Sunday 31 July 2011

REKA BENTUK LANDSKAP
      Seperti lakaran yang telah di tunjukkan ini membuktikan bahawa rekaan lanskap yang kami pilih banyak memberikan unsur-unsur moden kepada mereka yang melihatnya. Kami benar-benar meneliti akan konsep yang cuba kami tonjolkan ini memberikan satu rekaan baru dan inovatif kepeda pereka lanskap yang lain. Gabungan daripada unsur-unsur moden dan klasik dapat memberikan satu impak yang lain daripada yang lain dalam menghasilkan lanskap “English garden style” ini. Ini juga alternatif baru kami dalam menghasilkan satu rekaan yang luar biasa.
      Apa yang cuba tonjolkan dalam rekabentuk lanskap ini ialah keunikan rekaannya dan idea yang klasik membangkit moden dalam taman. Kami menunjukkan bahawa walaupun kita tinggal di kawasan kampong namun kita masih membangkitkan suasana ini.     
      Sebab seterusnya pemilihan rekabentuk ini ialah kerana bagaimana kami cuba gunakan ruang yang terhad ini menjadikannya lebih menarik. Oleh kerana ruangnya yang agak sempit maka kami cuba terhadkan bilangan pokok dan penggunaan aksesori tambahan lain.    
      Pemilihan pokok-pokok yang bersesuai membangkitkan lagi satu fenomena baru dalam dunia lanskap. Pemilihan pokok yang bewarna-warni dapat memeri seri kepada landskap. Ini juga bagi tujuan mencantikkan sesebuah taman tersebut

      Berikut menunjukkan penerangan berkenaan mengapa pemilihan aksesori tambahan kepada projek lanskap kami.

Pancuran ( air pancut)
      Ini juga merupakan elemen terpenting dalam menjadikan kawasan tersebut lebih santai dan memberikan elemen terapi bunyi kepada taman. Penggunaan tembikar tersebut menyerikan lagi reka bentuk taman kami serta mewujudkan suasana nyaman.

Pagaran
      Kami memilih unsur moden seperti pagar plastik yang dibeli khas untuk landskap.  Ini juga bagi tujuan memberikan satu keadaan dalam moden dan kreatif .selain itu juga ia membangkitkan suasana yang lebih menyerlah dan cantik apabila memandangnya.



Pemijak kaki & batu refleksologi
      Kami mengguna baru-batu sungai, batang pokok dan kayu. Ini bagi tujuan memberikan konsep santai dan keselesaan. Penggunaan bahan ini mencantikkan lagi rekabentuk lanskap kami. Batu refleksologi pula memberikan satu bahan bagi tujuan kesihatan kepada mereka yang berjalan di atasnya.

No comments: