanah Kebanyakan pokok renek dan pokok memanjat boleh dilakukan cara ini. Bagaimana-pun, cara ini tidak banyak dijalankan di kawasan tropika kerana pembiakan cara lain lebih mudah dilakukan.

   CANTUMAN

Cantuman ertinya memindahkan dan mencantumkan sedikit bahagian pokok seperti tunas pucuk atau mata tunas kepada pokok yang lain yang sama famili dan genusnya, bertujuan untuk mendapatkan Pokok yang tulen dan terpilih bakanya.

Pokok cantuman terdiri daripada dua bahagian iaitu penanti dan sion. Pokok penanti ialah anak pokok, tempat mata tunas atau tunas ditempel atau dicantumkan. Sion ialah mata tunas atau tunas yang ditempelkan kepada pokok penanti.

Cantuman dilakukan untuk mendapatkan pokok yang baik dan tulen bakanya. , Cara ini juga dilaku- kan bagi mendapatkan sebatang pokok tetapi mempunyai beberapa wama bunga atau klon buah- buahan. "

Pembiakan secara cantuman ini boleh dibahagikan kepada dua jenis:
(1) Cantuman tunas atau pucuk
(2) Cantuman mata tunas

CANTUMAN T UNAS
Cantuman tunas ialah cara cantuman yang memin- dahkan dan mencantumkan tunas atau pucuk sesuatu pokok yang baik bakanya, iaitu sion kepada pokok penanti bagi menghasilkan pokok yang tulen dan baik bakanya:

Ada beberapa cara cantuman boleh dilakukan iaitu seperti yang berikut:
(i) Cantuman sandingan
(ii) Cantuman baji sisi
(iii) Cantuman baji
(iv) CantumaI} rencong.


(i) Cantuman sandingan
Cantuman sandingan ialah cara yang mudah dilakukan oleh pekebun-pekebun bagi tujuan membiakkan pokok yang terpilih bakanya. Cara ini mudah dilakukan dan pokok yang dihasilkan dengan cara ini, mempunyai sifat yang lebih tegap dan subur.

Sediakan pokok penanti di dalam karung plastik. Biji benih yang digunakan untuk meriyediakan pokok penanti ini, hendaklah daripada jenis yang cepat membesar. Apabila telah cukup besar, iaitu kira-kira sebesarjari, cari tunas hujung yang terdapat pada pokok yang hendak dibiakkan. Pilih tunas hujung yang baik sahaja, tidak berpenyakit dan sebaik-baiknya mempunyai umuryang sama dengan pokok penanti. Buat penyokong bagi membolehkan anak-anak pokok penanti didekatkan dengan tunas hujung tadi. Dengan menggunakan pisau yang tajam, potong sedikit kulit anak pokok penanti dan iuga tunas tadi. Cantumkan anak pokok penanti dan tunas itu pada luka tadi dan kemudian balut kedua-duanya dengan pita politena. Sebaik~baiknya

Apabila luka itu sembuh, anak pokok penanti dan tunas tadi (sion) akan bercantum. Pastikan pokok penanti dan sion itu benar- benar bercantum dan kemudian ceraikan sion dengan memotong di bawah balutan dan kemudian potong pokok penanti di bahagian atas balutan. Pelihara pokok cantum ini di tempat yang redup sehingga subur . Biasakan pokok ini dengan cahaya matahari dengan cara beransur-ansur dan kemudian bolehlah ditanam ke ladang.

(ii) Cantuman baji sisi
Satu lagi cara cantuman yang lain diseblit cant"uman baji sisi. Cantuman ini tidak banyak diamalkan di negara ini kerana cantuman mata tunas lebih mlidah dilaklikan dan biasanya kejayaan yang lebih baik diperoleh. Pembiakan cara ini hanya dilaklikan sekiranya pc'.ok yang hendak dibiakkan itu slikar didapati mata tunasnya atali tidak boleh dilaklikan cantuman mata tunas.

Teknik cantuman baji sisi ini seperti yang beriklit. Sediakan pokok penanti sebesar ibli jari atali lebih besar. Potong kira-kira 15 cm dari permlikaan tanah dengan mengglinakan glinting pokok. Permlikaan yang dipotong kemlidian dipotong nipis dengan mengglinakan pisali yang tajam. Kemlidian belah di tepi menghala ke bawah kira-kira 4 cm. Belahan hendaklah di antara lapisan kambilim dan kayu. Elakkan daripada terkena lapisan kayu.

Sediakan tunas atali pliClik yang sliblir kira-kira 6- 10 cm panjangnya. Bliangkan semlia dalinnya. Bahagian pangkalnya direncong pada kedlia-dlia belah berbentuk seperti baji, kira-kira 4 cm panjang, kemudian dimasukkan ke celah belahan yang telah dibuat pada pokok penanti tadi. Perhatikan lapisan kambium tunas yang direncong dan kambium penanti yang dibelah tadi benar-benar melekap antara satu sama lain. Balut melilit dengan pita politena sehingga sion dan penanti menjadi rapat. Sebelum dibalut sebaik-baiknya disembur dahulu dengan racun kulat. Tempat yang dibalut tadi, kemudian dibalut pula dengan lumut Spagnum bertujuan untuk melembapkan cantuman. Lumut ini dikatakan mengandungi air yang boleh mengawal pembiakan kulat atau bakteria. (Lumut Spagnum ini boleh didapati di kawasan tanah tinggi yang berhawa dingin seperti di Cameron Highlands).

Keseluruhan pokok cantuman ini dilindungi dengan balutan politena nipis. Apabila tunas sion mula hidup, buangkan balutan politena itu. Pelihara pokok cantuman ini sehingga subur. Semua kerja mencantum hendaklah dilakukan di tempat yang teduh.

(iji) Cantuman baji
Pada masa ini cantuman baji merupakan teknik yang banyak digunakan bagi mencantumkan pokok-pokok seperti manggis, duku, langsat dan lain-Iain yang sukar dibiakkan dengan cara cantuman mata tunas atau keratan.

Teknik cantuman ini tidak banyak bezanya dengan cantuman baji sisi. Pokok penanti yang masih muda disediakan. Dengan menggunakan pisau yang tajam, pucuknya dipotong dan dibuang pada tempat yang berkayu lembut dan kemudian dibuat belahan berbentuk V dari atas hingga ke bawah sepanjang 4 cm.
Pada masa yang sama, sion, iaitu pucuk atau tunas, sepanjang 6-10 cm disediakan.Potong separuh daripada daun-daun dan tinggalkan sedikit sahaja di pucuk. Pangkal tunas sion tadi dipotong serong di kedua-dua belahnya, sepanjang 2-4 cm berbentuk seperti bentuk baji. Masukkan tunas ini di celah belahan baji yang dibuat pada pokok penanti dan pastikan kedua-duanya benar-benarmelekap antara satu dengan lain. Sembur sedikit di tempat cantuman dengan racun kulat dan kemudian dibalut dengan politena nipis sehingga sion dan penanti menjadi rapat. Keseluruhan pokok cantuman ini kemudiannya dilindungi dengan balutan politena nipis lut sinar dan diletakkan di tempat yang teduh. Apabila tunas itu mula hidup, politena tersebut dibuang. Semua kerja mencantum hendaklah dilakukan di tempat yang redup dan bersih.

Perlu diingatkan bahawa ada jenis-jenis pokok seperti manggis, langsat, duku, durian dan lain-lain perlu ditinggalkan sedikit daun pada sion dan penanti seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.7. Tujuan meninggalkan sedikit daun pada sion dan penanti ini adalah bagi mengurangkan kehilangan air dari pokok penanti dan sion. Pekebun-pekebun hendaklah mengecam jenis-jenis pokok yang dibiakkan dengan cara ini.

(iv) Cantuman tunas rencong
Teknik cantuman tunas rencong ini hampir sama dengan cantuman belahan baji. Dalam cantuman ini penanti dan sion dipotong rencong dan dicantumkan ( Rajah 1.8 ). Cara ini baik untuk pokok herba dan renek yang lembut.
2. CANTUMAN MATA TUNAS
Cantuman mata tunas bererti , memindahkan dan mencantumkan
mata tunas sesuatu pokok yang baik bakanya kepada pokok penanti bagi mendapatkan pokok-pokok yang tulen dan baik bakqnya) Dalam teknik- teknik cantuman yang lain, tunas atau pucuk digunakan tetapi bagi teknik ini mata tunas digunakan.

Kejayaan telah pun dicapai di negara ini untuk membiakkan pokok buah-buahan dan bunga-bungaan dengan kaedah cantuman mata tu- pas. Cara ini merupakan cara yang mudah untuk mendapatkan benih pokok yang terpilih bakanya.
Pokok cantuman hasil daripada teknik cantuman mata tunas ini mempunyai sifat yang sama seperti induknya (sion) dan cepatpula menghasilkan huah. ~Pekehun-pekehun hunga pula menggunakan cara cantuman ini hagi mendapatkan heherapa wama hunga pada satu pokok.)
Teknik mencantum mata tunas
Sediakan pokok penanti yang suhur dan sihat, kira- kira sehesar jari:---,Dengan menggunakan pisau pencantum yang tajam, potong dua garisan selari, selehar 1.5 cm, dari atas ke hawah sedalam kulitnya, sepanjang 4 cm. Potongan ini ialah kira- kira 15 cm dari aras tanah. ,~udian potong pula satu garis melintang di atas dua garis tadi sedalam kulitnya hagi memholehkan kulitnya dikopekkan. Pastikan kulit itu holeh dikopekkan dengan haik, dengan cara mengopekkan sedikit kulit di hahagian atasnya.

Pilih satu mata tunas yang haik dan sihat dari- pada kayu mata tunas. ~otong dua garisan se- dalam kulitnya, selari anfara mata tunas selehar 1.4 cm atau selehar yang dihuat pada pokok penanti tadi. Kemudian potong melintang di hujungnya sedafam yang holeh ~di pangkalnya pula di- potong sedalam kulitnya sahaja. Potong mata tunas itu mengikut dua garisan selari tadi herserta dengan kayunya. Dengan cermat pisahkan kayu daripada kulit. Perhatikan hintil mata tunas masih melekat di hawah kulitnya. Jika hintil mata tunas itu masih melekat, lakukan cantuman dengan mengopekkan kulit pokok penanti dan menempelkan mata tunas herserta dengan kulitnya. Pastikan ~mhium pokok penanti dan mata tunas hetul-hetul melekap dan rapat antara satu dengan lain. Balut melilit cantuman dengan pita politena dan pastikan halutan itu tidak dimasuki air.

Selepas 20-30 hari, huka halutan dengan menggunakan pisau yang tajam dan kikis sedikit hahagian kulit yang ditempel itu hagi menentukan kejayaan cantuman. Jika kulit itu masih hijau, ini hermaknacantuman itu herjaya. Kemudian pangkas hahagian atas cantuman.-'Beharapa hari kemudian, mata tunas yang dicantum itu akan mengeluarkatr-tunas. Pelihara pokok cantuman ini dengan haik dan jangan sekali-kali dihiarkan kering. Semhur racun serangga dan kulat dua minggu sekali.
Panduan mencantum
Cara mencantum seperti yang telah diterangkan adalah sehagai panduan sahaja. Kejayaan sepenuhnya hergantung pada kecekapan dan kemahiran pencantum. Tiap-tiap jenis pokok atau klon yang hendak dicantum berheza caranya.
Terpulanglah kepada kemahiran pekebun-pekebun melakukan kerja mencantum ini bagi mendapatkan keiayaan sepenuhnya. Di bawah ini ialah panduan mencantum yang perlu diberi perhatian:
(a)  Pokok penanti dan mata tunas dipastikan dalam keadaan yang subur dan segar dan tidak diserang oleh
penyakit. Kesuburan ini amatpenting kerana semasa melakukan cantuman, kulitnya mudah dikopek atau dipisahkan daripada kayu.
(b ) Pokok penanti dan mata tunas ( sion ) hendaklah dalam lingkungan umur yang sama.
(c) Semasa melakukan cantuman, kambium penanti dan mata tunas hendaklah betul-betul melekap antara satu sama lain, sebelum dibalut.
(d) Pastikan bintil mata tunas benar-benar melekat di bawah kulitnya dan keadaannya sihat dan normal. Jangan gunakan mata tunas yang bintilnya telah terkeluar atau rosak.
(e) Semasa memotong dan mengopek kulit penanti dan mata tunas, pastikan tidak terdapat kotoran atau kulit-kulit yang masih melekat. Sebaik- baiknya kulit dapat dikopek atau dipisahkan daripada kayu dalam keadaan yang licin dan berair.
(f) Pisau pencantum perlu dipastikan supaya sentiasa taiam dan bersih. Segala pekerjaan hendaklah teratur, pantas tetapi cermat dan bersih.
(g) Semasa mencantum keadaan udara di keliling hendaklah berkeadaan tenang dan teduh. £lakkan kerja mencantum selepas huian atau apabila cuaca terlalu panas.
.
Menyediakan pokok penanti
Dalam pembiakan cantuman, masalah yang besar adalah untuk menyediakan pokok penanti yang sesuQi untuk dicantum. Keiayaan cantuman, bukan sahaia terletak kepada kemahiran keria-keria mencantum, tetapi iuga kepada pokok penanti yang subur, tegap, cepat. membesar, tidak berpenyakit dan bebas daripada serangan serangga. Satu lagi hal yang perlu diingati ialah pokok-pokok penantr dipastjkan supaya mempunyai lingkungan umur yang sama dengan sion.

Bagi mengatasi masalah ini, pokok penanti perlu disediakan dengan cara yang baik. Pokok penanti ini boleh disediakan sama ada di ladang atau di dalam karung plastik. Cara penanaman menggunakan karung plastik adalah lebih mudah dan murah.

Karung plastik diisikan dengan tanah campuran yang terdiri daripada tanah, naiis haiwan dan pasir dalam nisbah 5:3:2 atau 7:3:2. Biji benih boleh terus ditanam. Bagi biji benih yang kecil seperti belimbing, limau, jambu batu dan sebagainya, hendaklah disemai terlebihdahulu. Setelahanak-anaksemaian itu besar dan mudah dikendalikan, baharulah dipindahkan ke dalam karung plastik.

Anak-anak pokok penanti ini, perlu diberi baja yang cukup dan dikawal daripada serangan serangga dan penyakit. Selain itu, anak-anak pokok ini perlu dicantas bagi mendapatkan pokok yang tegap dan berbatang lurus. Apabila telah berukuran sebesar jari, cantuman bolehlah dilakukan.
Menyediakan ladang mata tunas
Dalam pembiakan cantuman mata tunas, masalah yang sentiasa dihadapi oleh pekebun adalah untuk mendapatkan mata tunas yang baik daripada klon- klon yang terpilih dan yang disyorkan. Masalah ini bertambah rumit kerana kayu mata tunas tidak boleh dibawa jauh. Mata-mata tunas mestilah dicantum secepat mungkin, iaitu sebaik-baik sahaja dipotongdaripadapokoknya.Sungguhpunadacara untuk menyimpan kayu mata tunas, tetapi umur mata tunas juga perlu diambil kira, iaitu perlu ada persamaan umur dengan pokok penanti.

Pengusaha-pengusaha ladang semaian yang besar biasanya mempunyai ladang mata tunasnya sendiri. Penyediaan ladang mata tunas ini bukanlah bertujuan untuk menghasilkan buah atau bunga, tetapi semata-mata untuk mendapatkan mata tunas.
Berbagai-bagai klon yang terpilih ditanam pada jarak tanaman yang rapat dan dilabel. Pokok-pokok ini digalakkan banyak berdahan atau bercabang dengan melakukan cantasan. Pembajaannya juga bertujuan untuk menyuburkan pokok.
(D) BELAHAN RUMPUN ATAU PERDU
Banyak jenis pokok yang hidupnya berumpun atau berperdu dan beranak di pangkal rumpunnya seperti Alpinia, pokok palma, pak!l pakis dan sebagainya. Pokokini boleh dibiakkan dengan memisahkan anak- anakpokokdaripadarumpunnyadanmenanamnya semula.'\Pembiakan cara ini disebut pembiakan dengan belahan rumpun.

Pokok-pokok ini jika ditanam di dalam pasu, lama-kelamaan akan memenuhi pasu. Apabila hendak dibiakkan keluarkan sahaja daripada pasu dan kemudian dibelah-belah rumpunnya dan ditanam semula. Cara ini juga dikatakan pembiakan dengan belahan rumpun.

(E) MENANAM BEBAWANG
Di Malaysia terdapat pokok-pokok yang mempunyai bebawang seperti, Gladiolus, Hippeastrum, Crinum dan sebagainya. Kebanyakannya boleh dipiakkan dengan cara menanam bebawangnya.

Bebawang boleh diambil dari pokok yang sudah tu~ atau pokok yang telah mati. Kebanyakan bebawangmempunyaitempoh "rehatl'nyqdanakan bercambah apabila sampai musimnya,,} Pekebun hendaklah memerhatikan jenis-jeriis pokok bebawang dan mengecam tempoh rehatnya dan musim untukmenanamnya. Semua bebawang boleh ditanam terus j(e tanah dan tidak perlu disemai terlebih dahulu.)
PEMBIAKKAN BIJI BENIH
Pembiakan menggunakan biji benih ialah cara yang paling mudah untuk membiakkan pokok.
Bagaimanapun, ada beberapa keburukan dalam pembiakan ini yang perlu diketahui oleh pekebun- pekebun.
Kebanyakan biji benih tidak menurunkan baka yang tulen. Jika biji benih daripada pokok rambutan yang manis disemai pokoknya nanti tidak semestinya menjadi baka yang manis juga. Hal ini disebabkan biji benih ialah hasil daripada berlakunya pendebungaan kacukan.

Kita juga selalu mendengar pokok jantan dan pokok betina. Bagi setengah-setengah jenis pokok pembiakan daripada biji benih boleh menghasilkan pokok jantan. Sekiranya anak pokok yang hidup daripada biji benih menghasilkan pokok jantan, sudah tentu kita akan rugi. Sesungguhnya belum ada satu cara pun untuk mengetahui sama ada biji benih itu jantan atau betina. Oleh itu pembiakan cara vegetatif seperti tut atau cantuman merupakan pilihan yang baik. Bagaimanapun, ada spesies yang tidak boleh dibiakkan secara vegetatif dan hanya boleh dibiakkan dengan biji benih. Contohnya kebanyakan jenis tanaman semusim seperti padi, jagung, sayur-sayuran, palma dan lain-Iain. Oleh yang demikian pemilihan biji benih perlu dilakukan bagi mendapatkafi baka yang baik.
Di negara-negara maju dalam pertanian, pemilihan biji benih tidak lagi menjadi masQlah kerana terdapat undang-undang yang menjamin ketulenan baka biji benih. Terdapat industri yang mengeluarkan biji benih yang bermutu tinggi dan dijamin ketulenan bakanya. Pekebun tidak lagi perlu memilih biji benih daripada ladangnya sendiri malah digalakkan membeli biji benih daripada pengeluar biji benih.

Di Malaysia, kemajuan seperti ini masih belum lagi dicapai dan kerapkali pekebun-pekebun kecewa dengan hasil yang rendahsemata-matakeranamutu biji benihnya rendah dan tidak tulen bakanya. Pekebun perlu memilih biji benih yang tulen dan bermutu. Di bawah ini diterangkan panduan cara- cara memilih biji benih.
1. Bagi pokok semusim, biji benih perlu diambil daripada pokok yang sihat sahaja, tidak terlampau besar dan tidak terlalu kecil.
2. Buah yang dipetik hendaklah cukup masak dan tidak ada tanda-tanda penyakit dan serangan serangga. Buah yang tidak normal atau luar biasa bentuknya tidak dikehendaki.
3. Biji benih perlu diambil daripada buah yang dihasilkan pada pertengahan musim dan tidak daripada buah permulaan atau buah peng- hujung musim. Buah ini juga sebaik-baiknya diambil daripada pokok yang di tengah-tengah kebun dan tidak daripada pokok yang di tepi atau di sempadan.
4. Biji benih perlu dibersihkan dan dikeringkan di tempatyang teduh. Biji benih disimpan di dalam botol atau di tempat yang selamat daripada serangga.
5. Semasa menanam, tentukan biji benih itu masih baru, subur dan baik percambahannya.
MENYEMAI BIJI BENIH
Biji benih boleh dikelaskan kepada tiga kumpulan yang besar, iaitu
(a) Biji benih halus
(b) Biji benih kecil
(c) Biji benih besar

  (A) BIJI BENIH HALUS
Biji benih yang dianggap halus ialah biji-biji sebesar biji bayam hinggalah sebesar biji cili. biji-biji daripada kumpulan ini sebaik-baiknya disemai di dalam kotak atau pasu semaian terlebih dahulu dan apabila anak-anak semaian telah besar atau mudah dikendalikan lalu dipindahkah ke batas atau pasu. Dengan cara ini anak semaian dapat dijaga dengan baik. Semasa pemindahan dilakukan, anak benih yang subur sahaja dipilih dan ditanam.

Biji-biji yang halus boleh juga disemai terus ke batas dan kemudian dijarangkan. Contohnya seperti biji bayam, sawi dan sebagainya.

Semasa menyemai biji-biji yang halus sebaik- baiknya, biji-biji itu dicampurkan dengan pasir halus terlebih dahulu. Ini bertujuan untuk mendapatkan jarak anak-anak semaian yang sesuai. Tanah campuran bagi menyemai biji-biji halus ialah 2 bahagian tanah bakar dan 1 bahagian pasir.

(B) BIJI BENIH KECIL
Biji benih yang dikelaskan sebagai kecil ialah biji- biji sebesar biji timun hinggalah sebesar biji jagung: Biji-biji dalam kumpulan ini boleh ditanam terus ke batas atau pasu~\Sebelum ditanam sebaik- baiknya dicambahkan terlebih dahulu dengan merendam dan melembapkannya, Biji-biji yang mempunyai percambahan yang baik sahaja digunakan. Semasa merendam, hanya biji-biji yang tenggelam sahaja yang digunakan dan biji-biji yqng terapung dibuang. biji benih memadai ditanam sedalam 2-3 cm. Seelok-elok selepas disemai sungkupan diberi bagi melindunginya daripada hujan dan cahaya matahari yang terik. Setelah bercambah, sungkupan dibuang dengan cara beransur-ansur untuk membiasakan anak benih dengan cahaya matahari.
(C) BIJI BENIH BESAR
Biji benih yang dianggap besar adalah seperti saiz ;biji rambutan hingga sebesar biji durian. Terdapat
biji benih yang lebih besar seperti kelapa dan biji yang terbesar di dunia, iaitu kelapa laut, Lodoicea maldivica.
Biji benih yang besar boleh ditanam terus ke ladang.~agi tujuan pemilihan biji benih, biasanya biji-biji dibiarkan bercambah terlebih dahulu dan hanya yang mempunyai percambahan yang baik sahaja ditanam ke ladang atau ke dalam karung plastik. Ada spesies palma yang tidak boleh disemai terlebih dahulu dan hendaklah terus ditanam ke lapangan. Contohnya seperti lontar kepau dan lain-lain yang mempunyai percambahan legul jarak jauh.
KEBOLEHHIDUPAN (VIABILITI )
Kebanyakan biji benih spesies tumbuhan kawasan tropika mempunyai tempoh kebolehhidupan (viabiliti) yang singkat. Contohnya biji durian, manggis, rambutan yang mempunyai tempoh kebolehhidupan 2-3 hari sahaja. Selepas tempoh itu, biji tidak akan bercambah lagi. Biji-biji seperti ini hendaklah ditanam terus.
Kebanyakan biji benih tumbuhan yang bukan berasal dari kawasan tropika, seperti pokok kekacang, bijirin dan beberapa pokok herba dari kawasan subtropika dan iklim sederhana, mempunyai tempoh kebolehhidupan yang lama.

Biji benih yang mempunyai tempoh kebolehhidupan yang lama biasanya menjadi keras dan adakalanya menyulitkan percambahannya. Contohnya,biji-biji kekacang penutup bumi; biji ini perlu direndam di dalam air panas atau asid cair bagi membantu percambahannya.

Biji-biji tumbuhan palma juga tidak mempunyai tempoh kebolehhidupan yang lama seperti yang disangka oleh ramai orang. Kita selalu melihat buah kelapci bercambah di pokoksebelum buah itugugur. Sebenamya buah palma akan terns hidup selepas dipersenyawakan. Pendapat yang menyatakan buah nipah yang hanyut di laut berbulan-bulan dan bercambah apabila terdampar di pantai adalah tidak benar.







Sifat Beberapa Famili Tumbuhan Hiasan


1.   Acanthaceae

a.   Pokok herba atau pokok renek tegak atau melepa
b.   Daunnya tunggal dan bertentangan licin tidak ada stipul
c.   Bunganya dwiseks, tidak sebentuk, dalam jambak rasem atau panikel
d.   Salur bunga terbelah lima atau kecil.
e.   Korolanya mempunyai lima cuping, bilabiat (dua bibir).
f.    Empat atau dua stamen tumbuh daripada ranggi.
g.   Ovarinya mempunyai dua lokul, dengan dua hingga banyak ovul pada pemplasentaan aksil.
h.   Buah kapsul lazimnya bengang secara kenyal dari apeks ke bawah.
i.    Kebanyakan bijinya mempunyai satu pembentukan jakulator yang keras seperti cangkuk.
j.    Ada kira-kira 240 genus, terdapat terutamanya di kawasan tropika dan subtropika.
k.   Contoh lazimnya: Beloperone guttata (pokok udang/ shrimp plant)
l.    Contoh-contoh lain:

Asystasia coromandeliana

Barleria cristata (Philippine violet)
Crossandra undulaefolia
Fittonia verschaffeltii (Mosaic plant)
Graphtophyllum pictum (Caricature plant)
Hemigraphis colorata (Metal leaf)
Hemigraphis alternata (Instant plant)
Jacobinia carnea (Flamingo plant)
Justicia betonica (White Shrimp plant)
Pachystachys lutea (Lollypops/Firecracker plant)
Pseudoranthemum reticulatum (Yellow Morado)
Pseudoranthemum artopurpureum
Sanchezia nobilis (Yellow Sanchezia)
Strobilanthes dyerianus (Burma Conehead)
Thunbergia alata (Black-eyed Susan)


2.   Amaranthaceae (Famili Bayam) :

a.   Pokok herba atau jarang-jarang pokok renek
b.   Daunnya berselang atau bertentang, tidak mempunyai stipul
c.   Bunganya kecil-kecil dengan braktea yang nipis dan kering, selalunya dwiseks dalam jambak bunga yang padat
d.   Sari salut (perianth) mempunyai empat hingga lima cuping, bersepal; nipis dan kering.
e    Stamen biasanya lima, bertentang dengan cuping sari salut; anter empat atau dua lokul semasa antesis: filamen kerap kali bersambung di bawah.
f.    Ovari satu lokul; stil (benang sari) selalunya tiga fid.
g.   Buah kebanyakannya jenis aken atau utrikel.
h.   Bijinya mempunyai endorsperma.
i.    Ada kira-kira 65 genus, banyak sekali terdapat di kawasan tropika Afrika dan Amerika
j.    Contoh lazim:- Amaranthus spp. (bayam).
k.   Contoh-contoh lain:
Alternanthera amoena (Parrot leaf)
Celosia argentea (Bunga balung ayam/ Cockscomb)
Gomphrena globosa (Bunga butang/ Bachelor's button)
Iresine herbstii (Blood leafplant)
Cyathula prostrata


3.   Amaryllidaceae

a.   Pokok herba saka, berbebawang, berumbisi, jarang-jarang mempunyai rizom.
b.   Berdaun perdu (radical) atau daun batang (cauline).
c.   Bunganya sebentuk (regular), kebanyakannya kelihatan jelas, dwiseks, dalam jambak umbel terdapat pada tangkai yang tidak berdaun dan di sokong oleh braktea seperti seludang.
d.   Keenam-enam segmen sari salutnya biasanya seperti ranggi.
e.   Stamen biasanya enam.
f.    Ovarinya inferior, mempunyai tiga lokul; stilnya tunggal, panjang; ovulnya sedikit hingga banyak dalam tiap-tiap lokul.
g.   Berbuah kapsul atau berri.
h.   Ada kira-kira 90 genus didapati terutamanya di kawasan-kawasan beriklim sederhana dan panas di dunia.
i.    Contoh lazim:- Crinum asiaticum (Spider lily)
j.    Contoh-contoh lain:

Agave augustifolia marginata

Eucharis grandiflora (Lili Amazon)
Eurycles amboiensis (Lili Brisbane)
Haemanthus multiflorus (Lili darah)
Hippeastrum equestre (Lili Barbados)
Polianthus tuberosa (Azucena)
Zephyranthes rosea (Lili hujan)


4.   Apocynaceae (Famili Allamanda)

a.   Pohon atau pokok renek tegak atau memanjat, jarang-jarang pokok herba; latisiferus.
b.   Kebanyakan daunnya bertentang atau berpusar.
c.   Bunganya dwiseks, sebentuk, dalam jambak sima ringkas atau korim.
d.   Salur kaliksnya. pendek, lima cuping, selalunya mempunyai kelenjar di dalamnya.
e.   Salur korola selalunya panjang dan berbentuk semerit cupingnya lima, berkedut-kedut.
f.    Lima stamen, keluar dari ranggi; anternya lurus, cerai atau bertemu di hujung.
g.   Ginesium mempunyai dua karpel; dua ovari pada asasnya nyata atau bertemu di hujung, dan bersatu oleh satu stil.
h.   Mengeluarkan sepasang buah bengang sebelah (pair of follicles ), drup atau kapsul.
i.    Lebih 300 genus, hampir-hampir kosmopolitan, banyak sekali terdapat di kawasan tropika.
j.    Contoh lazim:- Allamanda cathartica (Golden Trumpet Vine)
k.   Contoh-contoh lain:
Allamanda cathartica 'Hendersonii'
Catharanthus roseus (Madagascar Periwinkle)
Cerbera odollam (Pong-Pong)
Kopsia fruticosa (Pink Kopsia /Shrub Vinca)
Nerium oleander (Common Oleander)
Plumeria obtusa (Cempaka/Frangipani)

Plumeria acuminata

Tabernaemontana corymbosa (Great Rosebay)
Thevetia peruviana (Bunga Jepun/Yellow Oleander)
Wrightia religiosa


5.   Araceae (Famili Keladi)

a.   Pokok herba saka, selalunya mempunyai rizom atau ubi, tegak atau memanjat (hidup di air dan terapung iaitu spesies Pistia).
b.   Daunnya berselang, bermacam-macam, tetapi tidak tegar.
c.   Bunganya dwiseks atau uniseks, tidak bergagang; spadiksnya tunggal, biasanya dikurungi oleh seludang hijau, putih atau berwama; jika uniseks, bunga berstamen selalunya di atas bunga berkarpel dengan yang tidak berjantina di antaranya.
d.   Periant tidak ada; jika ada, empat hingga enam, seperti sisik.
e.   Stamen kerap kali sama banyak dengan (atau kurang daripada) segmen sari salut.
f.    Ovarinya mempunyai satu hingga banyak lokul; ovulnya satu atau lebih.
g.   Buah biasanya berri mempunyai satu hingga banyak biji.
h.   Ada lebih 100 genus terdapat terutamanya di kawasan tropika dan hampir tropika.
i.    Contoh lazim:- Anthurium sp.
j.    Contoh lain:

Aglaonema commutatum

Aglaonema commutatum ‘Pseudobracteatum'
Aglaonema costatum
Aglaonema pictum
Alocasia sandriana
Alocasia cucullata (Chinese Taro)
Alocasia macrorhiza (Elephant’ s ear)
Caladium bicolor
Caladium humboldtii
Colocasia spp.
Dieffenbachia picta (Dumbcane)
Dieffenbachia amoena
Epiremnum aureum (Devil’s Ivy/Golden Pothos)
Monstera deliciosa (Tropical Fruit Salad)
Monstera obliqua expilata (Widow leaf)
Philodendron pertusum (Miniature Monstera
Philodendron lacerum
Pistia stratiotes (Water lettuce)
Spathiphyllum sp.
Syngonium auritum
Xanthosoma lindenii


6.   Araliaceae

a.   Pokok renek atau pohon (pokok herba dalam genus iklim sederhana), mempunyai saluran-saluran minyak
b.   Daunnya selalu berselang, tunggal atau majmuk pinat atau majmuk palmat, kerap kali sangat besar dan berkumpul di hujung batang bogel.
c.   Lazimnya berbunga kecil, dengan lima ranggi, dwiseks atau poligami dalam jambak kepala, umbel atau spika majmuk.
d.   Kaliksnya kecil, dengan lima gigi.
e.   Ranggi dan stamennya lima, kadang-kadang lebih. Piringnya (disc) ada.
f.    Ovari mempunyai satu hingga banyak lokul, dengan satu ovul dalam tiap-tiap lokul, jenis juntaian.
g.   Buah drup atau berri. Bijinya mempunyai endosperma.
h.   Ada kira-kira 50 - 60 genus, didapati terutamanya di kawasan tropika.
i.    Contoh lazim: Brassaia actinophylla (Queenslands' Umbrella Tree)
j.    Contoh-contoh lain:

Hedera helix

Panax schinseng (Ginseng)
Polyscias fruticosa (Ming Aralia)
Polyscias balfouriana ‘Marginata’ (Variegated Balfour Aralia)
Polyscias balfouriana ‘Pennockii’
Polyscias guifoylei ‘Laciniata’
Polyscias guifoylei ‘'Victoriae’ (Lace Aralia)
Polyscias guifoylei ‘Quinquefolia’ (Celery leaf Aralia)
Polyscias paniculata ‘Variegata’
Polyscias ornatum (Yellow Papua, Cup-leaved Papua)
Schefflera sp.


7.   Balsaminaceae (Famili Keembung

a.   Pokok herba sukulen dengan batang berair yang jernih
b.   Daunnya jenis tunggal, selalunya berselang.
c.   Bunganya zigomorf, dwiseks, sendirian atau dalam jambak simos
d.   Lima sepal, dua yang terdapat di hadapan kecil atau bantut, yang di belakang berbonggol kecil, beranggi.
e.   Lima ranggi, dua ranggi yang di sisi bercantum.
f.    Lima stamen, filamen pendek, bercantum di atas; anter bercantum di keliling ovari.
g.   Ovarinya lima lokul, ovulnya banyak, satu stil, pendek.
h.   Buah kapsul (selalunya bengang meletup) atau berri. Tidak ada endorsperma,
i.    Ada dua genus, didapati terutamanya di kawasan tropika di Asia dan di Afrika.
j.    Contoh lazim:- Impatiens balsamina (Keembung / Balsam)
k.   Contoh lain: Impatiens walleriana sultanii (Busy Lizzie)


8.   Begoniaceae

a.   Pokok herba atau pokok renek rendah, kebanyakannya sukulen.
b    Daun-daunnya asimetri dan mempunyai stipul.
c    Bunga-bunganya uniseks, monoesius dan dalam jambak sima.
d.   Sepal selalunya dua, injap dan beranggi.
e.   Rangginya dua hingga lima.
f.    Banyak stamen, bercantum pendek-pendek.
g.   Secara tipikal, ovarinya mempunyai tiga karpel, satu lokul, inferior, berbucu atau berkepak, ovulnya banyak pada pemplasentaan ketiak; plasentanya kerap kali bercuping atau berserampang; benang sari selalunya tiga dan dua fid.
h.   Buahnya berbucu atau berkepak, selalunya jenis kapsul. Bijinya tanpa endosperma.
i.    Ada kira-kira empat hingga lima genus, terdapat di seluruh kawasan tropika.
j.    Contoh lazim: Begonia sp.
k.   Banyak spesies dan kultivar bagi genus Begonia.
Begonia semperfiorens
Begonia erythrophylla helix
Begonia masoniana (Iron-cross begonia)
Begonia 'Bow-nigra'


9.   Bignoniaceae (Famili Jambul Merak)

a.   Pohon atau pokok renek, kadang-kadang pokok memanjat.
b.   Daunnya bertentang atau berselang, satu hingga tiga kali pinat, jarang-jarang daun tunggal.
c.   Bunganya kelihatan jelas, dwiseks, dengan lima bahagian, tidak sebentuk, dalam jambak rasemos, atau jambak panikel.
d.   Kaliksnya berhentuk kampanulat atau serombong (tubular) atau terbelah ke bawah pada satu bahagian sisi dan seperti dedayung buntar.
e.   Korolanya berbentuk serombong, selalunyn membengkok (gibbous) di hadapan.
f,    Stamen selalunya empat (atau dua), dalam dua (atau satu pasang), atau stamen yang kelima adalah staminod.
g.   Ovarinya mempunyai dua lokul dengan satu atau dua plasenta dalam tiap-tiap lokul, atau satu lokul dengan dua plasenta pinggir yang mempunyai dua fid, ovulnya banyak.
h.   Buahnya jenis kapsul dua berinjap panjang seperti buah lidah dengan bijinya yang leper dan bersayap atau jarang-jarang tak bengang dengan bijinya tak bersayap terbenam dalam pulpa.
i.    Ada lebih 100 genus, kebanyakannya di kawasan tropika di Amerika Selatan.
j.    Contoh lazim: Jacaranda filicifolia (Jambul Merak
k.   Contoh-contoh lain:
Arrabidaea magnifica
Crescentia cujete (Calabash tree)
Pseudocalyma alliaceum (Garlic Vine)
Spathodea campanulata (African Tulip tree/ Pancut)
Tecoma stans (Yellow bell / Yellow Trumpet Bush)
Tecomaria capensis (Cape Honeysuckle)


10. Boranginaceae

a.   Pokok herba, pokok renek atau pohon, selalunya mempunyai bulu-bulu kasar.
b.   Daunnya jenis tunggal, berselang tidak ada stipul.
c.   Biasanya berbunga dwiseks, sebentuk, mempunyai lima bahagian, kebanyakannya dalam jambak sima skorpiod.
d.   Kaliks dan korolanya mempunyai lima cuping, imbrikat atau berkedut.
e.   Lima stamen, tumbuh daripada ranggi, berselang dengan cuping korola.
f.    Ovarinya dua lokul, mempunyai dua ovul dalam tiap-tiap lokul (atau kelihatan seolah-olah mempunyai empat lokul disebabkan oleh pembentukan septum palsu ), terutamanya pada pemplasentaan ketiak; satu atau dua stil.
g.   Buahnya jenis drup atau kekeras dengan satu biji dalam tiap-tiap kekeras.
h.   Ada kira-kira 100 genus, hampir semuanya kosmopolitan
i.    Contoh lazim: Cordia cylindristachya (String Bush)
j.    Contoh lain: Ehretia microphylla


11. Bixaceae (Famili Kesumba)

a.   Pohon atau pokok renek.
b.   Daunnya tunggal, berselang dan biasanya bercuping.
c.   Bunganya jelas kelihatan, selalunya dwiseks dan sebentuk, berada dalam jambak panikel.
d.   Mempunyai lima sepal dan lima ranggi.
e.   Ia mempunyai banyak stamen di atas pudung; anter terbuka oleh dua liang atau bukaan pendek.
f.    Ovari kebanyakannya satu lokul dan mempunyai banyak ovul di atas dua atau lima plasenta parietal: mempunyai satu stil.
g.   Kapsulnya mempunyai dua hingga lima injap. Bijinya kecil dan banyak, beraril atau berbulu (woolly), mempunyai endosperma.
h.   Contoh lazim:.- Bixa orellana (Anatto)
i.    Contoh lain: Cochlospermum religiosum (Buttercup Tree)


12. Cactaceae (Famili Kaktus)

a.   Pokok sukulen selalunya berduri.
b    Daun biasanya kecil (menyusut) menjadi sisik atau tidak ada langsung.
c.   Bunganya dwiseks, sendirian dan kelihatan nyata, jenis aktinomorf atau menjadi zigomorf dengan melengkungnya periant dan andresium.
d.   Bilangan sepal dan ranggi tidak tetap dan tidak dapat dibezakan dengan terang.
e.   Bilangan stamen juga tidak tetap, tumbuh secara berlingkar atau dalam beberapa kumpulan daripada hipantium.
f.    Ovarinya inferior, mempunyai tiga ataupun banyak karpel, satu lokul dengan ovul yang sangat banyak pada plasenta parietal; satu stil, bilangan stigma sama banyak dengan karpel.
g.   Kebanyakan buahnya seperti berri. Endosperma sedikit atau tidak ada langsung.
h.   Ada kira-kira 150 genus, terdapat di Amerika sahaja.
i.    Contoh lazim: Opuntia sp.
j.    Contoh-contoh lain:
Cereus sp.
Epiphyllum oxypetalum (Keng Huah)
Gymnocalycium sp.
Mammillaria sp.
Notocactus sp.
Pereskia sp.


13. Cannaceae

a.   Pokok herba saka tegak, mempunyai batang-batang berdaun daripada rizom berlendair
b.   Daunnya besar, gagangnya menjadi upih kepada batang
c.   Bunganya jelas kelihatan, dwiseks, tidak sebentuk, dalam jambak spike atau panikel, mempunyai braktea
d.   Segmen-segmen periant tiga campur tiga; yang di sebelah luar seperti sepal (sepaloid) yang di sebelah dalam seperti ranggi (petaloid), agak besar, bercantum di pangkal
e.   Stamen pada asasnya ada enam, bercanlum di bawah, tiga yang di sebelah ranggi; dua yang di sebelah dalam juga seperti ranggi, satu daripadanya mempunyai satu anter, satu lokul (atau separuh anter) terletak pada tepinya
f.    Ovarinya inferior mempunyai tiga lokul, dengan banyak ovul. Stil seperti ranggi (petaloid)
g.   Buahnya kapsul
h.   Satu genus iaitu Canna, yang mempunyai lebih 30 spesies adalah tumbuhan asli di kawasan tropika di Amerika
i.    Terdapat banyak hibrid


14.           Commelinaceae (Famili rumput aur)

a.   Pokok herba, merebak atau sendeng (ascending)
b.   Daunnya berupih di pangkal
c.   Bunganya sebentuk atau tidak sebentuk, berwarna biru atau ungu, dalam jambak sima atau panikel, hujung atau ketiak
d.   Periant dalam dua siri, yang di sebelah luarnya seperti sepal (sepaloid), yang di sebelah dalam seperti ranggi (petaloid), stamen ada enam, semuanya sempurna atau dua atau lebih menyusut menjadi staminod; filamennya selalunya berjanggut
e.   Ovarinya mempunyai dua hingga tiga lokul dengan satu ovul dalam tiap-tiap lokul
f.    Buah kapsulnya mengandungi satu atau beberapa biji
g.   Ada kira-kira 40 genus, tumbuhan tropika dan hampir tropika
h.   Contoh lazim:- Rhoeo spathacea (Moses in the cradle)
i.    Contoh-contoh lain:
Geogeganthus undatus Seersucker plant)
Setcreasea purpurea (purple Heart)
Setcresea striata
Trandescantia blossfeldiana
Zebrina pendula (Wandering Jew)


15. Compositae (Asteraceae) (Famili Bunga Matahari)

a.   Pokok herba, pokok renek, jarang-jarang pohon kadang-kadang mempunyai sap bersusu
b.   Daunnya berselang atau bertentang tunggal atau terbelah, tidak ada stipul
c.   Bunganya kecil, dwiseks atau uniseks sebentuk atau tidak sebentuk dalam sedikit hingga banyak pada kapitulum
d.   Kaliks menyusut atau bertukar dan digantikan oleh pappus
e.   Korolanya berbentuk serombong, ligulat atau dwilabiat
f.    Lima stamen, tumbuh dari ranggi; anter bengang ke tengah bersatu (syngenesius)
g.   Ginesium mempunyai dua karpel; ovarinya inferior dengan satu lokul; satu ovul dalam tiap-tiap lokul, stil tunggal; dua cabang
h.   Buah jenis aken atau sebenamya sipsela / cypsela)
i.    Ini ialah famili yang terbesar dalam tumbuhan berbiji, kosmopolitan; bilangan genus diagakkan lebih 1000
j.    Contoh lazim: Gerbera jamesonii (Daisy Afrika)
k.   Contoh-contoh lain:
Chrysanthemum spp. (Bunga Kekwa)
Cosmos spp.
Dahlia hibrida
Gynura sarmentosa (Velvet plant)
Helianthus annuus (Bunga matahari biasa)
Melampodium paludosum
Solidago virgaurea (Golden Rod)
Tagetes erecta (Marigold Afrika)
Tithonia diversifolia (Mexican sunflower)
Vernonia elliptica (Bridal Veil)
Wedelia trilobata (Creeping Daisy)
Zinnia elegans (Zinnia)


16. Euphorbiaceae (Famili Getah Hevea)

a.   Pokok herba, pokok renek atau pohon, kerap kali latisiferus.
b.   Kebanyakan daunnya berselang, mempunyai stipul.
c.   Bunga selalunya kecil, sebentuk, uniseks, lazimnya pokok jenis monoesius dan dalam jambak bunga majmuk.
d.   Periant mempunyai ranggi, bersiri satu atau dua ataupun menyusut.
e.   Satu hingga banyak stamen.
f.    Ovarinya mempunyai tiga lokul, satu hingga dua ovul dalam tiap-tiap lokul, jenis juntaian (pendulous) dan menangkup (anatropous), mikropil selalunya ditutupi oleh karunkel; stil tiga, tiap-tiap satu selalunya dua cuping.
g.   Buah bermacam-macam; masak menjadi skizokarp bengang tersekat sekat (mengandungi tiga lokus) dan mempunyai tiga atau enam biji, bijinya mempunyai endosperma.
h.   Ada kira-kira 280 genus, taburannya hampir kosmopolitan.
i.    Contoh lazim: Euphorbia spp.
j.    Contoh-contoh lain:

Acalypha godseffiana

Acalypha hispida (Pokok ekor kucing)
Acalypha siamensis (Tea Leaves)
Acalypha wilkesiana ‘Macafeana’
Acalypha wilkesiana ‘Macrophylla’
Baccaurea motleyana (Rambai)
Codiaeum variegatum (Croton)
Euphorbia antiquorum
Euphorbia lactea
Euphorbia lactea ‘Cristata’ (Elkhorn)
Euphorbia pulcherrima (Poinsettia)
Euphorbia splendens (Crown of Thorns)
Euphorbia tirucalli (Milk bush)
Excoecaria cochinchinensis (Picara)
Jatropha multifida (Coral plant)
Jatropha pandurifolia (Fiddle-leaved Jatropha)
Jatropha podagrica (Gout plant)
Manihot esculenta 'Variegata' (Ubi Batik)
Phyllanthus myrtifolius (Naga Buana)
Pedilanthus tithymaloides (Zig-zag plant)
Ricinus communis (Pokok minyak jarak)


17.           Gesneriaceae (Famili African Violet)

a.   Pokok herba.
b.   Daunnya kerap kali bertentang.
c.   Bunganya kelihatan nyata, dwiseks, tunggal atau dalam jambak rasem.
d.   Kaliks terbelah lima.
e.   Korola mempunyai lima cuping, selalunya berbibir dua.
f.    Stamen selalunya empat, tumbuh daripada ranggi dalam dua pasang.
g.   Buah kapsul. Bijinya banyak dan kecil.
h.   Contoh lazim: Saintpaulia ionanthe (African Violet)
i.    Contoh-contoh lain:
Episcia cupreata
Nautilocalyx lynchii
Siningia speciosa (Gloxinia)


18.           Labiatae (Lamiaceae) (Famili ati-ati)

a.   Kebanyakannya pokok herba, lazimnya beraroma, batang dan dahan berbucu empat.
b.   Daunnya bertentang dan dekusat, tidak ada stipul.
c.   Bunga dwiseks, zigomorf dengan lima bahagian.
d.   Kaliks mempunyai lima gigi, kadang-kadang dengan dua bibir.
e.   Korola biasanya mempunyai lima cuping dan dua bibir.
f.    Empat atau dua stamen, tumbuh dari ranggi.
g.   Ovarinya mempunyai dua lokul, tiap-tiap satu mempunyai dua ovul.
h.   Biasanya buah terdiri daripada empat kekeras.
i.    Ada kira-kira 200 genus dan taburannya kosmopolitan.
j.    Contoh lazim: Coleus blumei (Ati-ati)
k.   K. Contoh-contoh lain:
Mentha piperita (Mint)
Orthosiphon stamineus (Misai kucing/ Cat's Whiskers)
Salvia splendens


19. Leguminosae (Fabaceae) (Famili Kekacang)

a.   Pokok herba, pokok renek atau pohon.
b.   Daun-daunnya berselang, selalunya tiga dedaun atau majmuk pinat, mempunyai stipul.
c.   Bunganya besar atau kecil, sebentuk atau tidak sebentuk, biasanya dwiseks; jambak bunga rasemos atau panikel,
d.   Sepal lima, cerai atau bercantum di pangkal.
e.   Mempunyai lima ranggi.
f.    Stamen lazimnya sepuluh, kadang-kadang kurang, jarang sekali banyak.
g.   Mempunyai satu karpel; ovarinya superior, selalunya mempunyai satu atau hingga banyak ovul.
h.   Buah jenis kekacang, bengang atau tidak bengang.
i.    Mempunyai satu atau banyak biji.
j.    Ada kira-kira 550 genus dan taburannya adalah kosmopolitan.
k.   Ia pada umumnya dianggap sebagai famili yang ketiga besarnya dalam tumbuhan berbiji selepas Compositae dan Orchidaceae.
l.    Contoh lazim: Delonix regia (Semarak Api)
m.  Contoh-contoh lain:
Acacia auriculaeformis (Wattle)
Acacia mangium
Adenanthera pavonina (Saga)
Albizzia sp.
Amherstia nobilis
Andira surinamensis (Cabbage Tree)
Baphia nitida (Camwood Plant)
Bauhinia sp.
Calliandra emarginata (Powderpuff Plant)
Calliandra surinamensis
Cassia biflora (Bushy Cassia)
Cassia fistula (GoIden Shower / Indian Laburnum)
Cassia multijuga (Leafy Cassia)
Cassia nodosa (Pink Cassia)
Cassia siamea (Kassod Tree)
Cassia spectabilis (Droopy Cassia)
Caesalpinia pulcherrima (Bunga Merak / Peacock Flower)
Clitorea ternatea (Kacang Telang / Blue Pea)
Dalbergia oliveri (Tamalan Tree)
Erythrina glauca (Dedap / Coral Tree)
Erythrina variegata (Dedap batik)
Gliricidia sepium (Mexican lilac)
Leucaena leucocephala (Petai Belalang)
Mucuna bennettii (New Guinea Creeper)
Peltophorum pterocarpum (Batai / Yellow Flame)
Pithecellobium dulce (Madras Thom)
Pterocarpus indica (Sena / Angsana)
Samanea saman (Hujan-hujan/ Rain Tree)
Saraca thaipencensis
Sesbania grandiflora (Turi)
Strongylodon macrobotrys (Jade Vine)
Tamarindus indica (Tamarind, Asam Jawa)


20. Liliaceae (Famili Lili)

a.   Pokok herba, akamya dari rizom, umbisi, atau bebawang.
b.   Berdaun perdu (radical) atau daun batang (cauline).
C.  Biasanya berbunga dwiseks, selalunya aktinomorf.
d.   Segmen periantnya enam.
e.   Ovarinya mempunyai tiga lokul, biasanya superior.
f.    Berbuah jenis kapsul atau berri.
g.   Bertaburan dimerata-rata dunia dan mengandungi kira-kira 240 genus.
h.   Contoh lazim: Lilium spp.
i.    Contoh-contoh lain:
Aloe vera (Medicine plant)
Asparagus setaceus (Fern asparagus)
Asparagus densiflorus ‘Sprengeri’ (Sprengeri asparagus)
Beaucarnea recurvata (Pony Tail)
Chlorophytum comosum ‘Variegatum’ (Ribbon plant)
Chlorophytum comosum ‘Vittatum’ (Spider plant)
Cordyline temninalis (Ti plant)
Dracaena deremensis
Dracaena fragrans ‘Manangeana’ (Cornstalk plant)
Dracaena fragrans ‘Lindenii’
Dracaena godseffiana (Gold dust dracaena)
Dracaena godseffiana ‘Florida Beauty’
Dracaena goldieana (Queen of dracaenas)
Dracaena marginata
Dracaena sanderiana (Striped cornplant)
Dracaena surculosa punculata
Gasteria spp.
Gloriosa superba (Glory lily)
Haworthia spp.
Hosta spp.
Ophiopogon jaburan (Wnite Lily-turf)
Ophiopogon jaburan ‘Variegatus’ (Variegated Mondo Grass)
Pleomele reflexa angustifolia
Pleomele reflexa ‘Variegàta’ .(Song of India)
Sansieveria cylindrica
Sansieveria guineensis ‘Marginata’ (Variegated Bowstring Hemp)
Sansieveria trifasciata (Mother-in-law’s tongue)
Sansieveria trifasciata ‘Laurentii'
Sansieveria trifasciata ‘Hahnii’ (Bird’s Nest)
Sansieveria dawei


21. Loganiaceae (Famili Tembusu)

a.   Pohon dan pokok renek.
b    Ada kira-kira 30 genus.
c.   Contoh: Fagraea fragrans (Tembusu)


22. Lythraceae (Famili Bungor)

a.   Pokok herba, pokok renek atau pohon.
b.   Ada kira-kira 20 genus, bertabur dengan luasnya di kawasan tropika dan kawasan iklim sederhana.
c.   Contoh-contoh:
Cuphea hyssopifolia
Cuphea platycentra (Cigar flower)
Lagerstroemia flos-reginae (Bungor/ Rose of India)
Lagerstroemia indica (Crepe Myrtle)


23. Malpighiaceae

a.   Pohon kecil atau pokok renek lazimnya memanjat.
b.   Daunnya jenis tunggal, kebanyakanya bertentang, mempunyai stipul, selalunya mempunyai kelenjar-gagang.
c.   Bunganya sebentuk atau tidak begitu sebentuk.
d.   Sepalnya lima, lazimnya mempunyai dua kelenjar besar di.sebelah luar.
e.   Rangginya lima, selalunya mempunyai cakar.
f.    Stamen sepuluh, bercantum di pangkal.
g.   Ovari lazimnya tiga lokul; ovulnya satu dalam tiap-tiap lokul, tiga stil (satu stil bagi genus Tristellateia)
h.   Buahnya tiga skizokarp atau nat (lazimnya bersayap) atau jenis drup. Tidak ada endosperma.
i.    Ada 60 genus, tumbuhan tropika dan hampir tropika di kedua-dua hemisfera.
j.    Contoh lazim: Malpighia coccigera (Miniature Holly / Singapore Holly)
k    Contoh-contoh lain:
Galphimia glauca (Gold Shower thryallis)
Stigaphyllon ciliatum (Orchid Vine)
Tristellateia australasiae (Maiden’s Jealousy)


24. Malvaceae (Famili Bunga Raya)

a.   Pokok herba atau pokok renek berkayu lembut atau pohon, lazimnya diselaputi oleh bulu-bulu cabang (Stellate hairs).
b.   Daunnya berselang, selalunya bercuping palmat, mempunyai stipul.
c.   Bunganya dwiseks, sebentuk, kerap kali kelihatan nyata, sendirian atau dalam jambak bunga.
d.   Kaliks bercuping lima, lazimnya disokong oleh kaliks luar (epicalyx).
e.   Rangginya lima, besar, selalunya berpintal (twisted).
f.    Stamen banyak, bertaup tunggal (monoadelphous) salur stamennya nyata, membendungi ginesium; anternya satu lokul, dengan butir-butir debunga yang berduri.
g.   Ovarinya mempunyai lima hingga banyak karpel, mempunyai stil atau cabang-cabang stil yang sama banyak.
h.   Buah hiasanya jenis kapsul atau skizokarp. Embrionya melengkung, mempunyai endosperma.
i.    Ada lebih 80 genus terdapat di seluruh dunia.
j.    Contoh lazim: Hibiscus rosa-sinesis (Bunga raya)
k.   Contoh-contoh lain:
Abutilon pictum
Hibiscus mutabilis (Rose of Sharon / Changeable Rose Hibiscus)
Hibiscus rosa-sinesis ‘Cooperi’ (Checkered Hibiscus)
Hibiscus schizopetalous (Japanese Lantern)
Hibiscus tiliaceus (Bebaru/ Sea Hibiscus)
Malvaviscus arboreus (Wax Mallow)
Malvaviscus conzatii (Turk’s Cap)
Urena lobata


25. Marantaceae (Famili Ubi Garut)

a.   Pokok herba saka yang mempunyai rizom.
b.   Daunnya dalam dua baris, gagang menjadi upih kepada batang.
c.   Bunganya tidak sebentuk, sempurna.
d.   Segmen periant tiga campur tiga seperti sepal dan ranggi (sepaloid and petaloid).
e.   Stamen pada asasnya dalam dua pusar, pusar sebelah luar diwakili oleh satu atau dua staminod seperti ranggi (atau tiada), yang di sebelah dalam, oleh dua atau tiga staminod seperti ranggi, hanya satu daripadanya mempunyai anter satu lokul.
f.    Ovarinya inferior, mempunyai tiga lokul atau satu lokul yang di sebabkan oleh penekanan; satu ovul dalam tiap-tiap lokul.
g.   Buahnya kapsul; bijinya satu atau lebih, beraril.
h.   Contoh lazim: Maranta arundinacea 'Variegata' (Obedience plant)
i.    Contoh-contoh lain:
Calathea insignis
Calathea kegeliana
Calathea makoyana (Peacock plant)
Calathea ornata ‘Roseo-lineata’
Calathea ornata 'Sanderiana'
Calathea picturata 'Argentea’
Calathea picturata 'Vandenheckei'
Calathea roseo-picta
Calathea zebrina (Zebra Plant)
Maranta leuconeura kerchoveana (Prayer plant)


26. Meliaceae (Famili Sentol)

a.   Pohon atau pokok renek.
b.   Ada kira-kira 50 genus.
c.   Contoh-contoh:
Aglaia dookkoo (Duku)
Aglaia odorata (Telur belangkas / Mock lime)
Melia indica (Margosa / Nim Tree)
Sandoricum koetjape (Sentol)
Swietenia macrophylla (Broad leaf Mahogany)

27. Moraceae (Famili ara / nangka)

a.   Umumnya pohon dan pokok renek, latisiferus.
b.   Daun-duanya tunggal dan berselang; stipulnya kecil atau besar dan membentuk tudung di atas kudup.
c.   Bunga-bunga kecil, uniseks, dalam jambak-jambak sima atau kepala atau terbenam dalam pudung berbentuk pundi-pundi; (urn-shaped receptacle).
d.   Periant selalunya empat cuping, jarang-jarang tidak ada.
e.   Stamennya empat (bertentang dengan cuping periant atau menyusut menjadi satu atau dua).
f.    Ginesiumnya dua karpel; ovari mempunyai satu lokul dan satu ovul; stil kebanyakannya dua.
g.   Buah jenis nat atau drup atau aken, selaunya membentuk jisim pejal atau terkandung di dalam pudung berisi (sikonium / syconium).
h.   Ada kira-kira 53 genus, kebanyakannya terdapat di kawasan-kawasan tropika.
l.    Contoh lazim: Ficus elastica (Rubber Plant)
j.    Contoh-contoh lain:
Artocarpus altilis (Sukun / Breadfruit)
Artocarpus heterophylla (Nangka / Jack Fruit)
Artocarpus integer (Chempedak)
Ficus benghalensis (Banyan)
Ficus benjamina (Beringin)
Ficus elastica 'Decora’
Ficus elastica ‘Doescheri’ (Viriegated Rubber Plant)
Ficus elastica ‘Robusta’
Ficus lyrata (Fiddle-leaved Ficus)
Ficus pumila (Creeping fig)
Ficus religiosa (Bo-Tree)
Ficus roxburghii (Broad leaf fig)
Morus alba (Mulberry)


28.           Musaceae (Famili Pisang)

a.   Pokok herba tinggi dan tegap (robust), kadang-kadang mempunyai batang palsu.
b.   Ada lima genus, terdapat di merata kawasan tropika.
c.   Contoh-contoh:
Heliconia humilis (Lobster's Claw)
Heliconia psittacorum
Musa spp.
Ravenala madascariensis (Traveller's Palm)
Strelitzia reginae (Bird of Paradise)


29.           Myrtaceae (Famili jambu air)

a.   Pohon atau pokok renek.
b.   Ada kira-kira 80 genus, tumbuhan tropika dan hampir tropika.
c.   Contoh-contoh:
Callistemon lanceolatus (Bottle Brush Tree)
Eugenia aromatica (Cengkih/Clove)
Eugenia grandis (Jambu laut)
Eugenia uniflora (Surinam cherry)
Melaleuca leucadendron (Gelam/Paper bark tree)
Psidium guajava (Jambu batu/Guava)


30. Nyctaginaceae

a.   Pokok renek atau pokok herba, jarang-jarang pohon.
b.   Ada kira-kira 30 genus
c.   Contoh-contoh:
Bougainvillea spectabilis (Bunga kertas)
Mirabilis jalapa (Marvel of Peru/Four O'clock Flower)
Pisonia alba (Kemudu Siam)


31. Oleaceae (Famili Melur)

a.   Pohon atau pokok renek.
b.   Ada lebih 20 genus, di kawasan-kawasan tropika dan beriklim sederhana.
c.   Contoh-contoh:
Jasminum rex
Jasminum sambac (Melur/Arabian Jasmine)
Nyctanthes arbor-tristis (Seri Gading/Tree of Sadness)
Olea europaea (Pokok Zaitun/Olive)
32. Palmae (Famili kelapa)

a.   Pokok tegak atau pokok renek, kadang-kadang memanjat.
b.   Daunnya tegar, pinat atau palmat, gagangnya berupih di bawah.
c.   Bunganya kecil, sebentuk, dwiseks atau uniseks (dan biasanya monoesius), dalam jambak panikel, selalunya disokong oleh braktea seperti seludang yang besar, ada 6 stamen.
d.   Ovarinya superior, kebanyakannya mempunyai tiga lokul, dengan satu ovul dalam tiap-tiap lokul.
e.   Buahnya nat, berri atau drup. Bijinya mempunyai endosperma.
f.    Embrio kecil, kotiledonnya membesar ketika dalam percambahan.
g.   Ada lebih 200 genus, terdapat di kawasan tropika dan hampir tropika.
h.   Contoh-contoh:
Archontophoenix alexandrae (Alexandra Palm)
Areca catechu (Pinang/Betel Nut Palm)
Caryota mitis (Fish-tail Palm)
Chrysalidocarpus lutescens (Madagascar Palm/ Cane Palm)
Cocos nucifera (Kelapa)
Cyrtostachys lakka (Pinang Raja/ Sealing Wax Palm)
Elaeis guineensis (Kelapa Sawit)
Licuala grandis
Livistona chinensis (Chinese Fan Palm)
Livistona rotunda (Common Fan Palm)
Mascarena lagenicaulis (Bottle Palm)
Ptychosperma macarthurii (MacArthur Palm)
Raphis excelsa (Bamboo Palm)
Raphis humilis (Slender lady Palm)
Roystonea regia (Royal Palm)
Veitchia merrillii (Manila Palm)


32. Piperaceae (Famili Sirih)

a.   Pokok herba atau pokok renek, tegak atau memanjat.
b.   Ada lebih 10 genus, semuanya terdapat di kawasan tropika.
c.   Contoh-contoh:
Peperomia obtusifolia (Baby Rubber Plant)
Peperomia obtusifolia 'Variegata'
Peperomia scandens (Philodendron peperomia)
Peperomia scandens 'Variegata'
Peperomia sandersii (Watermelon peperomia)
Peperomia verschaffeltii
Piper nigrum


34.           Plumbaginaceae

a.   Pokok renek rendah atau pokok herba.
b.   Ada 10 genus, terdapat di seluruh dunia.
c.   Contoh: Plumbago capensis (Blue Plumbago)


35 Polygonaceae

a.     Pokok herba atau pokok renek, batangnya bersendi.
b.     Ada lebih 30 genus.
c.     Contoh-contoh:
Antigonon leptotus (Honolulu Creeper)
Polygonum capitatum (Knot Weed)
Muehlenbeckia platycladum (Centipede Plant)


36.           Portulacaceae

a.   Pokok herba sukulen.
b.   Ada kira-kira 16 genus, terutamanya di Amerika.
c.   Contoh-contoh:
Portulacaria afra (Jade Plant)
Portulaca grandiflora (Japanese Rose)

37. Rubiaceae (Famili Kopi)

a.   Pokok herba, pokok renek atau pohon, kadang-kadang pokok memanjat.
b.   Daunnya bertentang, licin; stipul antara gagang.
c.   Bunganva selalunya dwiseks, sebentuk, dengan empat hinggd lima bahagian, lazimya jambak sima tunggal atau sima majmuk
d.   Salur kaliks berkeadaan adnat kepada ovari.
e.   Salur korolanya pendek atau panjang, mempunyai empat hingga lima cuping. Stamen sama banyak dengan cuping korola dan berselang dengannya.
f.    Ovarinya inferior, selalunya mempunyai dua lokul, tiap-tiap satu mempunyai satu ataupun banyak ovul pada pemplasentaan ketiak atau kelihatan di pangkal; satu stil.
g.   Buah kapsul, berri atau drup. Embrionya besar, dalam endosperma yang banyak.
h.   Ada hampir-hampir 400 genus, kebanyakan-nya tuntuhan tropika dan hampir tropika.
i.    Contoh-contoh
Coffea liberica (Kopi/coffee)
Gardenia jasminoides (Cape Jasmine)
Ixora compacta 'Sunkist'
Ixora coccinea Flame of the Woods)
Ixora javanica (Jungle Geranium)
Murraya paniculata (Kemuning/Satinwood)
Mussaenda erythrophylla (Ashanti Blood)
Mussaenda erythrophylla 'Dona Luz''
Mussaenda phillippica 'Aurorae'. (Janda Kaya/Dona Aurora)
Pentas carnea
Randia macrantha (Angel’ s trumpet)


38.           Scrophularliaceae

a.   Pokok herba atau jarang-jarang pokok renek.
b.   Ada kira-kira 200 genus, taburannya kosmopolitan
c.   Contoh-contoh:
Russelia juncea
Torenia fournieri (Wish-bone plant)


39.           Solanaceae (Famili Cili)

a.   Pokok herba atau pokok renek
b.   Bunganya selalunya lima bahagian, dwiseks, sebentuk, tunggal atau dalam jambak sima.
c.   Kaliks mempunyai lima cuping kukuh.
d.   Korola plikat. Stamen tumbuh daripada ranggi, lima.
e.   Ovarinya mempunyai dua karpel, dua lokul, ovulnya dari beberapa hingga banyak, satu stil.
f.    Buahnya berri atau kapsul. Bijinya mempunyai endosperma.
g.   Ada kira-kira 85 genus, terdapat terutamanya di kawasan tropika dan bahagian panas Amerika.
h.   Contoh-contoh:
Brunfelsia calycina (Yesterday, Today and Tomorrow)
Capsicum annuum (Cili)
Cestrum nocturnum (Sundal Malam/Lady of the Night)
Datura metel
Petunia hybrida
Physalis sp.
Solanum mammosum (Terung Tetek/Nipple Fruit)


40. Urticaceae

a.   Pokok herba bersabut, pokok renek atau pohon berkayu lembut.
b.   Ada kira-kira 45 genus, kebanyakannya terdapat di kawasan tropika dan hampir tropika.
c.   Contoh-contoh:
Pellonia daveauana
Pilea cadierei (aluminium Plant)
Pilea microphylla (Artillery Plant)
Pilea nummularifolia (Creeping Charlie)


41. Verbenaceae (Famili Clerodendron)

a.   Pohon, pokok renek atau pokok herba
b.   Daunnya bertentang, tunggal atau majmuk, tidak ada stipul.
c.   Bunganya dwiseks, tak sebentuk dengan lima bahagian, selalunya dalam jambak sima berumbel atau berpanikel, kebanyakannya mempunyai braktea.
d.   Kaliksnya mempunyai lima gigi.
e.   Korola mempunyai lima cuping,
f.    Stamen selalunya empat, ovarinya dua lokul dengan dua ovul dalam setiap lokul; satu stil.
g    Buah jenis drup atau kapsul.
h.   Ada kira-kira 100 genus terdapat terutamanya di kawasan-kawasan tropika dan hampir tropika.
j.    Contoh-contoh:
Clerodendron paniculatum (Kashmir Bouquet/ Pagoda flower)
Clerodendron macrosiphon (Witches Tongue)
Clerodendron thomsonae (Bleeding Heart Vine)
Congea tomentosa (Shower Orchid)
Duranta repens (Golden Dewdrop)
Duranta repens 'Variegata' (Sky-flower)
Lantana camara (bunga Tahi Ayam/Shrub verbena)
Petrea volubilis (Purple Wreath)
Tectona grandis (Jati/Teak)


42. Zingiberaceae (Famili Halia)

a.   Pokok herba saka yang mempunyai rizom berubi.
b.   Berdaun lanseolat, biasanya distikus, kadang-kadang tersusun berlingkar, kerap kali berupih.
c.   Bunganya tidak sebentuk dwiseks, lazimnya dalam padat seperti kepala, mempunyai braktea.
d.   Ada kira-kira 50 genus, di kawasan tropika dan hampir tropika.
e.   Contoh-contoh:
Alpinia purpurata (Red ginger)
Alpinia sandarae
Alpinia speciosa ‘Variegata'
Costus malortieanus (Stepladder plant)
Cucurma domestica (Kunyit)
Hedychium coronarium
Kaempferia rotunda (Resurrection ginger)
Nicolaia speciosa (Kantan)



Rujukan:

1.     Graft, A. B. (1974). Exotica. Roehrs Company Inc.
2.     Chaniago, D. dan Mohd. Saufi Abdullah. (1981). Pokok Pinggiran Jalan di Malaysia. DBP, Kuala Lumpur.
3.     Hsuan, K.. (1986). Order dan Famili Tumbuhan Berbiji di Tanah Melayu. DBP. Kuala Lumpur.
4.     Ismail Saidin. (1977). Bunga-bungaan Malaysia. DBP, Kuala Lumpur.
5.     Krempin, K. (1990). Know Your Indoor & House Plants. Horwitz Grahame, Pty. Ltd., Sydney.

Penyusun: Versi Asal: Chee Teck Son/ya/pg; Versi Elektronik: Agos bin Atan; 9 Jun 2001