Monday 17 January 2011

Landskap

Pelandskapan merupakan hasil terakhir dalam hortikultur hiasan. la melibat-kan penggunaan tumbuhan hiasan secara kreatif untuk mewujudkan keindah-an alam persekitaran manusia. Sebelum perbincangan lebih lanjut mengenai proses-proses dan teknik-teknik dalam pelandskapan, beberapa istilah penting yang sering digunakan ketika membincangkan tajuk ini perlulah difahami dan dihayati.

Landskap bermakna apa sahaja yang dapat dilihat di atas muka bumi seperti bangunan, jalan raya, tumbuh-tumbuhan, tasik, gunung-ganang dan sebagai-nya.

Pelandskapan ialah satu proses yang melibatkan kegiatan merancang, mereka bentuk, melaksanakan dan mengurus landskap untuk keselesaan, keselamatan dan keseronokan manusia di samping mewujudkan suasana harmoni dengan alam sekitar semula jadi.

Reka bentuk landskap pula bermakna membentuk dan menyusun ruang dan unsur-unsur landskap (seperti tumbuhan, struktur, air, batu) yang terdapat pada sesuatu kawasan luaran serta memperkayakan ruang-ruang tersebut dengan menyusun unsur-unsur seni melalui proses dan prinsip-prinsip reka bentuk. Ruang di dalam landskap samalah seperti sebuah bilik yang diling-kungi oleh tanah (lantai), tumbuhan atau struktur (dinding) dan langit atau sudur pokok (bumbung).

Pereka bentuk landskap ialah individu yang mereka bentuk landskap. Biasanya mereka mempunyai latihan ataupun pengalaman dalam prinsip-prinsip reka bentuk serta memahami keperluan-keperluan untuk kehidupan tumbuhan. Ada juga pereka bentuk landskap yang mahir dalam kerja-kerja pembinaan land-skap. Biasanya pereka bentuk landskap mempunyai latar belakang dalam bidang hortikultur hiasan dan landskap.

Arkitek landskap pula ialah seorang profesional yang bertauliah dalam bidang pelandskapan untuk menjalankan kerja-kerja merancang dan mereka bentuk landskap. Arkitek landskap ini mahir tentang teknik-teknik perancangan, reka bentuk dan pengurusan landskap yang menggabungkan kegiatan manusia dengan kehendak alam sekitar semula jadi. Arkitek landskap terlibat di antara lainnya dalam pembangunan bandar, kawasan perumahan, taman bandar serta padang golf dan padang permainan yang lain.

Kontraktor landskap ialah seorang peniaga yang moiiibuiit korja-korja pem binaan landskap dan telah melalui latihan tbrmnl aliinpiin memiliki ponn alaman serta memahami selok-belok pembinaan seaunUi kawasan landHkap Seorang kontraktor landskap perlu memahami prinsip-prinsip asas mkit bentuk, membaca pelan dan spesifikasi, keperluan tumbuh-tumbuhan, tcknik pembinaan dan juga pengurusan perniagaan.

Hubungan yang baik perlu ada di antara pelanggan, pereka bentuk landskap dan juga kontraktor landskap untuk mencapai matlamat sesuatu kerja peland skapan. Dalam hubungan ini pelanggan merupakan individu yang memerlukan perkhidmatan  pereka  bentuk  landskap  dan  kontraktor  landskap  untuk mewujudkan sesuatu hasil pelandskapan seperti sebuah taman rumah.

Pereka bentuk landskap menggunakan kepakaran dan daya kreatifnyn untuk memenuhi keperluan pelanggan yang bersesuaian dengan alam sekitnr kawasan tersebut. Untuk mencapai tujuan ini, pereka bentuk hendaklah benar benar memahami kehendak dan tabiat pelanggan dan juga keadaan yang wuj ucl di kawasan tersebut (masalah dan kemampuan). Ini boleh dilakukan melalui temuramah dengan pelanggan dan melawat ke kawasan tersebut beberapa kali. Setelah pereka bentuk mempunyai idea tentang cara membangunkan sesuatu kawasan, idea ini perlu disalurkan kepada pelanggan. Pereka bentuk boloh menggunakan pelan-pelan awal yang dibantu pula dengan lakaran dan lukisan perspektif yang dapat memberi gambaran yang lebih baik mengenai idea tersebut kepada pelanggan.

Apabila idea tersebut dipersetujui dan telah sedia untuk dilaksanakan, pereka bentuk perlu berhubung dengan kontraktor landskap. Cara utama perhubungan ini dilakukan adalah melalui pelan-pelan, lukisan-lukisan kerja dan juga spesifikasi (arahan kerja) bertulis. Sewaktu perlaksanaan, penyeliaan rapi oleh pereka bentuk sangat-sangat diperlukan.