Sunday 31 July 2011

PENGENALAN

Hortikultur berasal daripada dua perkataan latin iaitu hortus yang beerti tumbuhan taman dan cultura yang beerti penanaman atau penjagaan. Hortikultur boleh ditakrifkan sebagai penanaman atau penjagaan tumbuhan taman.

Hortikultur hiasan meliputi tumbuhan semusim (tahunan), tumbuhan herba, tumbuhan bebawang hiasan, tumbuhan lender (sukulin), tumbuhan berdaun, rumput turf, penutup bumi, tumbuhan menjalar dan memanjat, tumbuhan akuatik, pokok orkid, pokok renek, pokok saka, palma dan pokok malar hijau. Hortikultur hiasan merangkumi kegiatan pembiakbakaan, pembiakan, pengurusan semaian dan tapak semaian, pengeluaran, pemasaran, dan pengangkutan. Ini termasuklah penggunaan pelbagai tumbuhan jenis ini untuk memperindah persekitaran bagi keselesaan, kesejahteraan dan keselamatan manusia.

Landskap ialah istilah daripada bahasa Belanda yang bermaksud pemandangan desa. Walaupun begitu, istilah ini biasanya merujuk pada keseluruhan rupa bumi samaada di bandar atau desa termasuk ciri-ciri semulajadi seperti tumbuhan-tumbuhan, tasik, gunung-ganang dan struktur buatan manusia seperti bangunan, jalanraya dan sebagainya.

Pelandskapan ialah proses yang melibatkan kegiatan merancang, merekabentuk, melaksanakan dan menguruskan landskap untuk keselesaan, keselamatan dan ketenangan manusia di samping mewujudkan suasana yang indah dan harmoni dengan persekitaran semulajadi.


OBJEKTIF

Objektif kursus ini adalah untuk mengenalkan para guru pelatih mengenai teknologi tanaman sayur-sayuran dan hiasan. Subjek ini juga memperkenalkan para guru pelatih kepada industri tanaman sayur-sayuran dan hiasan, dokumentasi dan penyimpanan rekod, pemilihan dan penyediaan tapak tanaman sayur-sayuran, penanaman, penjagaan dan pengendalian hasil tanaman, penanaman sayur-sayuran
secara hidroponik, pembiakan serta pengurusan tanaman hiasan dan dan pelandskapan, pengetahuan teori dan kemahiran amali, dan kaedah tunjuk cara/demonstrasi dalam pengajaran.
            Dengan itu juga, ia dapat untuk merangsang ketenangan jiwa dengan keunikan taman mini. Ia juga bertujuan Bagi melembutkan pemandangan di mana bentuk dan jalinan tumbuh-tumbuhan dapat mengurangkan kesan-kesan yang tidak diingini dan seterusnya dapat menerapakan nilai-nilai estetika dalam melakukan kerja amali ini.
            Selain itu objektif tugasan ini adalah untuk membuka ruang kepada semua guru pelatih untuk lebih mendalami secara dengan lebih menyeluruh mengenai tanaman-tanaman asas dalam bidang pertanian. Para guru pelatih juga banyak belajar tentang cara-cara atau demonstrasi untuk menjaga atau mengendalikan sesuatu tanaman untuk dipraktikkan kepada murid-murid apabila berada disekolah akan datang.



MATLAMAT
*      Mengembangkan bakat dan idea yang sedia ada untuk menghasilkan sesuatu yang berguna.
*      Memberi pengalaman dan juga pengetahuan yang berguna kepada pelajar dalam membuat kerja-kerja pelandskapan.
*      Projek yang dihasilkan akan menyumbang dan memberi manfaat dan kebaikan kepada pembuatnya mahupun orang lain.
*      Pelajar-pelajar dapat mengecam dan mengenalpasti spesies tanaman hiasan.
*      Mencantikkan lagi suasana persekitaran.
*      Memenuhi kurikulum rekabentuk dan teknologi.



PROSES REKA BENTUK
Melalui kajian maklumat yang lengkap dan menyeluruh, masalah dan skop projek secara menyeluruh dapat dilihat. Sebagai rumusan kajian maklumat, ciri-ciri yang perlu ada pada reka bentuk perlu disenaraikan. Senarai ini dinamakan spesifikasi reka bentuk. Spesifikasi reka bentuk merupakan garis panduan umum semasa proses reka bentuk sedang berjalan untuk memastikan objektif sebenar projek dapat dicapai. Aspek utama yang perlu ada dalam spesifikasi reka bentuk ialah:

Ekonomi.
Kebanyakan peminat landskap membeli tanaman hiasan untuk mengindahkan suasana persekitaran tempat tinggal mereka. Minat dan kesungguhan ini timbul kerana:
Ø  Kesedaran terhadap kualiti alam sekitaryang semakin menurun akibat pencemaran dan suasana yang sesak.
Ø  Kemampuan untuk berbelanja yang lebih kerana keadaan ekonomi negara yang meningkat.
Ø  Pengaruh dari negara-negara maju terhadap pelandskapan dan tanaman hiasan yang dibawa balik oleh penuntut Malaysia.
Ø  Keadaan negara yang aman dan stabil.


Alam Sekitar.
Kerosakan alam sekitar seperti banjir, pencemaranboleh dibaiki dengan menggunakan tumbuhan:
Ø  Tumbuhan boleh meredakan iklim yang ekstrem.
Ø  Tumbuhan juga dapat mengurangkan hakisan tanah.
Ø  Tumbuh-tumbuhan dapat membersihkan udara dengan menyerap gas-gas pencemar dan mengeluarkan gas oksigen.
Ø  Tumbuhan berfungsi sebagai penapis yang memberi perlindungan daripada bising, bau busuk dan sinaran cahaya lampu pada waktu malam.

Estetik.
Keindahan tumbuh-tumbuhan menjadi faktor utama yang mendorong manusia gemarkan tumbuhan hortikultur hiasan dan landskap. Manusia inginkan keindahan dalam semua aspek kehidupan. Keindahan landskap dapat dilihat melalui:
Ø  Kehijauan tumbuh-tumbuhan dapat merangsangkan deri manusia ke arah ketenangan jiwa.
Ø  Kelembutan tekstur dan bentuk dapat mengurangkan kesan bahan binaan yang terlalu banyak.
Ø  Menambahkan kecantikan sesebuah kawasan.
Ø  Susunan tanaman hiasan yang berwarna warni dapat mengurangkan kebosanan.

PENYEDIAAN JADUAL KERJA
PERANCANGAN KERJA
Penyediaan Tapak

Pembinaan Projek
a)    Mempunyai jadual kerja yang lengkap.
b)    Mempunyai bahan binaan yang mencukupi untuk sepanjang tempoh pembinaan.
c)    Mengaturkan peralatan dan mesin dengan bijak.
d)    Mengaturkan aktiviti kerja dan tenaga kerja mengikut turutan yang betul.
e)    Sentiasa peka terhadap sebarang masalah di tapak.
f)     Sentiasa merujuk kepada pelan pembinaan untuk mengelakkan sebarang kesilapan yang tidak disangka-sangka.
g)    Sentiasa memantau hal-hal berkaitan keselamatan di tapak.

Laporan Projek
Terdapat dua keadaan di mana rekod dan laporan perlu disediakan iaitu:
a)    Semasa projek sedang berjalan.
b)    Selepas projek disiapkan.






PENYELENGGARAAN LANDSKAP
Terdapat beberapa kaedah dalam penyelenggaraan lanskap iaitu:
                      i.        Penyiraman
                    ii.        Sungkupan dan naungan
                   iii.        Pengawalan rumpai
                   iv.        Pembajaan
                    v.        Pengawasan perosak dan penyakit
                   vi.        Pemangkasan
                  vii.        Penyelenggaraan landskap kejur
                viii.        Pelandskapan semula

Tujuan penyelenggaraan ialah :
a)    Penyelenggaraan landskap adalah penting bagi memastikan persekitaran kehidupan kita berkualiti dan selamat digunakan.
b)    Perlu memahami tujuan sesuatu kerja penyelenggaraan dilakukan bagi memastikan matlamat pembangunan landskap tercapai.
c)    Penggunaan kaedah dan teknik penyelenggaraan yang betul adalah penting sebelum sesuatu kerja penyelenggaraan dijalankan.
d)    Penyelenggaraan yang baik dan sistematik akan memastikan kawasan landskap ceria, berfungsi dan selamat digunakan oleh pengguna.



PROSES PENYEDIAAN LANDSKAP
Menerima tugasan.
  • Menerima tugasan pelandskapan daripada pensyarah.
  • Menerima taklimat mengenai projek landskap.
Mencari idea.
  • Mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan.
  • Melayari internet untuk mencari beberapa maklumat.
  • Membuat perbincangan bersama pensyarah.
  • Mencari maklumat di pusat sumber malalui rujukan buku dan bacaan lain.
  • Senaraikan idea-idea yang bersesuaian bagi semua peringkat.
  • Sesi temubual bersama beberapa orang yang berbeza peringkat umur di sekitar institut.
Menganalisis data.
  • Menganalisis idea yang telah dikumpulkan.
  • Memilih idea yang bersesuaian dengan projek yang hendak dibuat.
  • Menyenaraikan kelemahan dan kelebihan idea yang dipilih.
  • Membuat perbincangan dengan ahli kumpulan.
  • Membuat perbincangan dengan pensyarah.
  • Mencari gambar-gambar yang berkaitan dengan projek landskap.



Rekaan.
  • Menerima maklumat yang disampaikan oleh pensyarah.
  • Mendapat tunjuk ajar pensyarah.
  • Membuat dan menyediakan lakaran contoh landskap yang ingin disediakan.
  • Membuat lakaran awal produk yang dipilih.
Rekabentuk projek.
  • Perbincangan dengan pensyarah mengenai rekabentuk malalui lakaran awal yang dibuat .
  • Meminta pendapat awal daripada rakan-rakan sekelas.
  • Membuat perbincangan contoh landskap yang sedia ada.
  • Memikirkan beberapa bentuk yang berlainan serta melihatnya dari pelbagai sudut.
  • Mereka bentuk projek yang sebenar.
  • Membuat pengubahsuaian rekabentuk projek.
  • Melukis rekabentuk projek yang telah dibuat pengubahsuaian.
Pendokumentasian.
  • Mendokumentasikan projek agar mudah menjadi bahan rujukan.
  • Membuat kulit dokumentasi ( nama institut, tajuk projek, nama ahli, nombor kad pengenalan & sebagainya. )
  • Isi kandungan ( semua maklumat yang berkaitan dengan projek yang dibuat. )



REKA BENTUK DAN TEMA
Konsep Reka Bentuk

English style garden
Konsep yang telah kami pilih untuk tugasan teknologi tanaman sayuran dan hiasan ini ialah “English style garden”. Kami telah memilih tema ini untuk kumpulan kami adalah kerana ia benar-benar bersesuaian dengan konsep ang kami gunakan. Reka bentuk inggeris moden cuba kami tonjolkan dalam landskap yang kami hasilkan ini. 
Dalam proses mereka bentuk, beberapa unsur alam cuba diterapkan. Dengan adanya unsur-unsur alam seperti batu, kayu, air terjun buatan, dan flora dan fauna. Ini juga dapat memberikan nilai terapi dan estetika kepada mereka yang melihat landskap ini. Beberapa kreteria penting telah diambil bagi memastikan proses mereka bentuk bersesuaian dengan konsep yang ingin ditonjolkan seperti ruang, bahan, lakaran idea, masa, dan sebagainya. Dengan mengenengahkan konsep nusantara ini yang selari dengan cara hidup orang Melayu ia dapat memudahkan kami lagi untuk menerapkan nilai-nilai dalam landskap kami.
Apa yang cuba kami serapkan dalam landskap ini adalah keunikan dan kelebihan yang terdapat pada setiap pokok hiasan dan sayuran bagi mengaplikasikan konsep moden. Di samping itu, dengan adanya elemen-elemen seperti batu, air terjun buatan, , susunan kayu dan lain-lain lagi dalam menjadikan konsep yang dipilih sesuai dan menarik.
BAHAN DAN KEPERLUAN

Alatan Kerja

1.    SERAMPANG TANGAN DAN SUDIP TANGAN






·         Serampang digunakan untuk menggemburkan tanah yang keras dan berketul-ketul. Ini penting untuk mendapatkan kualiti tanah yang baik.
·         Sudip tangan digunakan untuk menyodok dan menggaul medium/ tanah.











2.    PENYIRAM
                                    

·         Digunakan untuk menyiram tanaman.
·         Dimuncung penyiram terdapat lubang-lubang kecil supaya air dapat keluar secara halus dan rata. Jadi, tanaman akan tumbuh dengan baik.

3.    SKETUAR                                    





·         Digunakan untuk mecantan ranting dan dahan kecil.
·         Dahan-dahan mati perlu dibuang supaya pertumbuhan pokok tidak terjejas.
BAHAN-BAHAN


























                                              

1.    PASU







(a)  Memilih Pasu
(i)            Pasu boleh dibeli atau menggunakan semula pasu sedia ada.
(ii)          Di pasaran terdapat beberapa jenis pasu.
·       Pasu tanah liat
·       Pasu plastik
·       Pasu seramik
(iii)         Pasu boleh didapati dalam pelbagai saiz, kecil, besar, leper dan gantung.

(b)  Menyediakan Pasu
(i)            Pilih jenis pasu yang sesuai dengan tanaman dan kedudukan letak pasu tersebut.
(ii)          Pilih pasu yang lebih besar daripada pasu asal.
(iii)         Jika menggunakan pasu baru, rendam semalaman dalam air.
(iv)         Jika menggunakan pasu terpakai, rendam dalam larutan formalin semalaman untuk membunuh bacteria.
(v)          Tutup lubang pasu dengan serpihan pasu atau dengan batu kelikir untuk mengelakkan medium keluar ketika menyiram.



2.    BAJA

Membaja
1.    Membaja adalah proses membekalkan tumbuhan dengan nutrien.
2.    Tujuan membaja adalah untuk membekalkan nutrien bagi pertumbuhan yang sempurna kerana nutrient yang terdapat dalam medium pasu adlah terhad.
3.    Nutrien yang lengkap dan cukup menjadikan tumbuhan cepat membesar, matang, dan mengeluarkan bunga.
4.    Baja hendaklah ditaburkan mengikut masa dan kuantiti yang ditentukan.
5.    Nutrien-nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan dibahagikan kepada:
(a)  Unsur-unsur makro (yang diperlukan dalam kuantiti yang banyak) seperti nitrogen, fosforus, dan kalium.
(b)  Unsur-unsur mikro (yang diperlukan dalam kuantiti yang sedikit) seperti ferum, mangan, boron dan zink.
6.    Fungsi utama nutrien-nutrien makro adalah seperti berikut:
(a)  Nitrogen(N) untuk tumbesaran daun.
(b)  Fosforus (P2Os) untuk perkembangan akar dan daun.
(c)  Kalium (K2O) untuk pengeluaran bunga.          
7.    Baja yang digunakan bagi tumbuhan-tumbuhan dikelaskan kepada baja organik dan baja kimia (inorganik).


       Baja Organik  
1.    Bja ini didapati daripada reputan saki-baki tumbuhan dan haiwan seperti najis haiwan, baja hijau, air kencing, serbuk tulang, dan darah. Jika menggunakan baja organik pastikan ianya telah cukup reput.
2.    Kandungan nutrien dalam baja organik adalah rendah berbanding dengan baja kimia.
3.    Kebaikan baja organik ialah ia membekalkan nutrien tumbuhan dan juga membantu memperbaiki struktur tanah melaui saliran dan pengudaraan.

       Baja Kimia (Inorganik)
1.    Baja kimia juga dikenali sebagai baja inorganik.
2.    Baja kimia didapati daripada sumber bahan kimia, juga digelar baja dagangan.
3.    Baja kimia dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:
(a)  Baja terus yang hanya mengandungi satu unsure utama kimia sahaja.
(i)            Baja nitrogen, mengandungi unsure nitrogen sahaja, contohnya urea dan fosfat.
(ii)          Baja fosforus yang mengandungi fosforus sahaja contohnya CIRP dan fosfat super.
(iii)         Baja kalium yang mengandungi unsur kalium sahaja sepeti potash sulfat dan potash minurat.
(b)  Baja sebatian yang mengandungi lebih daripada satu unsur utama kimia serta sedikit unsur makro. Contohnya ialah nitrofoska (hijau, merah, biru, kuning) dan Welgro.
4.    Kebaikan baja kimia ialah bertindak lebih cepat berbanding dengan baja organik.
5.    Baja kimia disediakan dalam bentuk ‘slowreleased’ iaitu kandungan nutriennya pada baja dibebaskan secara perlahan-lahan.
6.    Pembajaan yang baik adlah mengikut dos yang kecil tetapi dengan lebih kerap. Kadar membaja bagi baja kimia hendaklah mengikut arahan pada label. Biasanya pembajaan dilakukan sekali dalam masa 2-3 minggu.
       Cara Membaja
1.    Membaja pokok-pokok hiasan dalam pasu dilakukan secara
(i)            Tabor gaul
(ii)          Semburan
(iii)         Flowchart: Data: SemburanFlowchart: Data: Tabur gaulFlowchart: Data: Menanam secara poket dan alurMenanam secara poket dan alur.








                      Menanam Secara Tabur gaul
·         Baja oraganik atau baja kimia ditabur di permukaan medium dan terus digaul kedalam medium dengan menggunakan serampang tangan.
                 Menanam Secara Semburan
·         Baja dilarutkan dalam air dan disembur pada tumbuhan.
·         Daun akan menyerap larutan baja yang disembur pada permukaan daun.
                 Menanam Secara Poket atau Alur
·         Baja berbentuk bintil ditanam poket atau alur dekat dengan tumbuhan.


3.  RACUN
Jenis Racun Makhluk Perosak.
1. Racun makhluk perosak boleh dibahagikan kepada 4 kumpulan seperti berikut.
Racun makhluk perosak
Kandungan
Tindakan
1. Racun serangga
BHC, Malathion, Sevin, Thiodan
Membunuh haiwan perosak.
2. Racun kulat
Captan, Zaneb, Maneb, Dithane
Mengawal penyakit lain.
3. Umpan beracun
Warfarin, Tikumin, Zink, fosfida (tikus), Metadex (siput).
Membunuh lain-lain haiwan perosak.
4. Racun rumpai atau racun herba
Gramoxone, Dowpon, Dalapon, Round-up
Membunuh rumpai.

2.  Racun yang hendak disemburpada tumbuhan mestilah dicairkan terlebih dahulu.
3.  Kepekatan bancuhan dan kekerapan semburan mestilah mengikut arahan pada             label.
4. Racun serangga tidak boleh disembur pada tanaman sayuran dua minggu sebelum sayuran dikutip. Langkah ini bagi mengelakkan sayuran dicemari racun serangga.
5. Siput dan tikus boleh dibunuh dengan menggunakan umpan beracun.


Panduan Keselamatan Ketika Menggunakan Racun Serangga
1.    Menyimpan racun
(a)  Simpan bahan kimia dalam bekas asalnya, dengan labelnya sekali di tempat berkunci
(b)  Jauhkan daripada kanak-kanak.
(c)  Simpan di tempat yang ada peredaran udara.
(d)  Jauhkan daripada pancaran cahaya matahari.

2.    Sebelum mengguna (meacun)
(a)  Pilih racun makhluk perosak yang paling sesuai sekali.
(b)  Baca dan ikut arahan yang terdapat pada label bekas racun.
(c)  Sediakan semua peralatan yang diperlukan.

3.    Semasa mencampur.
(a)  Ikut arahan yang diberikan.
(b)  Pakai pakaian yang khas bagi melindungi badan seperti sarung tangan.
(c)  Jangan makan, minum, atau merokok.
(d)  Lakukan kerja mencampur racun di kawasan yang lapang dan ada peredaran udara yang baik.

4.     Semasa meracun (mengguna)
(a)  Periksa penyembur untuk memastikan tidak ada kebocoran.
(b)  Gunakan pakaian khas termasuk kasut bagi melindungi badan.
(c)  Gunakan topeng pelindung supaya penafasan tidak sesak.
(d)  Sembur racun mengikut arah tiupan angin.
(e)  Jangan makan dan minum ketika meracun.

5.    Selepas meracun
(a)  Bersihkan alat, bekas, dan pakaian
(b)  Simpan racun dalam cabinet yang berkunci
(c)  Selepas membasuh alat penyembur, keringkannya.
(d)  Air basuhan alat penyembur dan bekas racun yang telah digunakan hendaklah ditanam.
(e)  Bersihkan diri dan pakai pakaian yang bersih.

4. TAPAK SEMAIAN/MEDIUM
1.    Menyediakan Medium Pemasuan
                      i.        Medium memasu terdiri dari tanah loam, bahan organik dan pasir sungai
                    ii.        Nisbah medium memasu ialah
Tanah Loam
Bahan Organik
Pasir Sungai
3
2
1

                   iii.        Semua bahan medium hendaklah ditapis agar menjadi lebih halus dan tidak mengandungi bahan asing.
                   iv.        Sukat bahan medium dengan nisbah 3:2:1 atau 7:3:2
                    v.        Gaulkan sehingga rata.
Campuran untuk medium penanaman
·         Kaedah campuran pemasuan John Innes Potting Mixture (JIP) iaitu
                                             i.        7-bahagian tanah loam
3-bahagian baja organik
2- bahagian pasir
       Atau
                                           ii.        3- bahagian tanah loam
2- bahagian bahan organik
1- bahagian pasir.
·         Ketiga-tiga bahagian ini hendaklah disukat mengikut isipadu dan digaul dengan sekata.
·         Bagi 1 meter padu campuran, tambahkan 4.2kg baja fosforus seperti malameal, gromeal atau CIRP serta 2.7 kg kapur untuk memperkayakan campuran dan meneutralkan pH campuran.

Medium penanaman yang baik
·         Gembur dan memudahkan penembusan akar ke dalamnya.
·         Membekalkan nutrien yang seimbang kepada tumbuhan.
·         Mengekalkan kelembapan kepada akar tanaman.
·         Mempunyai saliran dan pengudaraan yang baik.













BAHAN DAN KEPERLUAN

·         Senarai Peralatan

BIL.
PERALATAN
KUANTITI
CATATAN
1
Penyiram
1

2
Sudip tangan
4
Seorang satu
3
Kereta sorong
1

4
Sekateur
2



·         Senarai Bahan

BIL.
BAHAN
KUANTITI
CATATAN
1
Tanah sebatian
3 beg

2
Baja organik
1 beg

3
batu hiasan
6 kg
Pelbagai saiz
4
racun
1

5
polibeg
20
Pelbagai saiz









BAJET
Satu penyata hasil dan perbelanjaan bagi masa hadapan yang diguna sebagai alat perancangan dan pengurusan sumber untuk memenuhi aktiviti yang dirancang.
Jumlah Bajet Keseluruhan
Kos Bahan Tanaman hiasan dan sayuran

BIL.
BAHAN
KUANTITI
KOS SEUNIT (RM)
JUMLAH (RM)
1
Marigold hijau dan kuning
10
5.00
50.00
2
Balung ayam kuning dan merah
6
5.00
30.00
3
Lidah jin
2
5.00
10.00
4
Kemunting cina
2
5.00
10.00
5
Pokok lelabah(chlorophytum capense)
2
3.00
6.00
6
Misai kucing
1
7.00
7.00
7
Ulam raja
2
3.00
6.00
8
Cili padi
3
5.00
15.00
9
Pandan
2
7.00
14.00
10
keladi
4
5.00
20.00
11
Wishbone flower (torenia fournieri)
1
5.00
5.00

JUMLAH KOS BAHAN


RM







Kos Bahan Binaan

BIL.
BAHAN
KUANTITI
KOS SEUNIT (RM)
JUMLAH (RM)
1
Batu berwarna putih
3 kg
2.00
6.00
2
Batu berwarna coklat
2 kg
2.00
4.00
3
Bekas kolam
1
10.00
10.00
4
Pasu kecil
8
3.00
24.00
5
Pasu besar
2
7.00
14.00
6
Motor akuarium
1
30.00
30.00
7
Arca air pancutan
1
20.00
20.00
9
Pasu tinggi
1
20.00
20.00
10
syelek
1
3.00
3.00

JUMLAH KOS BAHAN


RM













JADUAL KERJA BULANAN PROJEK LANDSKAP

bulan
tugasan
catatan

JUN 2009

  • menerima tugasan projek
  • membentuk ahli kumpulan


  • ahli kumpulan terdiri daripada empat orang setiap kumpulan

JULAI 2009

  • mengenalpasti masalah
  • mengumpul data-data berkaitan
  • menganalisis data yang diperolehi
  • membuat rumusan analisis

  • sumber maklumat diperolehi dari internet,bahan bacaan,sesi temubual serta perbincangan bersama pensyarah.
  • pencarian maklumat dibahagi sama rata antara ahli kumpulan


OGOS  2009

  • pencetusan dan pemilihan idea terbaik dari lakaran
  • membuat lakaran projek.
  • memilih rekabentuk projek
  • menyenaraikan bahan untuk projek.
  • Proses menyiapkan landskap.


  • idea dikemukakan setiap ahli untuk mencari hasil terbaik.
  • pemilihan rekabentuk yang efisyen dan kreatif
  • bahan-bahan projek dibeli mengikut rekabentuk yang telah dipersetujui

SEPTEMBER  2009





OKTOBER 2009

  • Mencari maklumat akhir seperti gambar-gambar dan nama tanaman.
  • Kerja projek disiapkan.





·         Penyemakan dokumentasi.



·         Seisi ujian amali

  • setiap ahli kumpulan mendapat bahagian dalam pelaksanaan projek
  • pencarian 10 keping gambar berkaitan dengan tugasan projek.



·         Pensyarah menyemak dokumentasi bagi memberi markah projek.
·         Pelajar membuat projek untuk di persembahkan.











REKOD HARIAN KERJA PENANAMAN TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN
TARIKH
PENERANGAN

16/7/2009

  • Menyemai benih dan menanam pokok
  • Menyiram pokok setelah siap aktiviti penanaman.

23/7/2009

  • Membuat pemerhatian ke atas pertumbuhan pokok yang telah ditanam.
  • Memasu semula pokok dan menambahkan medium untuk pembesaran tumbuhan.
  • Penyiraman selepas aktiviti penanaman dilakukan.

6/08/2009

  • Membuat pemerhatian keatas pokok-pokok yang telah ditanam.
  • Menggantikan pokok-pokok yang layu dan mati dengan pokok yang baru.
  • Menanam pokok dengan menggunakan pasu yg dibekalkan.
  • Penyiraman dilakukan selepas aktiviti penanaman dilakukan.

13/8/2009




3/9/2009

  • Memantau pokok yang telah disemai
  • Memantau pembesaran pokok dari masa ke masa.
  • Meletakkan pokok yang telah ditanam di kawasan teduh bagi menggalakkan pertumbuhannya.

  • Menanam pokok
  • Menyiram selepas aktiviti  menanam.



16/9/2009



  • Menyiapkan beberapa bahan dokumentari bagi tujuan melabelkan tumbuhan
  • Merumpai tanaman sebelum cuti beraya

28/9/2009

  • Memantau tanaman
  • Melakukan proses penyiraman

30/9/2009

  • Mengemaskini pokok-pokok yang ditanam.
  • Menyusun semula pokok-pokok yang ditanam.
  • Melakukan pembajaan kepada pokok.

1/10/2009

  • Memeriksa beberapa pokok bagi mengelakkan jangkitan
  • Menyiapkan aksoseri dalam lanskap seperti sarang burung, alas tanaman, papan tanda dan lain-lain.

7/10/2009
  • Melakukan pemantauan terakhir pokok bagi tujuan menyelenggara taman

12/10/2009
  • Memindahkan pokok ke tapak amali dan ujian amali






RUJUKAN
buku
  • Lokman bin Hussien, 2005, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 3, K Publishing Sdn. Bhd, Selangor.
  • Hashimah binti Muhmad, 2005,Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 3, K Publishing Sdn. Bhd, Selangor.
  • Sanif bin Sapa’at, 2005, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 3, K Publishing Sdn. Bhd, Selangor.
  • Hasni bin Rais, 2005, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 3, K Publishing Sdn. Bhd, Selangor.
Internet



No comments: