INSTITUT PERGURUAN SULTAN MIZAN
BESUT TERENGGANU
PANDUAN ASAS PRAKTIKUM
JABATAN KEMAHIRAN HIDUP
HAZMIN BIN MAT YUSOF
Ketua Unit Agrotek
PANDUAN ASAS SEWAKTU MENJALANI PRAKTIKUM
Kajian menunjukkan bahawa tingkahlaku dan pakaian guru mempengaruhi kerja, sikap dan disiplin para pelajar.
Sewaktu berada di sekolah anda telah penyampaikan 4 mesej utama kepada organisasi dan murid:
1. Hormat
2. Kredibiliti
3. Penerimaan
4. Autoriti
Anda boleh pastikan yang pelajar sebenarnya memerhati tingkahlaku guru mereka seperti cara guru berkomunikasi, bercakap dan cara guru berpakaian, samalah juga bagaimana mereka memerhatikan perangai rakan mereka berpakaian. Tambahan pula mereka memerhati tingkahlaku dan pakaian kerja ibubapa mereka setiaphari dan membandingkan dengan para guru mereka.
Kualiti Pengajaran yang berkesan merupakan sumbangan kepada pencapaian dan kemajuan pelajar seharusnya mengandungi beberapa elemen seperti dibawah:
- Pengetahuan guru dalam mata pelajaran.
- Jangkaan guru.
- Kemampuan merancang dan melaksana pengajaran dan pembelajaran.
- Gandingan teknik mengajar dengan objektif dan keperluan pelajar.
- Penggunaan masa dan sumber dengan berkesan.
- Kualiti penilaian dan penggunaan keputusan untuk mempertinkatkan pengajaran.
- Keberkesanan memberi kerja peneguhan dan pengayaan selepas mengajar.
THINKING WORDS TO USE IN ASSIGNMENTS/PRACTICUM
BLOOM’S TAXANOMY
| THINKING SKILL |
SKILLS
|
6
EVALUATION
|
This thinking skill tells you that a student can appreciate, assess or criticise on the basis of specific standards and criteria.
|
Appreciate, choose, conclude, decide, defend, evaluate, give your opinion, judge, justify, prioritise, rank, rate, select, select, support, value.
|
5
SYNTHESIS
|
This thinking skill tells you that a student can originate, combine, and integrate parts of prior knowledge into a product, plan or proposal that is new.
|
Change, combine, compose, construct, create, design, find an unusual way, formulate, generate, event, originate, plan, predict, pretend, produce, rearrange, reconstruct, reorganise, revise, suggest, suppose, visualise, write.
|
4
ANALYSIS
|
This thinking skill tells you that a student can examine, take a part, classify, predict and draw conclusion.
|
Analyse, categorise, classify, compare, contrast, debate, deduct, determine the factors, diagnose, diagram, differentiate, dissect, distinguish, examine, infer, specify.
|
3
APPLICATION
|
This thinking skill tells you that a student can transfer selected information to a life problem or a new task with a minimum of direction.
|
Apply, compute, conclude, construct, demonstrate, determine, draw, find out, give an example, illustrate, make, operate, show, solve, state a rule or principle, use.
|
2
COMPREHENSION
|
This thinking skill tells you that a student can grasp and interpret prior learning.
|
Convert, describe, explain, interpret, paraphrase, put in order, restate, retell in your own words, rewrite, summaries, trace, translate.
|
1
KNOWLEDGE
|
This thinking skill tells you that a student can recall or recognise information, concepts, and ideas in the approximate form in which they were learned.
|
Define, fill in the blank, label, list, locate, match, memorise, name, recall, spell, tell, underline.
|
Contoh perkataan untuk pernyataan Hasil Pembelajaran/Objektif
Objektif perlakuan yang boleh diukur
| |
Mengetahui
§ Mengingati kembali
|
Mentakrif Memadan
Memerihal Menama
Mengenal pasti Menyatakan
Melabel Melukis
Menyenarai Menulis
Melakar
|
Memahami
§ Menterjemahkan bahan atau idea daripada satu bentuk ke bentuk lain; mentafsir bahan atau idea; Menganggar dan membeza merangkakan trend masa depan
|
Mengubah Membanding Menerangkan Meramalkan
Memberi contoh Membuat inferens
Mengukur Menghubungkait
Menyukat Mencirikan
Menentukan Mengelas
Menukar
|
Mengaplikasi
§ Menggunakan bahan atau idea dalam situasi yang baru dan konkrit .
|
Mengira Menjanakan idea
Menunjuk cara Mengitlak
Mengubahsuai Menghitung
Menjelaskan dengan contoh
|
Menganalisis
§ Mengasingkan maklumat kepada komponen-komponennya untuk memahami struktur organisasinya dan perhubungan antara komponen
|
Mencerakin Membuat urutan
Menjelaskan melalui contoh Menyusun mengikut keutamaan
Memilih Mengasingkan
Menghuraikan Membuat kesimpulan
Mengawal pemboleh ubah Menyelesaikan masalah
Menggunakan perhubungan ruang masa
|
Mensintesis
§ Menggabungkan komponen-
komponennya untuk
menghasilkan keseluruhan
idea atau struktur yang baru
dan kreatif
|
Menggabungkan Mereka cipta
Merancang Mengkonsepsikan
Meringkaskan Membuat gambaran mental Membina Merangkakan
Berkomunikasi Mendefinisikan secara operasi Mengeksperimen Membuat hipotesis
Menganalogi Mereka bentuk
|
Menilai
§ Menilai idea/bahan/ maklumat/kaedah berdasarkan kriteria yang spesifik untuk tujuan yang tertentu
|
Menaksir Mengesan kecondongan Mengkritik Mentafsir
Membuat keputusan Mewajarkan
Menyokong
|
Objektif perlakuan yang boleh diukur
| |||
Faham respons
|
Menyedari
|
Memerihal
Melapor
Menyoal
Mengenali
Mengenal pasti
|
Menjawab
Memberi tahu
Menerangkan
Menyatakan
|
Hayat
|
Menghargai
Menghayati
Mengagumi
|
Memilih
Mempertahankan
Mencadangkan
Mengitlakkan
Menghubungkaitkan
Menerima
|
Menunjukan minat
Membanding bezakan
Menyepadukan
Mewajarkan
Meramalkan
|
Amal budaya |
Menyayangi
Mensyukuri
Mengamalkan
|
Menolong
Menderma
Mempraktikkan
Membina
Memulihara
Memelihara
Membantu
Menyelesaikan
Mengambil
Menghormati
|
Mengambil bahagian
Memberi
Melakukan
Mengerjakan
Mengendalikan
Menyertai
Menggunakan
Melaksanakan
Mengucapkan
Menjaga
|
§ Rancangan Pengajaran Harian (RPH) mesti disiapkan setiap hari mengajar
§ Buku Rancangan Pengajaran Harian (RPH) mesti di hantar dan ditandatangan oleh pengurusan sekolah setiap minggu
§ Refleksi mesti ditulis sekurang-kurangnya 3 kali seminggu
§ Journal mesti ditulis sekali seminggu
§ Folio mesti dibuat ikut progress
§ Rancangan Pengajaran Harian (RPH), Journal,dan Folio mesti diserahkan kepada pensyarah pembimbing setiapkali penyeliaan dibuat
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
KEMAHIRAN HIDUP
Contoh 1
Tarikh : 20 April 2006
Masa : 9.15 – 10.15
Tahun/Ting. : 4 CERDAS
Bil. Murid : 35 Orang
Topik : Penghasilan Projek Elektrik
Bidang : 1.4 – Elektrik Dan Elektronik
Hasil Pembelajaran : Aras 1
i) Mengenalpasti nama, fungsi dan symbol komponen
ii) Mengenalpasti alatan tangan
iii) Membuat penyambungan litar
Objektif Pengajaran Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
i. Melabel nama dan menulis fungsi komponen elektronik
ii. Menyenaraikan alatan tangan dan fungsinya
iii. Menyambung litar dengan sempurna.
Kemahiran Generik : KBKK : mengenalpasti, merumus
KTMK : Berbantukan komputer
Nilai : Kerjasama, tolak ansur, kebersihan, jujur.
Kemahiran Bernilai Tambah: Kecerdasan Pelbagai
Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran (BSPP):
· Bahan elektronik / bahan bercetak / bahan autentik: (bahan sebenar)
· Kad tugasan
· Templat pelajar
· Borang penilaian aktiviti p&p
Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah mengenali bateri, suis dan mentol serta memahami
fungsinya.
Langkah/Masa
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti P&P
|
Catatan
|
Set Induksi
(3 minit)
|
1.4- Elektrik Dan Elektronik
|
Guru menunjukkan gambar sebuah rumah dan bersoaljawab .
Soalan: Apakah keperluan asas bagi sebuah rumah?
Guru mengaitkan dengan topik pengajaran – elektrik.
|
Gambar rumah,
litar elektrik
|
Langkah 1
(10 minit)
|
Aktiviti-Aktiviti
-Guru menerangkan nama, symbol dan fungsi komponen elektrik serta alatan tangan yang diperlukan dan kegunaannya
- Bincang dengan murid mengenai rajah litar skematik untuk projek yang akan dijalankan
|
Komponen elektrik
Alat tangan
| |
Langkah 2
(15 minit)
|
Aktiviti-Aktiviti
-Murid secara berkumpulan mendapatkan komponen litar elektrik.
- Murid menyusun komponen di atas papan litar
- Murid memasang dan menyambung serta menguji litar dengan pemerhatian guru.
|
Litar
Bateri
Wayar
| |
Langkah 3
(10 minit)
|
Aktiviti-Aktiviti
- Guru memberi penerangan secara ringkas dan jelas
-Setiap kumpulan menunjukkan litar yang telah disempurnakan
- Murid menguji litar sama ada berfungsi atau tidak
-Guru memurnikan hasil kerja murid.
|
Litar
| |
Langkah 4
(15 minit)
|
Aktiviti-Aktiviti
-Murid melukis gambar litar dan melabelkannya.(murid cerdas)
-Murid melabel komponen elektrik. (murid lemah)
|
Lembaran Kerja
| |
Penutup
(7 minit )
|
Aktiviti-Aktiviti
- Murid diberi peluang untuk mempamer dan membentang hasil kerja setiap kumpulan.
- Murid refleksi pembelajaran.
- Guru membuat kesimpulan. pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut.
- Guru memilih model yang terbaik dan dipamerkan serta memberi penghargaan (pujian).
|
Mempamerkan hasil kerja
|
Catatan/Refleksi :
Ulasan Guru Pembimbing :
Ulasan Pensyarah Penyelia :
CONTOH 2
HARI : AHAD
TARIKH : 31.06.2006
MASA : 10.00 pagi – 11.00 pagi
KELAS : 4 Hijau Bil. Murid : 36 pelajar
M/Pelajaran : KEMAHIRAN HIDUP
BIDANG : REKABENTUK DAN TEKNOLOGI
UNIT : REKABENTUK DAN PENGHASILAN PROJEK
TAJUK : Merekabentuk dan Menghasilkan Projek Berasaskan
Kayu dan Bahan Kitar Semula Bukan Logam
SUBTAJUK : Membuat Projek Kotak Kayu
OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN:
Pada akhir pelajaran, pelajar akan dapat:
1. Menanda ukuran bahan dengan tepat menggunakan penggarit dan sesiku L mengikut lukisan kerja projek
2. Memotong bahan menggunakan gergaji puting dengan betul mengikut lukisan kerja projek
PENGETAHUAN SEDIA ADA :
Pelajar telah pun didedahkan dengan pelbagai alatan tangan di bengkel serta kegunaannya pada pembelajaran yang lepas.
ALATAN/BAHAN:
1. Gergaji puting
2. Sesiku L
3. Penggarit
4. Apit G
4. Kayu berukuran 650 X 100 X 20 mm X 36 pelajar
6. Papan lapis 150 X 150 X 3 mm X 36 pelajar
BAHAN BANTU MENGAJAR:
1. Carta gulung
2. Model kotak kayu
KEMAHIRAN GENERIK:
1. Kemahiran berfikir
- Menjana idea
- Membanding beza
NILAI:
1. Ketepatan
2. Bekerjasama
3. Kebersihan
LANGKAH KESELAMATAN:
1. Menggunakan alatan tangan dengan betul
2. Memastikan alatan yang digunakan dalam keadaan baik
Langkah/ Masa
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti P&P
|
Catatan
|
Set Induksi
5 minit
|
- Guru mengingatkan pelajar tentang pembelajaran Lukisan ortografik yang lepas mengikut 3 pandangan utama.
- Guru mengajak pelajar berbincang tentang fenomena pembalakan
|
ketepatan
| |
Langkah 1
10 minit
|
1. Lukisan Kerja
2. Bahan projek
|
1. Guru mengagihkan kepada setiap pelajar lukisan kerja projek.
2. Guru memberi penerangan bagaimana membaca lukisan kerja tersebut.
- Model kotak kayu
3. Dua orang daripada setiap kumpulan dikehendaki mengumpul bahan dan alatan secukupnya untuk setiap mejakerja.
|
Membanding beza
Ketepatan
bekerjasama
|
Langkah 2
12 minit
|
1. Penandaan garisan pemotongan
a. Penggarit
b. Sesiku L
(lakaran atau gambar kaedah penandaan menggunakan penggarit dan sesiku L)
2. Pemotongan kayu mengikut ukuran dengan tepat
a. Gergaji puting
b. Ragum G
(lakaran atau gambar kaedah pemotongan dengan sudut pemotongan yang tepat)
|
1. Guru menjelaskan langkah-langkah menanda dan memotong dengan tepat.
- Carta gulung
2. Guru membahagikan pelajar kepada dua kumpulan:
a. Kumpulan 1. Guru menunjukcara kaedah menanda dan memotong. 2 pelajar diminta untuk melakukan kerja menanda dan memotong dengan bimbingan guru.
b. Kumpulan 2, diberi setiap pelajar kertas kosong dan dikehendaki melakar dan menentukan ukuran setiap bahagian projek kotak kayu.
(aktiviti a dan b diulang)
|
Menjana idea
Membanding beza
Ketepatan
Kebersihan
Berkerjasama
Keselamatan alatan
Keselamatan diri
|
Langkah/ Masa
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti P&P
|
Catatan
|
Langkah 3
15 minit
|
1. Penandaan garisan pemotongan
a. Penggarit
b. Sesiku L
2. Pemotongan kayu mengikut ukuran dengan tepat
a. Gergaji puting
b. Apit G
|
1. Pelajar membuat aktiviti kemahiran menanda garisan pemotongan menggunakan penggarit dan sesiku L.
- guru menyelia dan tunjukcara secara individu dan kumpulan.
2. Pelajar memotong kayu mengikut ukuran dengan tepat menggunakan gergaji puting dan apit G.
- guru menyelia dan tunjukcara secara individu dan kumpulan.
|
Menjana idea
Membanding beza
Ketepatan
Kebersihan
Berkerjasama
Keselamatan alatan
Keselamatan diri
|
Langkah 4
8 minit
|
Pengurusan Bengkel
(Mengemas alatan dan Membersih bengkel)
|
1. Guru mengarahkan pelajar membersih alatan dan menyimpan ditempat asal
2. Guru mengarahkan pelajar membersih bengkel mengikut kumpulan meja kerja.
3. - Guru memastikan semua alatan disimpan dan bengkel dalam keadaan bersih.
|
Bekerjasama
Kebersihan
|
Penutup
10 minit
|
Penilaian dan rumusan
|
- Pelajar diminta meletakkan semua kerja projek di atas meja kerja.
- Guru membuat penilaian projek ke setiap meja kerja pelajar.
- Guru menyoal pelajar kaedah penandaan dan pemotongan kayu dengan betul.
- Guru merumuskan secara keseluruhan pelajaran hari ini.
|
Menjana idea
|
Refleksi:
Ulasan Guru Pembimbing :
Ulasan Pensyarah Penyelia :
MASIHKAH KAU INGAT
Masihkah kauingat
Pada waktu itu
Sekuntum bunga mekar
Kuselit ke rambutmu
Masihkah kauingat
Ia menjadi mimpi
Ia menjadi rindu
Masihkah kauingat
Masihkah kauingat
Kita berlari-lari
Di kaki langit mencari pelangi
Lalu hujan turun
Kita basah bersama
Masihkah kauingat
Masihkah kauingat
Masihkah kauingat
Sekuntum bunga itu
Di tapak tangan ini
Ia menjadi layu
Lalu kugenggam
Ia menjadi debu
Masihkah kauingat
Masihkah kauingat
Masihkah kauingat
Masihkah kauingat
Masihkah kauingat
Masihkah kauingat
Sumber : A. Samad Said
No comments:
Post a Comment