Saturday 13 August 2011


HIDROPONIK
Disunting oleh: Hazmin Mat Yusof
Pengenalan
Hidroponik berasal daripada perkataan Greek yang membawa maksud hydro iaitu air dan ponos iaitu bekerja. Merupakan satu kaedah bercucuk tanam dengan meletakkan akar pohon ke dalam air baja (nutrien) tanpa mengunakan tanah. Kaedah ini menggunakan bahan seperti bulu mineral, sabut kelapa, sekam padi, batu bata pecah, habuk kayu, arang, gel dan lain-lain sebagai medium menggantikan tanah.
Penanaman secara hidroponik dilakukan oleh individu secara kecil-kecilan sebagai hobi dan juga boleh diusahakan secara besar-besaran bagi tujuan komersil. Di negara Korea, Jepun, Taiwan dan Singapura misalnya, oleh kerana kawasan untuk bertani terhad, maka bumbung-bumbung bangunan dijadikan tempat untuk menanam sayur-sayuran seperti bak choy, sawi, kailan dan bayam di mana semuanya menggunakan kaedah hidroponik. Begitu juga, bagi penerokaan angkasa lepas, angkasawan boleh bercucuk tanam sayur-sayuran di dalam kapal angkasa. Kaedah yang sama digunakan oleh tentera di atas kapal perang, maupun kapal selam. Dengan cara ini mereka tidak perlu membawa bekalan makanan yang banyak, hanya sekadar membawa benih-benih sayur-sayuran dan boleh ditanam semasa dalam perjalanan.

Sejarah
Mengikut sejarah, kaedah ini telah lama digunakan sejak kurun ke-16 Masihi. Taman Tergantung Babylon dipercayai telah menggunakan hidroponik yang masyur ini diikuti dengan Tamaddun Aztez di Mexico di mana masyarakat Indian menanam secara terapung di permukaan tasik yang cetek atau dapat di katakan sebagai sistem rakit. Marco Polo dalam pengembaraannya mencatatkan  bahawa terdapat penduduk di negara China  menanam secara hidroponik. Dalam Tamaddun Mesir juga terdapat aktiviti penanaman secara hidroponik dijalankan sebagai satu kaedah penanaman tanaman.

Pada 1699, Woodward saintis England telah menjalankan kajian menanam dengan  menggunakan air sebagai medium, garam mineral dilarutan kedalam air dengan dimasukkan sedikit tanah. Keputusannya pokok tumbuh dengan baik  dan tanah yang dicampur didapati tidak berkurang.

Pada tahun 1937, W.F. Gerice dari Pusat Penyelidikan Pertanian California, Amerika Syarikat telah berjaya menanam tomato dengan kaedah hidroponik yang mana tomato tumbuh sehingga 7.5 meter.memperkenalkan kaedah ini secara komersil. Perkembangan Teknologi Greenhouse di negara barat telah membantu perkembangan hidroponik, yang mana aktiviti pertanian hidroponik dalam greenhouse dapat dijalankan sepanjang tahun.Sejak itu sistem hidroponik ini diperkembang dan diperkemaskan dengan pelbagai teknik yang direka khas sesuai untuk tujuan hobi dan komersil.

Pada awal 70an, saintis England Dr. Allen Cooper telah berjaya memperkenalkan teknik NFT yang merupakan sistem hidroponik terbaik. Dalam kaedah ini larutan baja dari  tangki hidroponik dialirkan keakar tanaman dalam palung, larutan ini dikembalikan semula kedalam tangki. Teknik ini telah berkembang selaras dengan perkembangan teknologi digital yang mana terdapat operasi sistem ini yang dikawal dengan komputer.

Kekuatan
§  Tidak memerlukan tanah sebagai medium tanaman.
§  Akar pokok boleh dipantau dengan cara mengangkat pasu dan melihat akarnya.
§  Pembaziran baja tidak berlaku kerana air baja sentiasa dikitar semula.
§  Tidak perlu menyiram baja setiap hari.
§  Hasil tanaman boleh di makan keseluruhannya, sebab akarnya bebas dari kotoran dan penyakit.
§  Penyakit tanaman sayuran dapat dikurangkan kerana kebanyakan penyakit sayuran berpunca     dari kandungan tanah.
§  Penjimatan tenaga kerja, contohnya pengusaha secara komersial tidak memerlukan tenaga pekerja untuk tugasan menyiram.

Kelemahan
§  Tanaman boleh mati dengan cepat jika sistemnya gagal.
§  Hidroponik lebih rumit daripada menanam menggunakan tanah.
§  Kos menyediakan tempat dan peralatan selalunya tinggi.
§  Tumbuhan yang ditanam secara hidroponik selalunya lebih mahal daripada yang ditanam biasa.
§  Memerlukan tenaga kerja yang mahir untuk mengurus tadbir system hidroponik.


Langkah-langkah Menanam Secara Hidroponik

1.   Masukkan air sebanyak 20 liter kedalam bekas besin hidroponik – 1 inci ke aras permukaan bekas.



2.   Tutup dengan penutup yang telah disediakan



         3.   Potong benang kapas atau kain kapas dan masukkan kedalam raga kecil – lihat gambar




4.   Kemudian, selamkan bakul dan masukkan ke lubang yang terdapat pada penutup besin-lihat gambar.




5.   Masukkan biji benih ke dalam bakul- seeloknya 3 biji benih.



6.   Pada hari ke 7, cabut 1 anak pokok dan tinggal 2 sahaja untuk 1 lubang.




7.   Pada hari ke 4, selepas anak pokok mula bercambah. Baja (Nutrien) perlu dimasukkan kedalam air. Sediakan larutan nutrient seperti gambar.



8.   Kacau baja sehingga larut. Lihat gambar.




9.   Sediakan larutan nutrient dengan memasukkan baja kedalam baldi. Lihat gambar











10.Masukkan 2 cawan larutan nutrient kedalam besin hidroponik.




11.Kacau larutan nutrient sehingga bercampur sebati dengan air di dalam besin hidroponik.




12.Tutup dan simpan lebihan larutan nutrient dan boleh digunakan untuk penanaman selepas ini.




v  Larutan nutrient hidroponik boleh digunakan untuk 10 kali tanaman didalam besin hidroponik.

No comments: