Saturday 13 August 2011


Fertigasi
Disunting oleh: Hazmin Mat Yusof
Pengenalan

Kaedah Fertigasi adalah satu kaedah alternatif yang baik dan berdaya maju.Pengurusan tanaman adalah aspek paling penting dalam menjamin kejayaan pengeluaran tanaman makanan khususnya penanaman secara fertigasi. Bakal pengusaha atau usahawan mesti mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang cukup.

Pengeluaran sayuran samada sayuran berdaun dan sayuran berbuah masih belum cukup untuk menampung keperluan domestik.Pengunaan sistem fertigasi adalah alternatif utama bagi menampung keperluan ini.

Fertigasi bermaksud sebuah teknologi yang merujuk kepada sistem tanaman tanpa tanah dan setiap tanaman mempunyai kawalan perairan dan pembajaan secara automatik dengan kadar yang kita tentukan. Perkataan FERTIGASI berasal dari percantuman dua perkataan ‘fertilization’ dan ‘irrigation’ iaitu proses pembajaan dan pengairan dijalankan serentak. Fertigasi lebih merujuk kepada tanaman tanpa menggunakan tanah. Cara ini juga adalah untuk mengelakkan tanaman daripada dijangkiti penyakit akar seperti Phytium,Fusarium,Rhizoctonia dan penyakit layu bakteria yang dibawa oleh tanah.

Matlamat

Matlamat pengurusan tanaman ialah pengeluaran konsisten dengan kualiti hasil yang tinggi pada tahap optima serta menguntungkan.Fertigasi berasal daripada perkataan fertigation (fertilizer & irrigation). Ia merupakan adalah cabang dari komponen chemigation. Boleh ditakrifkan sebagai satu kaedah penanaman di mana baja(dalam bentuk larutan) diagihkan ke zon perakaran tanaman melalui sistem pengairan.Dua asa utama fertigasi iaitu baja (dalam bentuk larutan) dan sistem pengairan. Bekas tanaman dan jenis media adalah alternatif mengatasi masalah penanaman. Fertigasi dipraktikkan sebagai satu kaedah alternatif. Penerimaan dan penggunaan kaedah ini masih rendah dan menjadi suatu kaedah atau teknologi yang amat diperlukan pada masa akan datang.Kaedah Fertigasi mempunyai kelebihan tersendiri berbanding dengan kaedah konvensional



Kelebihan

1.     Lebih produktif
2.     Tanaman mudah alih
3.     Menjadikan hasil tanaman berkualiti tinggi
4.     Tiada penyakit bawaan tanah
5.     Dapat mengurangkan kos pengurusan dan operasi
6.     Penggunaan air dan baja dapat dijimatkan dengan adanya kawalan automatik
7.     Bersih tanpa bau dan mesra alam
8.     Boleh menanam pada bila-bila masa

Kelemahan

1.     Memerlukan kemahiran dan ilmu untuk menguruskan sistem fertigasi
2.          Kos permulaan adalah tinggi kerana perlu membeli peralatan-peralatan untuk kegunaan sistem fertigasi ini
3.     Memerlukan air yang bersih supaya hasil tanaman berkualiti tinggi
4.     Memerlukan tenaga elektrik untuk proses pengepaman


Jenis tanaman yang boleh ditanam secara teknologi fertigasi seperti :
  • Cili
  • Halia
  • Kangkung
  • Bunga
  • Dan sesuai untuk tanaman jenis buah-buahan










Gambar Rajah Sistem Fertigasi
Definisi :
Gambar Rajah di atas adalah satu sistem pembekalan air dan baja kepada tanaman mengikut keperluan yang telah ditetapkan untuk memastikan tumbesaran tanaman lebih baik.
Tujuan :
Untuk meningkatkan keberkesanan penggunaan baja terhadap tanaman dan pengagihan air dan baja secara automatik dengan menggunakan pengatur masa secara langsung dapat mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh.








Komponen Dalaman Sistem Fertigasi :




Lakaran Susun Atur Dalaman Sistem Fertigasi :


Lakaran Susun Atur Dalaman 1



Lakaran Susun Atur Dalaman 2


Lakaran Susun Atur Dalaman 3


Lakaran Susun Atur Dalaman 4




No comments: