Sunday 31 July 2011

Sifat Beberapa Famili Tumbuhan Hiasan


1.   Acanthaceae

a.   Pokok herba atau pokok renek tegak atau melepa
b.   Daunnya tunggal dan bertentangan licin tidak ada stipul
c.   Bunganya dwiseks, tidak sebentuk, dalam jambak rasem atau panikel
d.   Salur bunga terbelah lima atau kecil.
e.   Korolanya mempunyai lima cuping, bilabiat (dua bibir).
f.    Empat atau dua stamen tumbuh daripada ranggi.
g.   Ovarinya mempunyai dua lokul, dengan dua hingga banyak ovul pada pemplasentaan aksil.
h.   Buah kapsul lazimnya bengang secara kenyal dari apeks ke bawah.
i.    Kebanyakan bijinya mempunyai satu pembentukan jakulator yang keras seperti cangkuk.
j.    Ada kira-kira 240 genus, terdapat terutamanya di kawasan tropika dan subtropika.
k.   Contoh lazimnya: Beloperone guttata (pokok udang/ shrimp plant)
l.    Contoh-contoh lain:

Asystasia coromandeliana

Barleria cristata (Philippine violet)
Crossandra undulaefolia
Fittonia verschaffeltii (Mosaic plant)
Graphtophyllum pictum (Caricature plant)
Hemigraphis colorata (Metal leaf)
Hemigraphis alternata (Instant plant)
Jacobinia carnea (Flamingo plant)
Justicia betonica (White Shrimp plant)
Pachystachys lutea (Lollypops/Firecracker plant)
Pseudoranthemum reticulatum (Yellow Morado)
Pseudoranthemum artopurpureum
Sanchezia nobilis (Yellow Sanchezia)
Strobilanthes dyerianus (Burma Conehead)
Thunbergia alata (Black-eyed Susan)


2.   Amaranthaceae (Famili Bayam) :

a.   Pokok herba atau jarang-jarang pokok renek
b.   Daunnya berselang atau bertentang, tidak mempunyai stipul
c.   Bunganya kecil-kecil dengan braktea yang nipis dan kering, selalunya dwiseks dalam jambak bunga yang padat
d.   Sari salut (perianth) mempunyai empat hingga lima cuping, bersepal; nipis dan kering.
e    Stamen biasanya lima, bertentang dengan cuping sari salut; anter empat atau dua lokul semasa antesis: filamen kerap kali bersambung di bawah.
f.    Ovari satu lokul; stil (benang sari) selalunya tiga fid.
g.   Buah kebanyakannya jenis aken atau utrikel.
h.   Bijinya mempunyai endorsperma.
i.    Ada kira-kira 65 genus, banyak sekali terdapat di kawasan tropika Afrika dan Amerika
j.    Contoh lazim:- Amaranthus spp. (bayam).
k.   Contoh-contoh lain:
Alternanthera amoena (Parrot leaf)
Celosia argentea (Bunga balung ayam/ Cockscomb)
Gomphrena globosa (Bunga butang/ Bachelor's button)
Iresine herbstii (Blood leafplant)
Cyathula prostrata


3.   Amaryllidaceae

a.   Pokok herba saka, berbebawang, berumbisi, jarang-jarang mempunyai rizom.
b.   Berdaun perdu (radical) atau daun batang (cauline).
c.   Bunganya sebentuk (regular), kebanyakannya kelihatan jelas, dwiseks, dalam jambak umbel terdapat pada tangkai yang tidak berdaun dan di sokong oleh braktea seperti seludang.
d.   Keenam-enam segmen sari salutnya biasanya seperti ranggi.
e.   Stamen biasanya enam.
f.    Ovarinya inferior, mempunyai tiga lokul; stilnya tunggal, panjang; ovulnya sedikit hingga banyak dalam tiap-tiap lokul.
g.   Berbuah kapsul atau berri.
h.   Ada kira-kira 90 genus didapati terutamanya di kawasan-kawasan beriklim sederhana dan panas di dunia.
i.    Contoh lazim:- Crinum asiaticum (Spider lily)
j.    Contoh-contoh lain:

Agave augustifolia marginata

Eucharis grandiflora (Lili Amazon)
Eurycles amboiensis (Lili Brisbane)
Haemanthus multiflorus (Lili darah)
Hippeastrum equestre (Lili Barbados)
Polianthus tuberosa (Azucena)
Zephyranthes rosea (Lili hujan)


4.   Apocynaceae (Famili Allamanda)

a.   Pohon atau pokok renek tegak atau memanjat, jarang-jarang pokok herba; latisiferus.
b.   Kebanyakan daunnya bertentang atau berpusar.
c.   Bunganya dwiseks, sebentuk, dalam jambak sima ringkas atau korim.
d.   Salur kaliksnya. pendek, lima cuping, selalunya mempunyai kelenjar di dalamnya.
e.   Salur korola selalunya panjang dan berbentuk semerit cupingnya lima, berkedut-kedut.
f.    Lima stamen, keluar dari ranggi; anternya lurus, cerai atau bertemu di hujung.
g.   Ginesium mempunyai dua karpel; dua ovari pada asasnya nyata atau bertemu di hujung, dan bersatu oleh satu stil.
h.   Mengeluarkan sepasang buah bengang sebelah (pair of follicles ), drup atau kapsul.
i.    Lebih 300 genus, hampir-hampir kosmopolitan, banyak sekali terdapat di kawasan tropika.
j.    Contoh lazim:- Allamanda cathartica (Golden Trumpet Vine)
k.   Contoh-contoh lain:
Allamanda cathartica 'Hendersonii'
Catharanthus roseus (Madagascar Periwinkle)
Cerbera odollam (Pong-Pong)
Kopsia fruticosa (Pink Kopsia /Shrub Vinca)
Nerium oleander (Common Oleander)
Plumeria obtusa (Cempaka/Frangipani)

Plumeria acuminata

Tabernaemontana corymbosa (Great Rosebay)
Thevetia peruviana (Bunga Jepun/Yellow Oleander)
Wrightia religiosa


5.   Araceae (Famili Keladi)

a.   Pokok herba saka, selalunya mempunyai rizom atau ubi, tegak atau memanjat (hidup di air dan terapung iaitu spesies Pistia).
b.   Daunnya berselang, bermacam-macam, tetapi tidak tegar.
c.   Bunganya dwiseks atau uniseks, tidak bergagang; spadiksnya tunggal, biasanya dikurungi oleh seludang hijau, putih atau berwama; jika uniseks, bunga berstamen selalunya di atas bunga berkarpel dengan yang tidak berjantina di antaranya.
d.   Periant tidak ada; jika ada, empat hingga enam, seperti sisik.
e.   Stamen kerap kali sama banyak dengan (atau kurang daripada) segmen sari salut.
f.    Ovarinya mempunyai satu hingga banyak lokul; ovulnya satu atau lebih.
g.   Buah biasanya berri mempunyai satu hingga banyak biji.
h.   Ada lebih 100 genus terdapat terutamanya di kawasan tropika dan hampir tropika.
i.    Contoh lazim:- Anthurium sp.
j.    Contoh lain:

Aglaonema commutatum

Aglaonema commutatum ‘Pseudobracteatum'
Aglaonema costatum
Aglaonema pictum
Alocasia sandriana
Alocasia cucullata (Chinese Taro)
Alocasia macrorhiza (Elephant’ s ear)
Caladium bicolor
Caladium humboldtii
Colocasia spp.
Dieffenbachia picta (Dumbcane)
Dieffenbachia amoena
Epiremnum aureum (Devil’s Ivy/Golden Pothos)
Monstera deliciosa (Tropical Fruit Salad)
Monstera obliqua expilata (Widow leaf)
Philodendron pertusum (Miniature Monstera
Philodendron lacerum
Pistia stratiotes (Water lettuce)
Spathiphyllum sp.
Syngonium auritum
Xanthosoma lindenii


6.   Araliaceae

a.   Pokok renek atau pohon (pokok herba dalam genus iklim sederhana), mempunyai saluran-saluran minyak
b.   Daunnya selalu berselang, tunggal atau majmuk pinat atau majmuk palmat, kerap kali sangat besar dan berkumpul di hujung batang bogel.
c.   Lazimnya berbunga kecil, dengan lima ranggi, dwiseks atau poligami dalam jambak kepala, umbel atau spika majmuk.
d.   Kaliksnya kecil, dengan lima gigi.
e.   Ranggi dan stamennya lima, kadang-kadang lebih. Piringnya (disc) ada.
f.    Ovari mempunyai satu hingga banyak lokul, dengan satu ovul dalam tiap-tiap lokul, jenis juntaian.
g.   Buah drup atau berri. Bijinya mempunyai endosperma.
h.   Ada kira-kira 50 - 60 genus, didapati terutamanya di kawasan tropika.
i.    Contoh lazim: Brassaia actinophylla (Queenslands' Umbrella Tree)
j.    Contoh-contoh lain:

Hedera helix

Panax schinseng (Ginseng)
Polyscias fruticosa (Ming Aralia)
Polyscias balfouriana ‘Marginata’ (Variegated Balfour Aralia)
Polyscias balfouriana ‘Pennockii’
Polyscias guifoylei ‘Laciniata’
Polyscias guifoylei ‘'Victoriae’ (Lace Aralia)
Polyscias guifoylei ‘Quinquefolia’ (Celery leaf Aralia)
Polyscias paniculata ‘Variegata’
Polyscias ornatum (Yellow Papua, Cup-leaved Papua)
Schefflera sp.


7.   Balsaminaceae (Famili Keembung

a.   Pokok herba sukulen dengan batang berair yang jernih
b.   Daunnya jenis tunggal, selalunya berselang.
c.   Bunganya zigomorf, dwiseks, sendirian atau dalam jambak simos
d.   Lima sepal, dua yang terdapat di hadapan kecil atau bantut, yang di belakang berbonggol kecil, beranggi.
e.   Lima ranggi, dua ranggi yang di sisi bercantum.
f.    Lima stamen, filamen pendek, bercantum di atas; anter bercantum di keliling ovari.
g.   Ovarinya lima lokul, ovulnya banyak, satu stil, pendek.
h.   Buah kapsul (selalunya bengang meletup) atau berri. Tidak ada endorsperma,
i.    Ada dua genus, didapati terutamanya di kawasan tropika di Asia dan di Afrika.
j.    Contoh lazim:- Impatiens balsamina (Keembung / Balsam)
k.   Contoh lain: Impatiens walleriana sultanii (Busy Lizzie)


8.   Begoniaceae

a.   Pokok herba atau pokok renek rendah, kebanyakannya sukulen.
b    Daun-daunnya asimetri dan mempunyai stipul.
c    Bunga-bunganya uniseks, monoesius dan dalam jambak sima.
d.   Sepal selalunya dua, injap dan beranggi.
e.   Rangginya dua hingga lima.
f.    Banyak stamen, bercantum pendek-pendek.
g.   Secara tipikal, ovarinya mempunyai tiga karpel, satu lokul, inferior, berbucu atau berkepak, ovulnya banyak pada pemplasentaan ketiak; plasentanya kerap kali bercuping atau berserampang; benang sari selalunya tiga dan dua fid.
h.   Buahnya berbucu atau berkepak, selalunya jenis kapsul. Bijinya tanpa endosperma.
i.    Ada kira-kira empat hingga lima genus, terdapat di seluruh kawasan tropika.
j.    Contoh lazim: Begonia sp.
k.   Banyak spesies dan kultivar bagi genus Begonia.
Begonia semperfiorens
Begonia erythrophylla helix
Begonia masoniana (Iron-cross begonia)
Begonia 'Bow-nigra'


9.   Bignoniaceae (Famili Jambul Merak)

a.   Pohon atau pokok renek, kadang-kadang pokok memanjat.
b.   Daunnya bertentang atau berselang, satu hingga tiga kali pinat, jarang-jarang daun tunggal.
c.   Bunganya kelihatan jelas, dwiseks, dengan lima bahagian, tidak sebentuk, dalam jambak rasemos, atau jambak panikel.
d.   Kaliksnya berhentuk kampanulat atau serombong (tubular) atau terbelah ke bawah pada satu bahagian sisi dan seperti dedayung buntar.
e.   Korolanya berbentuk serombong, selalunyn membengkok (gibbous) di hadapan.
f,    Stamen selalunya empat (atau dua), dalam dua (atau satu pasang), atau stamen yang kelima adalah staminod.
g.   Ovarinya mempunyai dua lokul dengan satu atau dua plasenta dalam tiap-tiap lokul, atau satu lokul dengan dua plasenta pinggir yang mempunyai dua fid, ovulnya banyak.
h.   Buahnya jenis kapsul dua berinjap panjang seperti buah lidah dengan bijinya yang leper dan bersayap atau jarang-jarang tak bengang dengan bijinya tak bersayap terbenam dalam pulpa.
i.    Ada lebih 100 genus, kebanyakannya di kawasan tropika di Amerika Selatan.
j.    Contoh lazim: Jacaranda filicifolia (Jambul Merak
k.   Contoh-contoh lain:
Arrabidaea magnifica
Crescentia cujete (Calabash tree)
Pseudocalyma alliaceum (Garlic Vine)
Spathodea campanulata (African Tulip tree/ Pancut)
Tecoma stans (Yellow bell / Yellow Trumpet Bush)
Tecomaria capensis (Cape Honeysuckle)


10. Boranginaceae

a.   Pokok herba, pokok renek atau pohon, selalunya mempunyai bulu-bulu kasar.
b.   Daunnya jenis tunggal, berselang tidak ada stipul.
c.   Biasanya berbunga dwiseks, sebentuk, mempunyai lima bahagian, kebanyakannya dalam jambak sima skorpiod.
d.   Kaliks dan korolanya mempunyai lima cuping, imbrikat atau berkedut.
e.   Lima stamen, tumbuh daripada ranggi, berselang dengan cuping korola.
f.    Ovarinya dua lokul, mempunyai dua ovul dalam tiap-tiap lokul (atau kelihatan seolah-olah mempunyai empat lokul disebabkan oleh pembentukan septum palsu ), terutamanya pada pemplasentaan ketiak; satu atau dua stil.
g.   Buahnya jenis drup atau kekeras dengan satu biji dalam tiap-tiap kekeras.
h.   Ada kira-kira 100 genus, hampir semuanya kosmopolitan
i.    Contoh lazim: Cordia cylindristachya (String Bush)
j.    Contoh lain: Ehretia microphylla


11. Bixaceae (Famili Kesumba)

a.   Pohon atau pokok renek.
b.   Daunnya tunggal, berselang dan biasanya bercuping.
c.   Bunganya jelas kelihatan, selalunya dwiseks dan sebentuk, berada dalam jambak panikel.
d.   Mempunyai lima sepal dan lima ranggi.
e.   Ia mempunyai banyak stamen di atas pudung; anter terbuka oleh dua liang atau bukaan pendek.
f.    Ovari kebanyakannya satu lokul dan mempunyai banyak ovul di atas dua atau lima plasenta parietal: mempunyai satu stil.
g.   Kapsulnya mempunyai dua hingga lima injap. Bijinya kecil dan banyak, beraril atau berbulu (woolly), mempunyai endosperma.
h.   Contoh lazim:.- Bixa orellana (Anatto)
i.    Contoh lain: Cochlospermum religiosum (Buttercup Tree)


12. Cactaceae (Famili Kaktus)

a.   Pokok sukulen selalunya berduri.
b    Daun biasanya kecil (menyusut) menjadi sisik atau tidak ada langsung.
c.   Bunganya dwiseks, sendirian dan kelihatan nyata, jenis aktinomorf atau menjadi zigomorf dengan melengkungnya periant dan andresium.
d.   Bilangan sepal dan ranggi tidak tetap dan tidak dapat dibezakan dengan terang.
e.   Bilangan stamen juga tidak tetap, tumbuh secara berlingkar atau dalam beberapa kumpulan daripada hipantium.
f.    Ovarinya inferior, mempunyai tiga ataupun banyak karpel, satu lokul dengan ovul yang sangat banyak pada plasenta parietal; satu stil, bilangan stigma sama banyak dengan karpel.
g.   Kebanyakan buahnya seperti berri. Endosperma sedikit atau tidak ada langsung.
h.   Ada kira-kira 150 genus, terdapat di Amerika sahaja.
i.    Contoh lazim: Opuntia sp.
j.    Contoh-contoh lain:
Cereus sp.
Epiphyllum oxypetalum (Keng Huah)
Gymnocalycium sp.
Mammillaria sp.
Notocactus sp.
Pereskia sp.


13. Cannaceae

a.   Pokok herba saka tegak, mempunyai batang-batang berdaun daripada rizom berlendair
b.   Daunnya besar, gagangnya menjadi upih kepada batang
c.   Bunganya jelas kelihatan, dwiseks, tidak sebentuk, dalam jambak spike atau panikel, mempunyai braktea
d.   Segmen-segmen periant tiga campur tiga; yang di sebelah luar seperti sepal (sepaloid) yang di sebelah dalam seperti ranggi (petaloid), agak besar, bercantum di pangkal
e.   Stamen pada asasnya ada enam, bercanlum di bawah, tiga yang di sebelah ranggi; dua yang di sebelah dalam juga seperti ranggi, satu daripadanya mempunyai satu anter, satu lokul (atau separuh anter) terletak pada tepinya
f.    Ovarinya inferior mempunyai tiga lokul, dengan banyak ovul. Stil seperti ranggi (petaloid)
g.   Buahnya kapsul
h.   Satu genus iaitu Canna, yang mempunyai lebih 30 spesies adalah tumbuhan asli di kawasan tropika di Amerika
i.    Terdapat banyak hibrid


14.           Commelinaceae (Famili rumput aur)

a.   Pokok herba, merebak atau sendeng (ascending)
b.   Daunnya berupih di pangkal
c.   Bunganya sebentuk atau tidak sebentuk, berwarna biru atau ungu, dalam jambak sima atau panikel, hujung atau ketiak
d.   Periant dalam dua siri, yang di sebelah luarnya seperti sepal (sepaloid), yang di sebelah dalam seperti ranggi (petaloid), stamen ada enam, semuanya sempurna atau dua atau lebih menyusut menjadi staminod; filamennya selalunya berjanggut
e.   Ovarinya mempunyai dua hingga tiga lokul dengan satu ovul dalam tiap-tiap lokul
f.    Buah kapsulnya mengandungi satu atau beberapa biji
g.   Ada kira-kira 40 genus, tumbuhan tropika dan hampir tropika
h.   Contoh lazim:- Rhoeo spathacea (Moses in the cradle)
i.    Contoh-contoh lain:
Geogeganthus undatus Seersucker plant)
Setcreasea purpurea (purple Heart)
Setcresea striata
Trandescantia blossfeldiana
Zebrina pendula (Wandering Jew)


15. Compositae (Asteraceae) (Famili Bunga Matahari)

a.   Pokok herba, pokok renek, jarang-jarang pohon kadang-kadang mempunyai sap bersusu
b.   Daunnya berselang atau bertentang tunggal atau terbelah, tidak ada stipul
c.   Bunganya kecil, dwiseks atau uniseks sebentuk atau tidak sebentuk dalam sedikit hingga banyak pada kapitulum
d.   Kaliks menyusut atau bertukar dan digantikan oleh pappus
e.   Korolanya berbentuk serombong, ligulat atau dwilabiat
f.    Lima stamen, tumbuh dari ranggi; anter bengang ke tengah bersatu (syngenesius)
g.   Ginesium mempunyai dua karpel; ovarinya inferior dengan satu lokul; satu ovul dalam tiap-tiap lokul, stil tunggal; dua cabang
h.   Buah jenis aken atau sebenamya sipsela / cypsela)
i.    Ini ialah famili yang terbesar dalam tumbuhan berbiji, kosmopolitan; bilangan genus diagakkan lebih 1000
j.    Contoh lazim: Gerbera jamesonii (Daisy Afrika)
k.   Contoh-contoh lain:
Chrysanthemum spp. (Bunga Kekwa)
Cosmos spp.
Dahlia hibrida
Gynura sarmentosa (Velvet plant)
Helianthus annuus (Bunga matahari biasa)
Melampodium paludosum
Solidago virgaurea (Golden Rod)
Tagetes erecta (Marigold Afrika)
Tithonia diversifolia (Mexican sunflower)
Vernonia elliptica (Bridal Veil)
Wedelia trilobata (Creeping Daisy)
Zinnia elegans (Zinnia)


16. Euphorbiaceae (Famili Getah Hevea)

a.   Pokok herba, pokok renek atau pohon, kerap kali latisiferus.
b.   Kebanyakan daunnya berselang, mempunyai stipul.
c.   Bunga selalunya kecil, sebentuk, uniseks, lazimnya pokok jenis monoesius dan dalam jambak bunga majmuk.
d.   Periant mempunyai ranggi, bersiri satu atau dua ataupun menyusut.
e.   Satu hingga banyak stamen.
f.    Ovarinya mempunyai tiga lokul, satu hingga dua ovul dalam tiap-tiap lokul, jenis juntaian (pendulous) dan menangkup (anatropous), mikropil selalunya ditutupi oleh karunkel; stil tiga, tiap-tiap satu selalunya dua cuping.
g.   Buah bermacam-macam; masak menjadi skizokarp bengang tersekat sekat (mengandungi tiga lokus) dan mempunyai tiga atau enam biji, bijinya mempunyai endosperma.
h.   Ada kira-kira 280 genus, taburannya hampir kosmopolitan.
i.    Contoh lazim: Euphorbia spp.
j.    Contoh-contoh lain:

Acalypha godseffiana

Acalypha hispida (Pokok ekor kucing)
Acalypha siamensis (Tea Leaves)
Acalypha wilkesiana ‘Macafeana’
Acalypha wilkesiana ‘Macrophylla’
Baccaurea motleyana (Rambai)
Codiaeum variegatum (Croton)
Euphorbia antiquorum
Euphorbia lactea
Euphorbia lactea ‘Cristata’ (Elkhorn)
Euphorbia pulcherrima (Poinsettia)
Euphorbia splendens (Crown of Thorns)
Euphorbia tirucalli (Milk bush)
Excoecaria cochinchinensis (Picara)
Jatropha multifida (Coral plant)
Jatropha pandurifolia (Fiddle-leaved Jatropha)
Jatropha podagrica (Gout plant)
Manihot esculenta 'Variegata' (Ubi Batik)
Phyllanthus myrtifolius (Naga Buana)
Pedilanthus tithymaloides (Zig-zag plant)
Ricinus communis (Pokok minyak jarak)


17.           Gesneriaceae (Famili African Violet)

a.   Pokok herba.
b.   Daunnya kerap kali bertentang.
c.   Bunganya kelihatan nyata, dwiseks, tunggal atau dalam jambak rasem.
d.   Kaliks terbelah lima.
e.   Korola mempunyai lima cuping, selalunya berbibir dua.
f.    Stamen selalunya empat, tumbuh daripada ranggi dalam dua pasang.
g.   Buah kapsul. Bijinya banyak dan kecil.
h.   Contoh lazim: Saintpaulia ionanthe (African Violet)
i.    Contoh-contoh lain:
Episcia cupreata
Nautilocalyx lynchii
Siningia speciosa (Gloxinia)


18.           Labiatae (Lamiaceae) (Famili ati-ati)

a.   Kebanyakannya pokok herba, lazimnya beraroma, batang dan dahan berbucu empat.
b.   Daunnya bertentang dan dekusat, tidak ada stipul.
c.   Bunga dwiseks, zigomorf dengan lima bahagian.
d.   Kaliks mempunyai lima gigi, kadang-kadang dengan dua bibir.
e.   Korola biasanya mempunyai lima cuping dan dua bibir.
f.    Empat atau dua stamen, tumbuh dari ranggi.
g.   Ovarinya mempunyai dua lokul, tiap-tiap satu mempunyai dua ovul.
h.   Biasanya buah terdiri daripada empat kekeras.
i.    Ada kira-kira 200 genus dan taburannya kosmopolitan.
j.    Contoh lazim: Coleus blumei (Ati-ati)
k.   K. Contoh-contoh lain:
Mentha piperita (Mint)
Orthosiphon stamineus (Misai kucing/ Cat's Whiskers)
Salvia splendens


19. Leguminosae (Fabaceae) (Famili Kekacang)

a.   Pokok herba, pokok renek atau pohon.
b.   Daun-daunnya berselang, selalunya tiga dedaun atau majmuk pinat, mempunyai stipul.
c.   Bunganya besar atau kecil, sebentuk atau tidak sebentuk, biasanya dwiseks; jambak bunga rasemos atau panikel,
d.   Sepal lima, cerai atau bercantum di pangkal.
e.   Mempunyai lima ranggi.
f.    Stamen lazimnya sepuluh, kadang-kadang kurang, jarang sekali banyak.
g.   Mempunyai satu karpel; ovarinya superior, selalunya mempunyai satu atau hingga banyak ovul.
h.   Buah jenis kekacang, bengang atau tidak bengang.
i.    Mempunyai satu atau banyak biji.
j.    Ada kira-kira 550 genus dan taburannya adalah kosmopolitan.
k.   Ia pada umumnya dianggap sebagai famili yang ketiga besarnya dalam tumbuhan berbiji selepas Compositae dan Orchidaceae.
l.    Contoh lazim: Delonix regia (Semarak Api)
m.  Contoh-contoh lain:
Acacia auriculaeformis (Wattle)
Acacia mangium
Adenanthera pavonina (Saga)
Albizzia sp.
Amherstia nobilis
Andira surinamensis (Cabbage Tree)
Baphia nitida (Camwood Plant)
Bauhinia sp.
Calliandra emarginata (Powderpuff Plant)
Calliandra surinamensis
Cassia biflora (Bushy Cassia)
Cassia fistula (GoIden Shower / Indian Laburnum)
Cassia multijuga (Leafy Cassia)
Cassia nodosa (Pink Cassia)
Cassia siamea (Kassod Tree)
Cassia spectabilis (Droopy Cassia)
Caesalpinia pulcherrima (Bunga Merak / Peacock Flower)
Clitorea ternatea (Kacang Telang / Blue Pea)
Dalbergia oliveri (Tamalan Tree)
Erythrina glauca (Dedap / Coral Tree)
Erythrina variegata (Dedap batik)
Gliricidia sepium (Mexican lilac)
Leucaena leucocephala (Petai Belalang)
Mucuna bennettii (New Guinea Creeper)
Peltophorum pterocarpum (Batai / Yellow Flame)
Pithecellobium dulce (Madras Thom)
Pterocarpus indica (Sena / Angsana)
Samanea saman (Hujan-hujan/ Rain Tree)
Saraca thaipencensis
Sesbania grandiflora (Turi)
Strongylodon macrobotrys (Jade Vine)
Tamarindus indica (Tamarind, Asam Jawa)


20. Liliaceae (Famili Lili)

a.   Pokok herba, akamya dari rizom, umbisi, atau bebawang.
b.   Berdaun perdu (radical) atau daun batang (cauline).
C.  Biasanya berbunga dwiseks, selalunya aktinomorf.
d.   Segmen periantnya enam.
e.   Ovarinya mempunyai tiga lokul, biasanya superior.
f.    Berbuah jenis kapsul atau berri.
g.   Bertaburan dimerata-rata dunia dan mengandungi kira-kira 240 genus.
h.   Contoh lazim: Lilium spp.
i.    Contoh-contoh lain:
Aloe vera (Medicine plant)
Asparagus setaceus (Fern asparagus)
Asparagus densiflorus ‘Sprengeri’ (Sprengeri asparagus)
Beaucarnea recurvata (Pony Tail)
Chlorophytum comosum ‘Variegatum’ (Ribbon plant)
Chlorophytum comosum ‘Vittatum’ (Spider plant)
Cordyline temninalis (Ti plant)
Dracaena deremensis
Dracaena fragrans ‘Manangeana’ (Cornstalk plant)
Dracaena fragrans ‘Lindenii’
Dracaena godseffiana (Gold dust dracaena)
Dracaena godseffiana ‘Florida Beauty’
Dracaena goldieana (Queen of dracaenas)
Dracaena marginata
Dracaena sanderiana (Striped cornplant)
Dracaena surculosa punculata
Gasteria spp.
Gloriosa superba (Glory lily)
Haworthia spp.
Hosta spp.
Ophiopogon jaburan (Wnite Lily-turf)
Ophiopogon jaburan ‘Variegatus’ (Variegated Mondo Grass)
Pleomele reflexa angustifolia
Pleomele reflexa ‘Variegàta’ .(Song of India)
Sansieveria cylindrica
Sansieveria guineensis ‘Marginata’ (Variegated Bowstring Hemp)
Sansieveria trifasciata (Mother-in-law’s tongue)
Sansieveria trifasciata ‘Laurentii'
Sansieveria trifasciata ‘Hahnii’ (Bird’s Nest)
Sansieveria dawei


21. Loganiaceae (Famili Tembusu)

a.   Pohon dan pokok renek.
b    Ada kira-kira 30 genus.
c.   Contoh: Fagraea fragrans (Tembusu)


22. Lythraceae (Famili Bungor)

a.   Pokok herba, pokok renek atau pohon.
b.   Ada kira-kira 20 genus, bertabur dengan luasnya di kawasan tropika dan kawasan iklim sederhana.
c.   Contoh-contoh:
Cuphea hyssopifolia
Cuphea platycentra (Cigar flower)
Lagerstroemia flos-reginae (Bungor/ Rose of India)
Lagerstroemia indica (Crepe Myrtle)


23. Malpighiaceae

a.   Pohon kecil atau pokok renek lazimnya memanjat.
b.   Daunnya jenis tunggal, kebanyakanya bertentang, mempunyai stipul, selalunya mempunyai kelenjar-gagang.
c.   Bunganya sebentuk atau tidak begitu sebentuk.
d.   Sepalnya lima, lazimnya mempunyai dua kelenjar besar di.sebelah luar.
e.   Rangginya lima, selalunya mempunyai cakar.
f.    Stamen sepuluh, bercantum di pangkal.
g.   Ovari lazimnya tiga lokul; ovulnya satu dalam tiap-tiap lokul, tiga stil (satu stil bagi genus Tristellateia)
h.   Buahnya tiga skizokarp atau nat (lazimnya bersayap) atau jenis drup. Tidak ada endosperma.
i.    Ada 60 genus, tumbuhan tropika dan hampir tropika di kedua-dua hemisfera.
j.    Contoh lazim: Malpighia coccigera (Miniature Holly / Singapore Holly)
k    Contoh-contoh lain:
Galphimia glauca (Gold Shower thryallis)
Stigaphyllon ciliatum (Orchid Vine)
Tristellateia australasiae (Maiden’s Jealousy)


24. Malvaceae (Famili Bunga Raya)

a.   Pokok herba atau pokok renek berkayu lembut atau pohon, lazimnya diselaputi oleh bulu-bulu cabang (Stellate hairs).
b.   Daunnya berselang, selalunya bercuping palmat, mempunyai stipul.
c.   Bunganya dwiseks, sebentuk, kerap kali kelihatan nyata, sendirian atau dalam jambak bunga.
d.   Kaliks bercuping lima, lazimnya disokong oleh kaliks luar (epicalyx).
e.   Rangginya lima, besar, selalunya berpintal (twisted).
f.    Stamen banyak, bertaup tunggal (monoadelphous) salur stamennya nyata, membendungi ginesium; anternya satu lokul, dengan butir-butir debunga yang berduri.
g.   Ovarinya mempunyai lima hingga banyak karpel, mempunyai stil atau cabang-cabang stil yang sama banyak.
h.   Buah hiasanya jenis kapsul atau skizokarp. Embrionya melengkung, mempunyai endosperma.
i.    Ada lebih 80 genus terdapat di seluruh dunia.
j.    Contoh lazim: Hibiscus rosa-sinesis (Bunga raya)
k.   Contoh-contoh lain:
Abutilon pictum
Hibiscus mutabilis (Rose of Sharon / Changeable Rose Hibiscus)
Hibiscus rosa-sinesis ‘Cooperi’ (Checkered Hibiscus)
Hibiscus schizopetalous (Japanese Lantern)
Hibiscus tiliaceus (Bebaru/ Sea Hibiscus)
Malvaviscus arboreus (Wax Mallow)
Malvaviscus conzatii (Turk’s Cap)
Urena lobata


25. Marantaceae (Famili Ubi Garut)

a.   Pokok herba saka yang mempunyai rizom.
b.   Daunnya dalam dua baris, gagang menjadi upih kepada batang.
c.   Bunganya tidak sebentuk, sempurna.
d.   Segmen periant tiga campur tiga seperti sepal dan ranggi (sepaloid and petaloid).
e.   Stamen pada asasnya dalam dua pusar, pusar sebelah luar diwakili oleh satu atau dua staminod seperti ranggi (atau tiada), yang di sebelah dalam, oleh dua atau tiga staminod seperti ranggi, hanya satu daripadanya mempunyai anter satu lokul.
f.    Ovarinya inferior, mempunyai tiga lokul atau satu lokul yang di sebabkan oleh penekanan; satu ovul dalam tiap-tiap lokul.
g.   Buahnya kapsul; bijinya satu atau lebih, beraril.
h.   Contoh lazim: Maranta arundinacea 'Variegata' (Obedience plant)
i.    Contoh-contoh lain:
Calathea insignis
Calathea kegeliana
Calathea makoyana (Peacock plant)
Calathea ornata ‘Roseo-lineata’
Calathea ornata 'Sanderiana'
Calathea picturata 'Argentea’
Calathea picturata 'Vandenheckei'
Calathea roseo-picta
Calathea zebrina (Zebra Plant)
Maranta leuconeura kerchoveana (Prayer plant)


26. Meliaceae (Famili Sentol)

a.   Pohon atau pokok renek.
b.   Ada kira-kira 50 genus.
c.   Contoh-contoh:
Aglaia dookkoo (Duku)
Aglaia odorata (Telur belangkas / Mock lime)
Melia indica (Margosa / Nim Tree)
Sandoricum koetjape (Sentol)
Swietenia macrophylla (Broad leaf Mahogany)

27. Moraceae (Famili ara / nangka)

a.   Umumnya pohon dan pokok renek, latisiferus.
b.   Daun-duanya tunggal dan berselang; stipulnya kecil atau besar dan membentuk tudung di atas kudup.
c.   Bunga-bunga kecil, uniseks, dalam jambak-jambak sima atau kepala atau terbenam dalam pudung berbentuk pundi-pundi; (urn-shaped receptacle).
d.   Periant selalunya empat cuping, jarang-jarang tidak ada.
e.   Stamennya empat (bertentang dengan cuping periant atau menyusut menjadi satu atau dua).
f.    Ginesiumnya dua karpel; ovari mempunyai satu lokul dan satu ovul; stil kebanyakannya dua.
g.   Buah jenis nat atau drup atau aken, selaunya membentuk jisim pejal atau terkandung di dalam pudung berisi (sikonium / syconium).
h.   Ada kira-kira 53 genus, kebanyakannya terdapat di kawasan-kawasan tropika.
l.    Contoh lazim: Ficus elastica (Rubber Plant)
j.    Contoh-contoh lain:
Artocarpus altilis (Sukun / Breadfruit)
Artocarpus heterophylla (Nangka / Jack Fruit)
Artocarpus integer (Chempedak)
Ficus benghalensis (Banyan)
Ficus benjamina (Beringin)
Ficus elastica 'Decora’
Ficus elastica ‘Doescheri’ (Viriegated Rubber Plant)
Ficus elastica ‘Robusta’
Ficus lyrata (Fiddle-leaved Ficus)
Ficus pumila (Creeping fig)
Ficus religiosa (Bo-Tree)
Ficus roxburghii (Broad leaf fig)
Morus alba (Mulberry)


28.           Musaceae (Famili Pisang)

a.   Pokok herba tinggi dan tegap (robust), kadang-kadang mempunyai batang palsu.
b.   Ada lima genus, terdapat di merata kawasan tropika.
c.   Contoh-contoh:
Heliconia humilis (Lobster's Claw)
Heliconia psittacorum
Musa spp.
Ravenala madascariensis (Traveller's Palm)
Strelitzia reginae (Bird of Paradise)


29.           Myrtaceae (Famili jambu air)

a.   Pohon atau pokok renek.
b.   Ada kira-kira 80 genus, tumbuhan tropika dan hampir tropika.
c.   Contoh-contoh:
Callistemon lanceolatus (Bottle Brush Tree)
Eugenia aromatica (Cengkih/Clove)
Eugenia grandis (Jambu laut)
Eugenia uniflora (Surinam cherry)
Melaleuca leucadendron (Gelam/Paper bark tree)
Psidium guajava (Jambu batu/Guava)


30. Nyctaginaceae

a.   Pokok renek atau pokok herba, jarang-jarang pohon.
b.   Ada kira-kira 30 genus
c.   Contoh-contoh:
Bougainvillea spectabilis (Bunga kertas)
Mirabilis jalapa (Marvel of Peru/Four O'clock Flower)
Pisonia alba (Kemudu Siam)


31. Oleaceae (Famili Melur)

a.   Pohon atau pokok renek.
b.   Ada lebih 20 genus, di kawasan-kawasan tropika dan beriklim sederhana.
c.   Contoh-contoh:
Jasminum rex
Jasminum sambac (Melur/Arabian Jasmine)
Nyctanthes arbor-tristis (Seri Gading/Tree of Sadness)
Olea europaea (Pokok Zaitun/Olive)
32. Palmae (Famili kelapa)

a.   Pokok tegak atau pokok renek, kadang-kadang memanjat.
b.   Daunnya tegar, pinat atau palmat, gagangnya berupih di bawah.
c.   Bunganya kecil, sebentuk, dwiseks atau uniseks (dan biasanya monoesius), dalam jambak panikel, selalunya disokong oleh braktea seperti seludang yang besar, ada 6 stamen.
d.   Ovarinya superior, kebanyakannya mempunyai tiga lokul, dengan satu ovul dalam tiap-tiap lokul.
e.   Buahnya nat, berri atau drup. Bijinya mempunyai endosperma.
f.    Embrio kecil, kotiledonnya membesar ketika dalam percambahan.
g.   Ada lebih 200 genus, terdapat di kawasan tropika dan hampir tropika.
h.   Contoh-contoh:
Archontophoenix alexandrae (Alexandra Palm)
Areca catechu (Pinang/Betel Nut Palm)
Caryota mitis (Fish-tail Palm)
Chrysalidocarpus lutescens (Madagascar Palm/ Cane Palm)
Cocos nucifera (Kelapa)
Cyrtostachys lakka (Pinang Raja/ Sealing Wax Palm)
Elaeis guineensis (Kelapa Sawit)
Licuala grandis
Livistona chinensis (Chinese Fan Palm)
Livistona rotunda (Common Fan Palm)
Mascarena lagenicaulis (Bottle Palm)
Ptychosperma macarthurii (MacArthur Palm)
Raphis excelsa (Bamboo Palm)
Raphis humilis (Slender lady Palm)
Roystonea regia (Royal Palm)
Veitchia merrillii (Manila Palm)


32. Piperaceae (Famili Sirih)

a.   Pokok herba atau pokok renek, tegak atau memanjat.
b.   Ada lebih 10 genus, semuanya terdapat di kawasan tropika.
c.   Contoh-contoh:
Peperomia obtusifolia (Baby Rubber Plant)
Peperomia obtusifolia 'Variegata'
Peperomia scandens (Philodendron peperomia)
Peperomia scandens 'Variegata'
Peperomia sandersii (Watermelon peperomia)
Peperomia verschaffeltii
Piper nigrum


34.           Plumbaginaceae

a.   Pokok renek rendah atau pokok herba.
b.   Ada 10 genus, terdapat di seluruh dunia.
c.   Contoh: Plumbago capensis (Blue Plumbago)


35 Polygonaceae

a.     Pokok herba atau pokok renek, batangnya bersendi.
b.     Ada lebih 30 genus.
c.     Contoh-contoh:
Antigonon leptotus (Honolulu Creeper)
Polygonum capitatum (Knot Weed)
Muehlenbeckia platycladum (Centipede Plant)


36.           Portulacaceae

a.   Pokok herba sukulen.
b.   Ada kira-kira 16 genus, terutamanya di Amerika.
c.   Contoh-contoh:
Portulacaria afra (Jade Plant)
Portulaca grandiflora (Japanese Rose)

37. Rubiaceae (Famili Kopi)

a.   Pokok herba, pokok renek atau pohon, kadang-kadang pokok memanjat.
b.   Daunnya bertentang, licin; stipul antara gagang.
c.   Bunganva selalunya dwiseks, sebentuk, dengan empat hinggd lima bahagian, lazimya jambak sima tunggal atau sima majmuk
d.   Salur kaliks berkeadaan adnat kepada ovari.
e.   Salur korolanya pendek atau panjang, mempunyai empat hingga lima cuping. Stamen sama banyak dengan cuping korola dan berselang dengannya.
f.    Ovarinya inferior, selalunya mempunyai dua lokul, tiap-tiap satu mempunyai satu ataupun banyak ovul pada pemplasentaan ketiak atau kelihatan di pangkal; satu stil.
g.   Buah kapsul, berri atau drup. Embrionya besar, dalam endosperma yang banyak.
h.   Ada hampir-hampir 400 genus, kebanyakan-nya tuntuhan tropika dan hampir tropika.
i.    Contoh-contoh
Coffea liberica (Kopi/coffee)
Gardenia jasminoides (Cape Jasmine)
Ixora compacta 'Sunkist'
Ixora coccinea Flame of the Woods)
Ixora javanica (Jungle Geranium)
Murraya paniculata (Kemuning/Satinwood)
Mussaenda erythrophylla (Ashanti Blood)
Mussaenda erythrophylla 'Dona Luz''
Mussaenda phillippica 'Aurorae'. (Janda Kaya/Dona Aurora)
Pentas carnea
Randia macrantha (Angel’ s trumpet)


38.           Scrophularliaceae

a.   Pokok herba atau jarang-jarang pokok renek.
b.   Ada kira-kira 200 genus, taburannya kosmopolitan
c.   Contoh-contoh:
Russelia juncea
Torenia fournieri (Wish-bone plant)


39.           Solanaceae (Famili Cili)

a.   Pokok herba atau pokok renek
b.   Bunganya selalunya lima bahagian, dwiseks, sebentuk, tunggal atau dalam jambak sima.
c.   Kaliks mempunyai lima cuping kukuh.
d.   Korola plikat. Stamen tumbuh daripada ranggi, lima.
e.   Ovarinya mempunyai dua karpel, dua lokul, ovulnya dari beberapa hingga banyak, satu stil.
f.    Buahnya berri atau kapsul. Bijinya mempunyai endosperma.
g.   Ada kira-kira 85 genus, terdapat terutamanya di kawasan tropika dan bahagian panas Amerika.
h.   Contoh-contoh:
Brunfelsia calycina (Yesterday, Today and Tomorrow)
Capsicum annuum (Cili)
Cestrum nocturnum (Sundal Malam/Lady of the Night)
Datura metel
Petunia hybrida
Physalis sp.
Solanum mammosum (Terung Tetek/Nipple Fruit)


40. Urticaceae

a.   Pokok herba bersabut, pokok renek atau pohon berkayu lembut.
b.   Ada kira-kira 45 genus, kebanyakannya terdapat di kawasan tropika dan hampir tropika.
c.   Contoh-contoh:
Pellonia daveauana
Pilea cadierei (aluminium Plant)
Pilea microphylla (Artillery Plant)
Pilea nummularifolia (Creeping Charlie)


41. Verbenaceae (Famili Clerodendron)

a.   Pohon, pokok renek atau pokok herba
b.   Daunnya bertentang, tunggal atau majmuk, tidak ada stipul.
c.   Bunganya dwiseks, tak sebentuk dengan lima bahagian, selalunya dalam jambak sima berumbel atau berpanikel, kebanyakannya mempunyai braktea.
d.   Kaliksnya mempunyai lima gigi.
e.   Korola mempunyai lima cuping,
f.    Stamen selalunya empat, ovarinya dua lokul dengan dua ovul dalam setiap lokul; satu stil.
g    Buah jenis drup atau kapsul.
h.   Ada kira-kira 100 genus terdapat terutamanya di kawasan-kawasan tropika dan hampir tropika.
j.    Contoh-contoh:
Clerodendron paniculatum (Kashmir Bouquet/ Pagoda flower)
Clerodendron macrosiphon (Witches Tongue)
Clerodendron thomsonae (Bleeding Heart Vine)
Congea tomentosa (Shower Orchid)
Duranta repens (Golden Dewdrop)
Duranta repens 'Variegata' (Sky-flower)
Lantana camara (bunga Tahi Ayam/Shrub verbena)
Petrea volubilis (Purple Wreath)
Tectona grandis (Jati/Teak)


42. Zingiberaceae (Famili Halia)

a.   Pokok herba saka yang mempunyai rizom berubi.
b.   Berdaun lanseolat, biasanya distikus, kadang-kadang tersusun berlingkar, kerap kali berupih.
c.   Bunganya tidak sebentuk dwiseks, lazimnya dalam padat seperti kepala, mempunyai braktea.
d.   Ada kira-kira 50 genus, di kawasan tropika dan hampir tropika.
e.   Contoh-contoh:
Alpinia purpurata (Red ginger)
Alpinia sandarae
Alpinia speciosa ‘Variegata'
Costus malortieanus (Stepladder plant)
Cucurma domestica (Kunyit)
Hedychium coronarium
Kaempferia rotunda (Resurrection ginger)
Nicolaia speciosa (Kantan)



Rujukan:

1.     Graft, A. B. (1974). Exotica. Roehrs Company Inc.
2.     Chaniago, D. dan Mohd. Saufi Abdullah. (1981). Pokok Pinggiran Jalan di Malaysia. DBP, Kuala Lumpur.
3.     Hsuan, K.. (1986). Order dan Famili Tumbuhan Berbiji di Tanah Melayu. DBP. Kuala Lumpur.
4.     Ismail Saidin. (1977). Bunga-bungaan Malaysia. DBP, Kuala Lumpur.
5.     Krempin, K. (1990). Know Your Indoor & House Plants. Horwitz Grahame, Pty. Ltd., Sydney.

Penyusun: Versi Asal: Chee Teck Son/ya/pg; Versi Elektronik: Agos bin Atan; 9 Jun 2001

No comments: