Sunday 12 June 2011

membiak ikan betta

LANGKAH PERTAMA: Mengenal  Jantina
Cara mengenali ikan betta jantan dan ikan betina senang sahaja. Ikan jantan ekornya panjang, warnanya lebih terang, cantik, dan sifatnya  lebih agresif.  Ikan betta betina yang matang mempunyai biji putih di bahagian anusnya sebagaimana yang dapat dilihat pada gambar di bawah.



LANGKAH KEDUA : Memilih Induk Yang Matang
Untuk membiakkan ikan betta, anda mesti memilih induk yang sudah matang. Ikan betta matang bila mencapai umur 4 bulan sekiranya diberi makanan yang secukupnya.


Jantan
Induk jantan yang matang dan bersedia untuk membiak akan membuat buih di permukaan air, ini menunjukkan kesediaan induk jantan mendapat pasangannya.



Betina
Bagi yang betina pula, anda perlu perhatikan di bahagian perut atau abdomennya. Induk ikan betta betina yang bersedia untuk dibiakkan mempunyai perut yang buncit dan terdapat biji putih di bahagian anusnya.


LANGKAH KETIGA: Sediakan Tangki Yang Sesuai
Bagi kaedah pembiakan, anda perlu menyediakan tangki yang selesa sekurang-kurangnya bersaiz 1 kaki x 1 kaki x 1 kaki. Anda boleh menggunakan macam-macam contohnya akuarium, baldi, tong cat bersaiz 18 liter dan sebagainya. Lagi besar lagi bagus kerana tangki yang besar boleh meningkatkan peluang anak-anak ikan untuk hidup. Masukkan air lebih kurang 8-12 inci dari dasar. Jangan letak air terlalu dalam, nanti payah induk-induk mengutip telur. Dalam tangki tu kalau boleh letak la sikit perlindungan untuk induk betina macam kayu atau pokok kiambang. Senanglah induk betina nak menyorok bila kena kejar. 


Satu petua nak kongsi dengan anda semua, anda boleh meletakkan daun ketapang kering atau nama saintifiknya almond leaf ke dalam tangki tu..daun ketapang ni macam tongkat ali atau booster la untuk ikan ni..air akan jadi berasid dan sesuai untuk pembiakan..die lagi gersang..dan cepat membiak. Untuk meransang pembentukan buih oleh jantan, sebaiknya letak la polistrene atau kiambang untuk mengekalkan buih tuh sebab ikan akan suka buat buih di bawahnya.


 Daun ketapang yang telah kering.





LANGKAH KEEMPAT: Masukkan Induk Jantan Dahulu Dalam Tangki
Sebaiknya anda letak induk jantan dulu dalam tangki pembiakan. Induk betina ni anda masukkan dalam bekas kaca atau apa-apa bekas lutsinar (biar yang jantan boleh nampak). Lepas tu masukkan dalam tangki yang ada induk jantan tadi. Ikan ni tak boleh dilepaskan sekali dalam tangki kerana yela..nama pun ikan laga..nanti ikan tu akan berlaga. Kalau betina kalah takpe, tapi kalau induk jantan yang kalah maknanya anda kena cari calon suami lain la untuk dia. Jadi macam ni la caranya untuk mengelakkan dari ikan-ikan ni berlaga. Kena kenal-kenalkan diorg dulu.



LANGKAH KEEMPAT: Masukkan Induk Betina Selepas Induk Jantan Buat Buih
Sekiranya anda nampak induk jantan telah buat buih. Maknanya dia telah bersedia untuk mengawan. Buih tu sebenarnya adalah sarang. Selepas jantan buat buih masukkan la induk betina. Induk jantan dan betina  dimasukkan kedalam satu bekas pada awal pagi. Mula-mula, lepaskan induk betina, induk jantan akan mengejar induk betina. Tapi jangan risau, induk jantan akan menunjukkan kesediaan untuk menerima induk betina. Biasanya menjelang tengahari ikan ini akan melakukan ritual peneluran atau  spawning. Ikan jantan akan menari dengan mengibaskan ekornya, membelit betina dan mengutip telur dan memasukkannya ke dalam buih..’projek’ nie akan berlaku dari setengah jam hinga sejam..selepas ‘projek’ tu dah selesai, eloklah anda alih yg betina dan tinggalkan yang jantan sahaja..sebab jantan akan jaga telur dan anak-anak ikan nanti. Induk betina pula akan makan telur atau anak, tapi tak semua la induk betina akan makan telur atau anak. Jadi untuk selamat, lagi mudah anda asingkan je.
Telur tu akan menetas dalam masa 24jam hingga 36jam bergantung pada suhu semasa..sebaiknya letak di atas kayu atau rak..jangan letak atas simen..sejuk..mati ikan nanti. Selepas sehari anak ikan menetas, anda boleh samaada nak asingkan induk jantan atau tidak. Kalau anda tengok induk jantan ni makan anak, anda kena asingkan cepat-cepat. Tapi kalau tak makan, tak perlu asing la sebab induk jantan ni akan jaga dan pastikan tangki anda tidak dipenuhi jentik-jentik. Jentik-jentik ni boleh makan anak-anak ikan.

              

Ini ritual bertelur atau spawning.

LANGKAH KELIMA: Penjagaan anak
Anak2 ikan laga perlu diberi makan selepas 3 hari mereka menetas, seeloknya rotifer disamping air hijau sebagai supplemen..kebaikan air hijau ni die akan melindungi badan anak ikan dari penembusan cahaya matahari yang boleh merosakkan mata dan organ anak ikan tersebut. Air hijau nie sebenarnya mengandungi phytoplankton bernama chorella secara majoritinya, tapi ada gak banyak species lain yg ada. Ia boleh didapati dari air ternakan ikan tilapia, ikan keli.
Selepas seminggu cuba ar dapatkan moina atau artemia untuk peringkat pemakanan seterusnya..ikan laga nie akan makan apa sahaja yang muat dengan mulutnye..satu lagi tips ikan laga nie akan lagi cantik dan cepat membesar jika diberi makanan hidup seperti jentik-jentik ataupun frozen blood worm.